Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2008

Razak oh Razak Baginda...Bebas kau rupanya!

Dari dulu lagi kita dah jangka. Razak Baginda will be freed without the defence being called! Baca lah di sini Bukan senang hendak buktikan tuduhan subahat. Semua circumstantial dan common intention bukan mudah untuk dibuktikan. Remembered very well, way back in 1982 during the interview for the post of Magistrate before the panel comprising Tan Sri Raja Azlan Shah (as he then was), Datuk Abu Talib (now Tan Sri) and Puan Siti Norma Yaacob (Now Tan Sri), I was lectured by Sultan Azlan.... "If you become a magistrate and when you want to decide to call or not to call for the defence of the accused, remember this...make sure your conscience is clear and it's ok to free a guilty person rather than send an innocent person to jail! Maybe Dato' Zaki Yassin was interviewed by the same panel 2 years earlier than me!

Pecat Liow Tiong Lai?

PECAT LIOW TIONG LAI Itu kata Datuk Ron dalam Kuda Kepang. Liow Tiong Lai mahu equiti bumiputra 30% itu dihapuskan supaya syarikat boleh bersaing? Gampang sial betul si Liow Tiong Lai ni! Kalau dihapuskan equiti 30% maknanya kita balik semula kepada asal! Cina dengan syarikat kaya rayanya. Melayu & Bumiputra balik asal tak pandai berniaga? Kepada Liow Tiong Lai....cuba fikir baik-baik sikit! Melayu kena serah balik semua ke? Cina tak perlu beri sikit ke? Kalau kita sanggup terima kita juga mesti sanggup beri! Liow tahu tak yang dia dipilih sebagai Ahli Parlimen Bentong itu atas bantuan siapa? Atas undi siapa? Siapa yang menangkan dia di Bentong? Dia orang Bentong ke? Liow Tiong Lai orang Pahang ke? Sedar diri sikit! Apa buktinya equiti bumiputra yang 30% itu sebab syarikat tidak boleh bersaing? Masalah equiti atau masalah pengurusan? Kepada Liow Tiong Lai.....jangan main api! Jangan ikut rentak DAP! Jangan ikut Pembangkang! Takut nanti satu hari orang Melayu Bentong langsung tak ma...

Cakap gagap fikir pun gagap? (Part 2)

(Madam Low) Dato' Ariff Sabri ( Tahniah! I know you got your DIMP letter yesterday, U deserve it bro!) komen dalam posting "Cakap gagap fikir pun gagap? " sakmongkol AK47 aka Mat Tomoi said... ini sindrom orang kuat bodek. just to proof yg dia adil kpd semua, dia professional, maka khalid sanggp lantik pengurus besar cina. i hv nothing but respect for excellent chinese manager. tapi to equate that everything good hanya orang cina boleh buat, ini kerja tongong. orang Melayu pun boleh buat. kita mesti ada disiplin dan kepimpinan yang baik untuk memimpin syarikat. orang Melayu pun boleh:- beri kepimpinan mengembangkan budaya displin perniagaan berjaya. kena lah kita teliti pilih siapa kita lantik. kan ramai budak2 melayu hang handal. no disrespects to our chinese frnds. our issue is with this khalid ibrahim. would he have liked it the last time, had Tun Ismail Ali appointed a chinese above him at PNB?" Ini bukan masalah bangsa. Ini masalah ada udang sebalik batu! K...

Ambush dalam Jamban (Part 2)

Semalam smalltalk cakap pasal duit bertukar tangan dalam jamban semasa mesyuarat UMNO > Ambush dalam jamban(Part 1) Yang paling untung dalam perbuatan ambush dalam jamban adalah si pengedar. Yang jadi pengedar sampul surat itu ibarat diberi senapang dengan peluru berjuta juta butir. Tembak saja lah. Lepas tembak tak perlu cuci senapang tu pun. Sandar saja kat dinding lepas tembak! Silap-silap gaya si pengedar lah yang buang sampul surat kosong dalam jamban itu. Duit masuk poketdia, sampul surat buang dalam jamban. Bila boss tanya, sampul surat dah edar? "Beres boss!" Bila kira undi boss jadi pelik. Kenapa sikit sangat? Sampul surat semua dah edar! Bila boss tanya kepada pengedar, pengedar jawab mudah, "Boss, kita bagi 3 keping....si anu tu bagi 5 keping... kalahlah kita boss!" Si boss bahalol ini percaya! Habis mesyuarat UMNO, si pengedar sudah tukar kereta. Kalau dulu Toyota Camry model tahun 80an, kini sudah Toyota Harrier model import! Boss yang bahalol ini ma...

