Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Jiwa Menentang Kerana Hati Yang Buta.

Apabila sesuatu yang baru mahu diperkenalkan, jiwa menentang tetap bergelora. Dari dahulu lagi sehingga sekarang jiwa itu tetap mahu menentang. Apabila ada yang mahu memperkenalkan pembuatan kereta ada jiwa menentang mengatakan hendak buat jarum pun kita tidak mampu, inikan pula membuat kereta! Sekarang ada yang mahu memperkenalkan penggunaan biometrik untuk pilihanraya. Jiwa menentang terus berkata, "Boleh setuju tapi kena telus dan bersih"; "Itu bukan jaminan telus"; "Tidak praktikal, membazir"; dan ada juga yang kata "Masih terlalu awal beri sokongan". Ada juga yang kata, "Negera maju pun tidak guna"; "Kalau guna, boleh dimanipulasi warga asing". Malah ada yang kata "Biometrik mahal, dakwat murah!". Kepada yang suka berkata mengenai manipulasi, orang yang biasa  memanipulasi itu lah yang tahu apa itu manipulasi. Orang yang kata mahal itu lah orang yang sudah biasa dalam hidupnya membazir. Orang kata tidak