ASSALAMUALAIKUM YB DATO' SERI, Dengan segala kerendahan hati saya menulis surat ini sebagai seorang Melayu dan adalah peribadi tanpa perlu mengambil kira apa jawatan saya. Saya juga memohon bersikap kurang ajar kepada YB Dato' Seri. Kurang ajar saya ini adalah jawapan dan balasan kepada sikap dan perbuatan YB Dato' Seri yang derhaka kepada KDYMM Paduka Sultan Perak. Untuk makluman YB Dato' Seri, dulu, yakni sebelum YB Dato' Seri derhaka kepada Raja, saya ada juga perasaan mengagumi YB Dato' Seri. Saya kagum kerana dengan takdir Allah SWT, YB Dato' Seri telah dengan izinNya diangkat martabat untuk menjawat jawatan YAB Menteri Besar Perak. Hanya Allah yang berkuasa menentukan atau mengangkat martabat seseorang itu. Sesungguhnya Allah telah memilih YB Dato' Seri kerana Allah sahaja yang tahu akan kebolehan YB Dato' Seri. Saya juga selalu mendengar kata-kata dan ungkapan baik yang diluahkan oleh YAB Dato' Sri Hj Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang, te...
The truth is often avoided.