Cakap gagap fikir pun gagap?

(Ini engkau punya hal lah!) PKNS lantik Loh Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar seperti dilapor oleh Utusan Malaysia dan boleh dibaca > Khalid pertahan pelantikan Bolehkah Siew Moi membawa masuk berbillion ringgit kepada PKNS seperti yang didakwa oleh Khalid Ibrahim, MB Selangor? Adakah kerugian PKNS selama ini disebabkan oleh seorang Pengurus Besar sahaja atau keseluruhan Lembaga Pengarah dan anggota Pentadbirannya? Seorang Pengurus Besar tiada mempunyai begitu banyak kuasa sehingga boleh bawa berbillion ringgit masuk. Pahang tidak perlu ikut langkah bodoh Khalid itu! Bukan bangsa Pengurus Besar itu yang penting. Apa Khalid ingat Melayu tidak boleh buat yang terbaik ke? Kalau Perdana Menteri pun orang Melayu boleh buat, apalah sangat menjadi Pengurus Besar! Yang penting kalau hendak berniaga jangan ada campurtangan politik dan jangan disonglapkan wang syarikat. Khalid ini bukan sahaja gagap bercakap, otaknya berfikir pun gagap! Inilah Melayu tak sedar dek untung!

Ambush dalam jamban!

Sakmongkol menulis The Power of the Loo bila smalltalk comment dalam blognya Mukhriz, Khairy or KT- its your choice SmallTalk said... "Brader Sak, Whatever theory we use, the supreme commander of Pemuda UMNO is the Agong? Not the present Agong but the 1st Agong! The 1st Agong has been seen in all places and will continue to be present all the way till March 2009. The last round will be in the toilets of PWTC...mark my words brader!" Smalltalk jawab balik dengan menulis "Ya Pak, sudirman nya aja Pak" Semuanya adalah mengenai wang yang akan berlegar di PWTC menjelang dan semasa perhimpunan agong umno pada mac 2009 nanti. Berapa banyak pun wang yang akan berlegar, tidak akan menjamin kemenangan kepada mana-mana calon. Yang penting perwakilan mesti dikenal pasti dan mesti diserahkan dengan sampul surat. Lagi besar sampul surat lagi bagus. Sampul surat itu akan bertaburan didalam toilet di PWTC. Buat apa simpan sampul surat. Yang penting isi di dalamnya! Isi sampul sura...

"Ya Pak, sudirman nya aja Pak"

The Star Online reported the remark made by Tajol Rosli, ‘Longer campaign period may reduce money politics’ According to Tajol Rosli the former Perak MB, “It’s not about money any longer. We have gone back to the old days where, if you have not come to greet me and I do not even know you, I will not vote for you,” On several occasion, when I was going round with the late Tun Ghaffar Baba campaigning in the 80's, I noticed that Tun Ghaffar had a way of making people feel at ease when talking to him. He will greet strangers with Tuan for men and Puan for women. Sometime he will also greet the stranger as Tuan Haji when that stranger has the Haji look! Just imagine the face and body language of the kampong folks being called Tuan or Tuan Haji by the Deputy Prime Minister of Malaysia then! Vote for Ghaffar all the way! I had also experienced meeting leaders both in BN & PR who have poor memories. In present day and in one ocassion, I was introduced to this leader by his political s...

Apa ada pada gambar?

Orang kata apa ada pada gambar. Tapi ada juga kata "A picture paints a thousand words" Budak-budak kat MPK ini dah mula nak buat dah... Kalau pun peralihan kuasa akan berlaku bulan Mac tahun depan, jangan lah ingat di Pahang pun ada peralihan kuasa juga! Gambar MB engkau orang letak di tepi sangat tu buat apa? Kalau "crop" gambar ini MB pun boleh hilang! Kalau hendak buat kurang ajar biar bertempat! Takut-takut nanti yang duduk tengah-tengah itu yang akan tercampak keluar, yang kat tepi tu masih tak keluar-keluar! MB memang tak kisah letak gambar dia kat mana pun. Tapi jaga sikit...ramai yang kisah tau! Nak kata engkau orang tak sekolah, semua masuk universiti belaka...kena duku kepala tu karang...dapat sakit je!

