Skip to main content

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Saya sekeluarga memgambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan dan kenalan terutamanya pengunjung blog ini.

Aidil Adha mengajar kita erti pengorbanan. Saya berdoa moga-moga kita dibukakan hati untuk berkorban dengan menjauhkan diri kita dari membuat fitnah dan mereka-reka cerita untuk kepentingan peribadi atau kelompok kita.

Kepada saudara dan rakan yang ditimpa bencana tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, saya ingin menyampaikan rasa simpati saya dengan iringan doa supaya diberi hidayah Allah dan dikuatkan iman serta diberi kekuatan untuk bersabar. Saya faham apa erti kesedihan dan kepayahan yang sedang saudara-saudara alami. Saya masih teringat trajedi yang sama di Highland Towers pada tahun 1993 kerana rakan dan kawan saya sendiri yang terlibat. Saya faham apa ertinya ''Tinggal sehelai sepinggang'' dan apa ertinya hilang orang yang tersayang kerana saya sendiri pernah merasainya walaupun dalam trajedi yang berbeza.

Kepada rakan-rakan Pahangdaily online yang mencabar saya, harap dapat bersabar untuk saya menjawab. Marilah kita menyambut Hari Raya Aidil Adha dulu. Saya yakin mereka juga merayakannya.

Wasalam
Ikhlas dari,
Dato' Shamsuddin Haji Nawawi sekeluarga

Comments

  1. Salam DSN,

    1. Selamat hari raya aidiladha to you and your family from my family and i.

    2. I am compelled to write this comment on your blog after reading several posts of you.

    3. I only came across your blog initially upon the writing by Shamsuddin El-Askarey (your namesake) upon what is written during the Bentong UMNO AGM.

    4. We have met several times (and shake hands) without knowing each other much.

    5. What i knew of you is what i heard from people across your circle and at first it was all negative perceptions.

    6. You were perceived to be just like any other "Yes man" politician and only speaks "cari makan" lingo.

    7. However, my perception or more or less respect to you have increased tremendously after reading your postings and i must admit you do "walk the talk"

    8. I hope to we would cross swords soon (in a positive way) and could get to know one another in person.

    9. I wish you well in your undertakings and have a good eid mubarak.

    Salam

    ReplyDelete
  2. Prodigal Meastro,
    Selamat Hari Raya Aidil adha. Thank you for the comment. Like the Malay saying, "Tak kenal maka tak cinta"
    Should we rub shoulders again, I am so glad if we could indulge in some good conversation and if my mathematic is correct, negative plus negative will become positive...

    ReplyDelete
  3. DSN,
    1. In mathematics, negative plus negative is still a lot more negative. Your forgiven sir, as I dont think maths is included in Law 101. However, in physics your theorem would be correct.

    Salam

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Haji to you and your family Tok.Syukur Alhamdullillah kita semua sihat sejahtera dan dapat menyambut hari yang mulia ni.Semoga Allah mengampunkan dosa kita dan menjauhkan kita daripada perkara2 yang tidak diingini,Amin.

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...