Thursday, May 10, 2012

66 tahun kewujudan UMNO


Selama 66 tahun UMNO menabur jasa untuk rakyat Malaysia. Semoga jasa mu menerima ucapan terima kasih dari bangsa yang mengenang budi.









Tuesday, February 14, 2012

SeruanGemilang Lagi? Hendak bakar diri pulak?

Sebelum sahabat ini bakar diri harap dapat baca dulu fakta kes antara Seruan Gemilang (SG) dengan Kerajaan Negeri Pahang itu.


Dibawah ini diberikan fakta dahulu manakala documents serta cause papers akan di scan kemudian dan akan dipaparkan :-

  • SG fail 2 saman. Satu terhadap UMNO dan satu lagi terhadap Pahang. UMNO ada buat counterclaim dalam kes itu.
  • Kes terhadap UMNO telah di dismissed oleh mahkamah tetapi counterclaim oleh UMNO telah dibenarkan. Stage nya pending assessment of damages. Kes terhadap UMNO itu dismissed atas alasan that the contract was void.
  • Kes terhadap Pahang walaupun pada awalnya SG mendapat judgment, tetapi judgment itu adalah dalam process untuk diketepikan atas alasan ada fraud, deceit, misrepresentation, etc. Pahang telah ambil tindakan dengan mengfailkan Writ untuk process setting aside of the SG Judgment. SG telah buat Summons-in-Chambers untuk batalkan Writ itu tetapi telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan juga Mahkamah Rayuan. SG sedang merayu ke Mahkamah Persekutuan atas penolakan itu. SG mahu Writ oleh Pahang itu ditangguh dahulu pending the outcome of the appeal to the Federal Court.
  • In the mean time, SG cuba juga hendak enforce judgment asalnya. Dulu telah mohon mandamus terhadap Menteri Besar, State Secretary dan juga State Financial Officer. SG tarik balik mandamus terhadap SS dan SFinO dan hanya proceed terhadap MB. Mahkamah struck off mandamus itu.
  • Sekarang ini SG cuba proceed i.e filed afresh  mandamus itu terhadap SFinO tetapi telah pun out of time dan SG buat secara ex parte. Permohonan untuk Mandamus itu sekarang pending di Mahkamah Rayuan kerana Pahang membuat rayuan bahawa procedure yang dibuat oleh SG itu adalah salah dan perlu inter parte and must be decided on it's merit.
  • Berbalik semula kepada counterclaim UMNO yang dibenarkan oleh Mahkamah dan sekarang dalam process assessment of damages, ianya adalah sama damages nya dengan Judgment terhadap Pahang. Inilah yang ditakuti oleh SG kerana kalau contract dengan UMNO itu adalah telah diputuskan oleh Mahkamah sebagai void ab initio, sebenarnya SG tiada apa-apa cause of action terhadap Pahang kerana subject matter adalah sama dan will only substantiate adanya fraud, deceit, misrepresentation etc yang akan dikemukakan oleh Pahang dalam Writ yang masih pending itu.
On the premise above, kepada yang hendak bakar diri itu, tolong lah beri fakta yang sebenar dan jangan hanya pamirkan half truth!

Wednesday, January 11, 2012

Hakim Bijaksana

  • Sejak dari dulu kebijaksanaan Hakim Mahkamah Malaysia tidak pernah diragui. Bukan calang-calang orang boleh menjadi Hakim terutamanya diperingkat yang tinggi.
  • Dalam membuat keputusan, samada untuk mensabitkan kesalahan atau membebaskan tertuduh, banyak perkara yang perlu diambilkira. Fakta dan bukti itu sudah semestinya penting, begitu juga undang-undang yang terbabit serta nas-nas terdahulu. Namun, kebijaksanaan mengambil kira apa sebenarnya yang berlaku di luar mahkamah iaitu dunia luar juga perlu diambilkira, yang membezakan kebijksanaan.
  • Dalam kes yang mempunyai impact kepada kesejahteraan negara, biasanya Hakim akan mengambil kira kepentingan awam mengatasi kepentingan individu atau kelompok kecil.
  • Kes yang melibatkan Anwar Ibrahim baru-baru ini, jelas menunjukkan kebijaksanaan Hakim.Hakim memutuskan untuk membebaskan dan melepaskan beliau dari tuduhan meliwat pembantunya hanya bersandarkan 2 perkara:-
  1. Pembuktian melalui DNA tidak 100% diyakini tidak pernah diganggu oleh pihak lain
  2. Tidak selamat untuk sabitkan kesalahan hanya atas keterangan pengadu tanpa ada corroboration.
  • Kedua-dua perkara yang menjadi sandaran Hakim itu sebenarnya adalah dikemukakan semasa kes pendakwaan dan bukannya semasa kes pembelaan. Ini bermakma, pembelaan tidak sedikit pun membuat pembelaan bahawa jenayah liwat itu tidak berlaku.
  • Yang melepas dan membebaskan tertuduh ialah bahawa Hakim merasakan tidak selamat untuk mensabitkan tertuduh atas keraguan yang berlegar di mindanya.
  • Di sinilah letaknya kebijaksanaan Hakim. "When in doubt, acquit!" Itulah mungkin apa yang ada di minda Hakim. Hakim juga seorang manusia yang perlukan clear conscience untuk tidur dengan lena dan tenang setelah membuat keputusan. Biarlah dilepaskan orang yang salah dari dipenjarakan orang yang tidak bersalah.Mungkin itu juga bermain di mindanya.Kalau ada pihak yang merayu ke mahkamah yang lebih tinggi, dan keputusan itu diketepikan atau didapati tidak tepat sekalipun, sekurang-kurangnya Hakim masih boleh tidur lena dan tenang!
  • Tambahan pula, di hari Hakim dijadualkan membuat keputusan, Mahkamah dikerumuni oleh ribuan penyokong kepada tertuduh yang melaungkan kebebasan untuk tertuduh serta dengan ucapan yang berapi-api menjeritkan ada konspirasi dan kezaliman terhadap tertuduh. Pastinya Hakim telah mengambil "judicial notice" terhadap semua itu. Hakim juga telah banyak kali mendengar tuduhan dan tohmahan bahawa ada pihak yang mengatakan bahawa hakim dan mahkamah tidak adil, telah dibeli dan diatur oleh pihak yang berkuasa, sedangkan Hakim itu tahu bahawa dirinya tidak pernah pun terlibat dengan apa juga yang dituduh dan ditohmah itu. Hakim yakin dengan sumpah yang pernah dilafaz untuk mengadili dengan seadil-adilnya "without fear or favour". Kedaulatan undang-undang adalah prinsip yang dipegang.
  • Bijaknya Hakim dalam menangani suasana yang tegang yang kalau tidak dibendung, kemungkinan perkara yang tidak diingini akan menjadi luar kawalan. Mungkin di mindanya terbayang kepada kisah buruk yang berlaku di zaman Natrah. Eloklah kejadian Natrah tidak berulang. Negara perlu aman dan tenteram demi kesejahteraan rakyat. Hakim pun seorang rakyat dan bukan rakyat yang jadi hakim. Hakim adalah rakyat yang terpilih dan bukan calang-calang rakyat boleh jadi hakim!
  • Sekalung tahniah kepada Hakim yang bijaksana.