Rasuah Politik di Raub

Dalam MalaysiaKini disiarkan Datuk Ishak bersalah sabotaj parti. Namun tersiar juga berita " 12 lagi turut disiasat atas tuduhan berkaitan dengan politik wang , salahguna kuasa dan salah tingkahlaku sewaktu pemilihan di cawangan yang lalu. Menurutnya, siasatan mendapati lima daripada mereka bersalah dan diberi amaran manakala tujuh lagi didapati tidak bersalah. Mereka yang didapati bersalah ialah Datuk Mustaffar Kamal Abdul Hamid dari bahagian Raub, Datuk Abdullah Abu Bakar (Raub) , Alias Kussin (Labuah), Datuk Yunus Kurus (Labuan) serta ketua Umno bahgaian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman. Manakala tujuh lagi yang didapati tidak bersalah ialah Datuk Ahmad Yassin (Ledang), Jaafar Ahmad (Ledang), Shahril Ismail (Tanjung Piai), Jamilah Endan (Tanjung Piai), Jelin Dasanap @ Jelani bin Hamdan (Kota Marudu), Majial Mangulizang (Kota Marudu) dan Kampun Inok (Kota Marudu. " Apa sudah jadi? Macam mana rakyat hendak terima pemimpin sebegini? Apa pula yang telah dicapai oleh...

Back to talking politics!

Tun Musa Hitam (of the Kurang ajar fame, in his latest said, Umno has lost its popularity. Can't argue and can't resist agreeing with him when he said further, "He also claimed that Umno was “too introverted” by focusing on its own problems and looking for acceptance among its own members, but not the rakyat, whose perceptions would determine its future." Let's see whether the rakyat can accept names like :- Faisal, Mie Nandeq, Rahim Abas, Hamid Mandela, Wan Adnan, Arab, Tajuddin, Manan, Soohaimi, Mail Mutalib, Munawar, Manap Ayam, Bakar @ Zamri, Hambali, Hassan, Johari, Siti Zaharah, Mus Yassin, Mat Jidi, Mat Wok, Khairuddin, Zaini, Asraf, Saha Moin, Aziz Kiram, Azinuddin, Mohidin, Din Belacan, Dollah Bakar, Mustafa Kamal, Johar, Hj Zul, Shahrom, Rahman, Jimi, Mustapa Long, Wan Mizan, Shukri, Zizan, Tengku Lan, Wok, Tini, Mat Jaafar, Wan Salman, Mail Said, Abang Zahar, Fattah, Omar, Rosni, Noorol, Fathil, Burn, Cikgu Brahim, Cikgu Din, Cikgu Zali, Suhaimi Mat Sa...

No politics please...I got headache!

How about not talking politics today? The Star reports that a girl by the name of Nat was blackmailed by a Singaporean webcam friend. Read here. I am just wondering what could she be wearing while chatting via the webcam? Don't make sense at all! Sendiri cari susah apa pasal? A friend sent me this sms, "2008 Karaoke 9 finalist results : 1. Mahathir's favourite song "My Way". 2. Pak Lah - "Dream dream dream" 3. Najib- "your Cheating Heart" 4. Tengku Razaleigh - "I believe I can Fly" 5. Khairy -"Money, Money, Money" 6. IGP- "I'll Be Watching You". 7. Anwar- "Winds of Change" 8. Saiful - "I Swear" And the winner is, 9. Syed Hamid - "Oh Carol, I'm nothing but a Fool" To the dear friend....the actual winner is Teresa Kok - "Release Me" !

Dulu Ketayap berdaki, kini sudah Gucci!

Malaysiakini kata Peneroka tanah diperdaya kerajaan Pakatan. Boleh baca laporan Ini Maka berebut-rebut lah sekalian rakyat jelata Perak meneroka tanah. Pantang ternampak sahaja tanah kosong, habis mereka kerjakan. Ada yang bercucuk tanam dan tidak ketinggalan ada juga yang mendirikan bangunan. Malah ada juga yang mendirikan Markas serta sarang. Ada yang membayar, ada juga yang disponsor! Akibat dari keghairahan yang melimpah-limpah maka ada yang telah mendapat keuntungan berganda-ganda. Kalau dulu hanya ada "motu" kini sudah ada BMW! Kalau dulu ketayap berdaki kini sudah pakai Gucci dan tak kurang juga yang pakai Bally! Hebat kamu yop! Kalau tak percaya baca kat sini . Namun ramai juga yang tidak suka akan tanah yang diteroka lalu mereka beralih meneroka tanah sekeping yang lain. Sayugia tanah sekeping itu tiada lah yang terdapat di tanah air sendiri dan terpaksa didatangkan khas dari China mali! Kalau tatak caya lu baca la kat sini dan juga kat sini So, sekarang Tajul Rosli ...

