UCAPAN BAJET 2010 NEGERI PAHANG
SEBAHAGIAN UCAPAN BAJET 2010 NEGERI PAHANG OLEH YAB MB PAHANG YANG SANGAT-SANGAT PERLU DIAMBIL PERHATIAN SERIOUS OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN !!!!
36.Kerajaan Negeri telah berusaha mengambil tindakan positif bagi mengekal dan memelihara khazanah hutan demi kepentingan negara dan generasi akan datang bagi menjamin sumber bekalan air mentah terus berkekalan. Pewartaan kawasan hutan sebagai kawasan tadahan air dilaksanakan selaras dengan kehendak dan dasar Kerajaan Persekutuan supaya kawasan hutan yang boleh menjamin sumber air mentah negara dikekalkan demi kepentingan semua pihak. Sehingga kini Kerajaan telah mewartakan kawasan hutan seluas 972,839 hektar sebagai kawasan tadahan air. Selaras dengan pewartaan tersebut, semua aktiviti pembalakan tidak dibenarkan. Penguatkuasa terus dipertingkatkan bagi mempastikan kawasan berkenaan tidak dicerobohi.
37. Kawasan hutan yang diwartakan itu mempunyai nilai komersil hasil hutan yang tinggi yang boleh menyumbang hasil kepada Kerajaan Negeri. Sekiranya lesen pembalakan dikeluarkan ke atas kawasan seluas 972,839 hektar itu, Kerajaan Negeri boleh mendapat hasil dari premium dan cukai pasaran melebihi RM28.1 bilion.
38. Saya ingin merayu disini, bahawa kesanggupan Kerajaan Negeri Pahang berkorban demi kepentingan negara dengan mewartakan kawasan begitu luas sebagai kawasan tadahan air, akan diberi perhatian serius oleh Kerajaan Persekutuan. Untuk makluman Dewan, jika semua kawasan hutan di Negeri Pahang dihapuskan, ianya bukan sahaja menjejaskan bekalan air di Negeri Pahang tetapi juga menjejaskan bekalan air ke Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Perak kerana paras air sungai utama di negeri-negeri ini berpunca dari kawasan tadahan air di kawasan gunung-ganang dan bukit-bukau di Negeri Pahang.
39. Kerajaan Negeri telah memohon ehsan kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM280 juta setahun sebagai balasan pengorbanan mewartakan kawasan hutan tadahan air, namun Kerajaan Persekutuan belum bersedia menimbangkan permohonan tersebut. Saya akan terus menyusul perkara ini dengan YAB Perdana Menteri. Marilah bersama-sama kita berdoa agar permohonan kita dipertimbangkan dengan sehabis baik.
Quotable quotes (YAB MB Pahang -part of the Budget Speech)
"Saya ingin meminta semua wakil-wakil rakyat berkhidmat bertungkus lumus untuk pengundi dan rakyat masing-masing. Dengan cara ini pengundi dan rakyat akan sentiasa menghargai sumbangan yang kita berikan. Kita perlu balik kepada asas; mengambil tahu masalah rakyat dan terus membela nasib mereka kerana kita juga adalah seperti mereka sebelum kita terpilih sebagai wakil rakyat dan akan menjadi semula sebahagian daripada mereka apabila kita tidak lagi menjadi wakil rakyat."




