Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Hakim Bijaksana

Sejak dari dulu kebijaksanaan Hakim Mahkamah Malaysia tidak pernah diragui. Bukan calang-calang orang boleh menjadi Hakim terutamanya diperingkat yang tinggi. Dalam membuat keputusan, samada untuk mensabitkan kesalahan atau membebaskan tertuduh, banyak perkara yang perlu diambilkira. Fakta dan bukti itu sudah semestinya penting, begitu juga undang-undang yang terbabit serta nas-nas terdahulu. Namun, kebijaksanaan mengambil kira apa sebenarnya yang berlaku di luar mahkamah iaitu dunia luar juga perlu diambilkira, yang membezakan kebijksanaan. Dalam kes yang mempunyai impact kepada kesejahteraan negara, biasanya Hakim akan mengambil kira kepentingan awam mengatasi kepentingan individu atau kelompok kecil. Kes yang melibatkan Anwar Ibrahim baru-baru ini, jelas menunjukkan kebijaksanaan Hakim.Hakim memutuskan untuk membebaskan dan melepaskan beliau dari tuduhan meliwat pembantunya hanya bersandarkan 2 perkara:- Pembuktian melalui DNA tidak 100% diyakini tidak pernah diganggu oleh pihak