Jangan lawan dengan budak!

Macam mana samseng pun budak ini, kalau kena belantan tu karang.....tak pasal je! Kalau kita baca hansard parlimen dan ada juga dilaporkan oleh siasahdaily dibawah tajuk "Wakil rakyat BN kosongkan Dewan. Strategi tenggelamkan kehebatan Anwar?", gambar yang dipamerkan disini menjelaskan segalanya. YB Brader Anwar Bin Ibrahim berucap membahaskan bajet 2009 sampai berbuih-buih mulut selama lebih 10 jam dari 13hb Oktober disambung pada 14hb Oktober. Kemudian marah sebab YB dari BN tak mahu dengar dan tidak berada dalam Dewan. Hanya YB Fuad Zakarshi sahaja yang sikit-sikit menyampuk. Siapa nak dengar kalau mengarut! The White Book atau buku peraturan yang digunapakai oleh peguam mengenai prosedur perbicaraan kes tuntutan sivil di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan pada tahun 80an dulu ada peraturan "5 minutes rule". Kalau dalam tempoh 5 minit seseorang peguam itu tidak boleh menyakinkan Hakim dalam kamar tentang merit kes yang dibawa, Hakim boleh menolak permoho...

Tersandar atau Terpukang?

Dapat sms dari YB Dato' Manan Ismail yang bertanding jawatan Ketua Bahagian Paya Besar, ringkas sahaja "I lost". Beliau kalah kepada Dato' Tajuddin Sulaiman dengan majoriti 30 undi "sahaja". SMS kepada Dato' Mustapha Kamal yang bertanding merebut jawatan Ketua Bahagian di Raub langsung tidak dijawab. Rupa-rupa beliau kalah dengan 24 undi "sahaja". Susah juga untuk mengalahkan incumbent ni rupanya!. Di Paya Besar pada peringkat berkempen semua kata "boleh menang!" Macam-macam alasan diberi. Tapi bila sampai masa mengundi, perwakilan masih undi orang lama. Balik kepada takuk lama!. Tajuddin masih ketua bahagian. Dato' Manan yang dulunya naib ketua, sekarang sudah tiada apa-apa. Jawatankuasa atau perwakilan ke KL pun tak lekat. Bak kata orang Pahang ...TERSANDAR. Kalau tersandar masih okay. Bila kita tersandar, maknanya kita duduk selesa. Muka masih ke depan, masih boleh bernafas dengan selesa. Ada seorang rakan kata bila kalah kalau...

It's a YES and a NO?

Read Sixth man charged over Perak Tengah ‘sex’ case "A businessman, who had admitted to religious authorities of having sex with a Chinese woman, denied on Friday to committing the offence at the Sessions Court here." "Businessman Fairul Azrim Ismail, 30, claimed trial to receiving a woman as sexual gratification from one Mohamad Imran Abdullah at No 401, 4 th floor, Sri Sayang Apartment at Jalan Batu Feringghi , Penang , on Aug 14 at 8.10pm." That's the beauty in Malaysia! We have 2 judicial systems. Can say YES in one and a NO in the other! Or rather you can say "I admit having sex BUT it have got nothing to do with graft" Great...they fear the civil court but not God! Admitting to having sex concerns God and denying taking graft concerns the Lord! May it please you, my lord! In the 80s, when the Supreme Court ( Mahkamah Agong ) was at the Sultan Abdul Samad Building, Justice Harun Hashim adjourned all cases before him at around 4.05 p...

Datukship

This is what they say about the Datukship awarded to Shah Rukh Khan... 'Malaysians more deserving of Datukship than Shah Rukh Khan' Whilst admitting that it is entirely up to the State of Melaka to award the Datukship...“ It is their right to award the title. But we hope the selection of recipients should have been properly considered first. State governments should ensure their awards are given out to only the most qualified candidates or the awards will lose their prestige ,” Yet they are suggesting a few names..." He also named Azean Irdawaty, M. Nasir, Kuswadinata and Ruminah Sidek as artistes deserving to receive the Datukship ." To those artistes, singers, actors and film producers, smalltalk would like them to watch P. Ramlee's films over and over again. P. Ramlee was not awarded any Datukship. Are you people telling us that you are better than P. Ramlee? You are not suppose to demand your datukship. Datukship is the prerogative of the State and/or the Rul...

