Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Mengangkat sembah...

Adat mengangkat sembah kpd Sultan adalah adat Melayu. Ianya bukan sembah dalam bentuk sembahyang tapi "mengangkat sembah" sama seperti "mengangkat tabik" dalam tentera dan polis kepada yang lebih besar pangkatnya. Adatnya mestilah berdiri tegak dan dua tapak tangan itu dirapatkan, diletak di tengah-tengah kening. Bukan di paras dada atau paras mulut atau di atas kepala dan tangan itu mestilah tiada memegang apa-apa objek semasa mengangkat sembah itu. Sama seperti angkat tabik, tangan pun mesti kosong, bukan tabik sambil pegang rokok atau lain-lain. Tidak perlu tunduk seperti dalam gambar hiasan di bawah ini.

Pengkhianat Berjaya Halau Siemens dari Pahang, Tahniah!!!

Save Malaysia Stop Lynas serta konco-konconya telah berjaya halau Siemens dari Pahang. Tahniah kerana buat orang Pahang hilang peluang pelaburan yang besar, hilang peluang pekerjaan dan hilang sumber hasil! Syabas kerana hebat dalam kerja-kerja khianat!!! Hendak tahu berapa besarnya syarikat Siemens? Baca  di sini

Kalau Tak Percaya kepada Pakar, Nak Percaya kepada Fuziah?

 Tanggungjawab wakil rakyat yang berjiwa rakyat tidak akan menipu rakyat! Kalau ada ilmu dalam bidang masing-masing gunakanlah sebaiknya. Yang baik mesti dikata baik, bukan yang baik dikata tidak baik semata-mata kerana kerakusan politik! Dua wajah yang ada ilmu masing-masing. Satu ilmu yg bercakap benar, satu lagi ilmu spin! Gabungan dan kekuatan kewangan sepatutnya bukan diguna untuk menikam kerajaan yang membantu untuk naik! Jangan bila susah sahaja sokong kerajaan, bila sudah senang, lupa pula. Dahsyat lagi kalau buat gerakan jatuhkan kerajaan... Gambar sudah cukup untuk menerangkan segalanya! Tidak perlu pendedahan lain!

Contractors cum sponsors anti-Lynas akan di dedah !!!

Contractors yang dapat contract dengan Lynas dan sekarang menjadi sponsors kepada kumpulan Anti-Lynas akan didedah. Tunggu selepas tamat embargo!!!  Note : 1. Lynas Sydney awarded the Phase 1 contract to UGL Perth.            2. UGL Perth awarded contracts to various contractors.                Total cost RM 1513 millions.        (Rebar alone is at RM 12,480,287 to a steel company! Not to mention Contract Outsource Manpower estimated annual value of at least RM 3.4 million)            (Clip ini hanya untuk renungan, tiada kena mengena dengan kerja kontrak dengan Lynas)

Ucapan Bajet Pahang 2012

UCAPAN BAJET TAHUN 2012 YAB. MENTERI BESAR PAHANG  ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH Yang Berhormat Tuan  Yang DiPertua, 1.     PENDAHULUAN 1.            Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah dan izinNya, dapat kita bersama-sama hadir di Dewan yang mulia ini dan dapat pula saya membentangkan Bajet Negeri  Pahang Darul Makmur Tahun 2012 sempena Persidangan Kali Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri yang Kedua belas pada pagi ini. Saya mohon mencadangkan bahawa satu Rang Undang-Undang dinamakan : “Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2012 dan bagi memperuntukkan wang tersebut untuk maksud-maksud tertentu” dibaca bagi kali kedua. Yang Berhormat Tuan  Yang DiPertua, 2.     LATARBELAKANG 2.            Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wat’ala kerana dengan izinNya saya dapat membentangkan Bajet Negeri Pahang Tahun 2012 di Dewan yang mulia ini. Terlebih dahulu saya in