Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Tuan Ibrahim Tuan Man sokong Bajet Pahang

Semasa menjadi Wakil Rakyat 1 penggal 1999 hingga 2004, Tuan Ibrahim Tuan Man sokong Bajet Pahang yang dibentangkan. Kenapa pula sekarang persoalkan? Kononnya Ekonomi gawat, Pahang akan muflis . Tiada sepatah perkataan pun dalam Hansard Sidang Dewan untuk penggal 1999 hingga 2004 itu Tuan Ibrahim mempersoal atau membantah Bajet yang dibentangkan. Malah tiada juga cadangan daripada beliau untuk mengatasi Bajet yang dikatakan defisit itu. Sila lihat table dibawah yang dipaparkan dengan jelas menunjukkan perbelanjaan sebenar kerajaan Pahang mulai daripada tahun 1980 hingga 2010. Walaupun semasa pembentangannya Bajet itu dianggarkan defisit, tetapi selepas diambil perbelanjaan sebenar, ianya menjadi surplus dan bukan defisit. Tuan Ibrahim Tuan Man tidak perlu lah melalak melolong diluar. Semasa anda menjadi Wakil Rakyat tiada pun cadangan yang baik yang anda pernah kemukakan di DUN Pahang. Malah tiada sedikit pun tercatit dalam Hansard anda mempersoalkan Bajet Defisit. Untuk makluman an

Mencari Punca Hasil Baru

YAB Menteri Besar Pahang dalam ucapan Bajet 2011 menyebut :- 7.      STRATEGI MENINGKATKAN HASIL NEGERI 18.     Mencari punca hasil baru negeri boleh dilakukan melalui dua pendekatan iaitu pendekatan jangka pendek dan pendekatan jangka panjang . Pendekatan jangka pendek Insya Allah akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri dengan mewajibkan semua Agensi Kerajaan menyalurkan 50% daripada keuntungan masing-masing kepada Kerajaan Negeri. Anak-anak syarikat kepada agensi-agensi Kerajaan akan diwajibkan menyalurkan 50% dari keuntungan anak-anak syarikat kepada agensi masing-masing dan 50% daripada sumbangan itu diwajibkan disalurkan pula kepada Kerajaan Negeri. Langkah ini akan dikuatkuasakan mulai tahun hadapan tahun 2011 dan ini bermakna kesemua agensi Kerajaan dan anak-anak syarikat agensi Kerajaan akan menyalurkan sumbangan kepada Kerajaan Negeri berdasarkan kepada keuntungan yang dibuat pada tahun ini, iaitu tahun 2010. 19.     Pendekatan yang kedua, secara pendekatan jangka panj

Ucapan Bajet 2011 Negeri Pahang

UCAPAN BAJET TAHUN 2011 YAB. MENTERI BESAR PAHANG ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH Yang Berhormat Tuan Yang DiPertua, 1.      PENDAHULUAN 1.      Saya bersyukur kepada hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah izinNya, dapat kita bersama-sama hadir di Dewan yang mulia ini dan dapat pula saya membentangkan Bajet Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 2011 sempena Persidangan Kali Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri yang Kedua Belas pada pagi ini. Saya mohon mencadangkan bahawa satu Rang Undang-Undang yang dinamakan : “ Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2011 dan bagi memperuntukkan wang tersebut untuk maksud-maksud tertentu” dibaca bagi kali kedua. Yang Berhormat Tuan Yang DiPertua, 2.      LATAR BELAKANG 2.      Sebelum saya membuat kenyataan lebih lanjut dalam ucapan Bajet kali ini, saya ingin membawa perhatian Ahli-Ahli Dewan kepada latar belakang asas yang wajib kita ketahui. K