Orang Biadap Orang Gila

Baca Hindraf cabar buktikan mereka biadap . Ada orang gila mengaku dia gila? Lu sendiri fikir la...! Wahai kawan & rakan berbangsa India ku, Samy, Subra, Maniam, Nagan, Ramesh, Raju & Suparjo, Puspa, Moorthy, Jega, Morgan serta kaum keluarga masing-masing, hanya nak beritahu satu perkara : Kalau potong queue itu biadap lah tu! Orang lain semua beratur, kalau kita potong queue dan chanting slogan .... itu BIADAP lah brader!

Dari 16 Sept. ke Aidil Adha...Anwar Chong

Kalau dah kaki kelentong kaki chong tu....tipu tetap tipu. Tidak nak dilayan....macam nyamuk seekor dalam kelambu... Yang peliknya ada lagi yang percaya!? Baca Aidiladha sasaran baru Pakatan bentuk kerajaan? Puak-puak ini tak ada kira dosa tipu ke? Kalau tengok gambar yang disebelah tu macam melambai nak lari je! Cerita Anwar TOTO (tipu orang tipu orang) dengan PKRnya (Penipu Kelentong Rakyat) sama macam Restaurant Uses Monkeys as Waiters . Weird!

Dah nak banjir lagi!

Utusan Malaysia melaporkan banjir besar di Pahang pada bulan Disember akan datang. Nasib baik Perhimpunan Agong UMNO ditangguhkan ke bulan Mac 2009. Nasib baik DS Najib belum jadi PM lagi. Biasanya daerah Pekan yang paling hebat dilanda banjir sebab semua air sungai di Pahang akhirnya mengalir ke Pekan. Kalau DS Najib dah jadi PM, sudah tentu kelam kabut sikit. Maklumlah sebagai PM tentu lah sibuk. Lagi pun DS Najib akan jadi PM untuk Malaysia dan bukannya untuk Pekan saja. Malah bukan untuk Pahang saja juga. Lagi pun bila DS Najib umum dia hendak tanding jawatan Presiden UMNO, dia bukan buat di Pahang atau di Pekan. Dia buat di Trengganu. Baca Najib tanding Presiden . Kenapa tak buat pengumunan di Pahang? Baca Sakmongkol Choosing our Leader . Dari gambar yang diatas tu DS Najib ini akan dibantu oleh Mat Said MB Trengganu, Tengku Putera dan Muhyiddin juga. Dalam TV ada juga nampak Fatmi Salleh dari KB Kelantan. Puas terbeliakkan mata nak cari orang Pahang. Tak ada pula nampaknya. Inga...

Go Fly Kites!

Mukhriz : Stop bashing Umno That's the latest from the StarOnline . I wish to reiterate and warn all members of component parties in BN . Say bad things about UMNO ...OVER OUR DEAD BODIES! Go fly kites! If you are vying for post in your party, so be it! Tell the good things about yourself and what you want to do to improve or whatever in your party. You have no bloody business talking bad about UMNO . We in UMNO have more then enough people to talk bad about ourselves. We have 3.5 million members. Can you beat that!? Mukhriz , I can't agree more with you! Go Mukhriz GO! Go my man!

Standard ISO Sangkelembai

Bila Pak Lah umum tak tanding Presiden dan undur Mac 2009, Zaharin @ sang kelembai hantar sms ini : "Kpd rakyat Malaysia, pemimpin pergi, pemimpin datang. Yang penting sekarang kita berdoa supaya UMNO/Malaysia tidak punya pemimpin saperti Abdullah Hj Ahmad yg dikawal oleh isteri, anak dan menantu dn orang saperti Kalimullah, Anuar zaini, Patrik badawi dn kapitan2 china...Tkasih drp Zaharin@sangkelembai" Ada perkara yang boleh diterima daripada sms itu. 1. "Pemimpin pergi, pemimpin datang" - ok, boleh terima 2. "Yang penting sekarang kita berdoa" - ok, boleh terima. Lepas sembahyang terutamanya kita mesti berdoa. Doakan perkara-perkara baik. Jangan doa macam lagu P. Ramlee "kau cabut lah nyawa ku" (kalau cabut tak sakit ok, kalau sakit macam mana?) 3. "Supaya UMNO/Malaysia tidak punya pemimpin seperti Abdullah Hj Ahmad" - ok, boleh terima lagi. Abdullah Hj Ahmad ada dua orang sahaja yang terkenal. Satu dari Kok Lanas Kelantan dan yang sa...

Are you a lawyer?

MCA ..the day democracy was dead!!! That was what Ti Lian Ker wrote in his blog dated Sept. 26, 2008. He reproduced a scanned document purportedly a Memorandum of Agreement made in April 2002 between the MCA Team A and Team B. I just fail to understand the relationship between the title to the blog and the documents posted. Why was democracy (in MCA ?) dead? Why Ti, being a lawyer by training chose to post a document not duly executed by both parties. In law, documents not duly executed and/or completed by parties involved cannot in any way be construed as binding or at the very least be of any conclusive proof or evidence. As per my earlier posting at Matthias Chang The Great , I had stated that I was involved in the Team A /Team B crisis and I know fully well the problems and issues faced by MCA then. I am aware of the existence of the Memorandum of Agreement, who prepared same and the manner in which Dato ' Lim Ah Lek (now Tan Sri ) and Tan Sri Lim Kok Wing had signed the ...

Lu sendiri fikir la!

" Fikir baik-baik tujuan rebut jawatan utama UMNO" Itu Muhyiddin kata sebagaimana di laporkan oleh Utusan Malaysia hari ini 8 Okt. 2008. Ini berkaitan En. Hanapi Salleh yang hendak bertanding Naib Presiden dan juga yang lain-lain yang telah luahkan hasrat dan minat. Salah kat mana ni? Semua ahli umno bayar yuran RM1 kalau ahli biasa dan RM100 ahli seumur hidup. Perlembagaan kata semua ahli sama hak dan sama taraf. Tiada pun apa-apa peruntukan dalam Perlembagaan Umno yang larang mana-mana ahli yang hendak bertanding kecuali sekarang ini peruntukan nya menyebut tentang adanya sistem kuota pencalonan. Kalau Hanapi boleh cukup kuota, Muhyidin nak kata apa lagi? Orang putih kata "you fly kites" la! Kalau berani dan kalau boleh fikir sendiri....Tan Sri, kenapa tak umum nak tanding jawatan apa? Yang nak tunggu Pak Lah & DS Najib buat pengumuman dulu tu kenapa? Tak boleh fikir sendiri ke? Jangan lembab sangat! Mentaliti tunggu dan lihat perlu dihapuskan! Nanti kalau Tan...

Bravo Hanapi Salleh!

Oh Hanapi Salleh.... Kau memang ada kelas! Di Kuantan di Pekan malah di seluruh pelusuk Pahang dan sekarang di seluruh pelusuk Malaysia termasuk Sabah & Sarawak dan di seantero dunia, siapa yang tak kenal kau, Napi?! Kau memang ada kelas! Kau lah satu-satunya Ketua Cawangan yang buat signboard depan rumah kau..."KEDIAMAN RASMI KETUA CAWANGAN UMNO KG. UBAI, EN. MOHAMAD HANAPI BIN SALLEH". Tak lama lagi kau tukar jadi "KEDIAMAN RASMI NAIB PRESIDEN UMNO MALAYSIA, TAN SRI DATUK SERI DR. HAJI MOHAMAD HANAPI BIN SALLEH?!" Hanya satu nasihat dari aku...jangan suka sangat cuit-cuit orang! Kalau yang kau cuit tu jantan takpa sangat...takut tercuit kat pompuan! Napi....kau dah 53 tahun. Dah tua, dah lama baligh. Eloklah kalau ada bini! Takkan kau pergi majlis rasmi sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia sorang-sorang! Napi....bila kau dah jadi Naib Presiden, jangan kau lupa pada Mi Ibrahim. Kau dulu kan "pembantu khas" dia. Dia selalu beritau aku, kau suka sangat m...

Berpada-pada lah?

Wow...can't get away for raya without people blogging about you... don't play my back hah !!! Sakmongkol wrote the lawyer joke in his recent post and had also sent me sms " A lawyer walks into a pet shop wanting to buy a talking parrot. He looks at a parrot and asked the price. The owner answered. This one costs $1000. He can prepare your briefs. The lawyer asked about the price of the 2 nd parrot. This one cost $2000. He can even argue yr case in Court. Then the lawyer asked the price of another parrot perching at a corner. How much this cost? Ah..this one cost $10,000. What? Why so expensive? I don't know said the owner. I observe he does nothing...but I heard the other 2 parrots referred him as "senior partner" Sakmongkol ... I'm the 3rd parrot...hahaha...does nothing but highly priced!!! Looks like Sakmongkol loves BUDU too much. Tell you what.... budu when taken with cili and limau nipis and campur a bit of tempoyak ..... mak aiiii ... ma...