Skip to main content

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau.
Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau.

Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuannya untuk familiarise apa cara dan bentuknya kerja dengan Pejabat MB. Macam mana nak sesuaikan diri. Akhir sekali sekali saya kerja dengan kerajaan ialah pada tahun 1984. Last jawatan saya dengan kerajaan ialah sebagai Senior Assistant Registrar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dari tahun 1985 hingga masa itu tahun 1999 saya kerja sendiri sebagai lawyer. Saya ada legal firm sendiri Messrs. Shamsuddin & Co, Advocates & Solicitors.

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob angkat sumpah jawatan di Istana Pekan, dia pilih untuk naik kereta saya. Jeep Grant Cherokee BCA 99. Selepas selesai angkat sumpah di Istana Pekan, baru dia gunakan kereta rasmi yang disediakan oleh kerajaan.

Pada mulanya saya tiada jawatan apa-apa di Pejabat MB. Hanya ada dengar yang saya akan dilantik sebagai Setiausaha Politik. Ramai orang di Kuantan tidak kenal saya. Itu memang betul. Kuantan, Pekan, Paya Besar, Indera Mahkota menang bukan tempat permainan saya. Saya hanya biasa di Kuala Lumpur, Bentong, Raub dan Lipis sahaja. Disebelah Pahang Timur bukan tempat saya. Saya juga tidak aktif dalam politik. Saya bukan ahli Umno pun. Semasa saya di Kuala Lumpur sebagai lawyer, tidak terlintas hendak jadi ahli Umno. Saya serik dengan cara orang Umno ini boleh tengelam dan hilangkan nama kita dari senarai Ahli. Saya ingat saya jadi ahli Umno sejak tahun 1978 lagi. Masa itu saya di Universiti Malaya. Apabila balik cuti penggal Universiti, untuk masuk main bola piala Umno di Dong Raub Pahang kena daftar jadi ahli. Saya ingat saya daftar bayar $1 untuk jadi ahli. Kemudiannya saya tidak ambil kisah tentang keahlian itu. Lepas keluar Universiti, saya jadi Magistret. Langsung lah saya tidak peduli langsung tentang ahli umno itu. 

Hingga lah bila hendak kerja dengan YB Dato' Adnan ini baru saya semak semula. Memang tiada nama saya. Saya pun tak kisah sangat. Kalau MB lantik saya jadi Setiausaha Politik pun, saya tidak ahli Umno pun apa salahnya?

Secara rasminya saya dilantik jadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Pahang pada 1hb April 2000. Itu tarikh dikeluarkan surat dan angkat sumpah di hadapan MB dalam bilik mesyuarat Exco Tingkat 2, Wisma Sri Pahang. Tapi saya sudah mula kerja dengan MB sejak tarikh dia angkat sumpah jawatan MB pada 25hb Mei 1999. Maknanya lebih kurang 1 tahun, saya buat kerja tanpa jawatan rasmi.

Pada masa itu lah ramai yang cuba hasut MB supaya buang saya. Tak perlu lantik saya sebagai SetPol. Yang paling menarik hasutan kepada MB ialah oleh dua orang hamba Allah nama Tarmizi Maran dan Kudus Kuantan. Mereka datang ke rumah MB satu malam. MB pula masa itu suka duduk lepak di dalam garage kereta. Letak bangku panjang tepi tiang, lepak lah di situ. Nak hisap rokok pun senang. MB pula suka hisap curut. Berborak lah dengan siapa juga yang datang sampai larut malam. Saya pula duduk di rumah dalam compound rumah MB yang dikhaskan untuk pekerja rumah kediaman rasmi MB seperti tukang masak dan tukang kebun dan pemandu. Ada rumah (masam berek) kosong, saya pun tumpang tidur lah di situ. Ada dua bilik. Saya pakai satu, Arop Bentong (kawan baik MB sejak muda lagi) yang datang tumpang saya dari Bentong sambil jadi pemandu saya.

Berbalik kepada cerita Mizi dengan Kudus tadi, bila dapat peluang mereka pergi dekat MB dan beritahu ada laporan nak sampaikan kepada YAB MB. Mereka bisik-bisik dengan MB. Saya duduk balik tiang, belakang MB. Saya dengar lah apa mereka bisikkan itu. MB kata "Apa nak bisik-bisik ni. Cakap jer lah. Tak payah private private sangat". Mereka kata mereka nak beri laporan pasal Setpol. Mereka kata mereka kenal Setpol dari bapak dan semua keluarga Setpol itu. MB kata "Haa...cakap lah, apa hal nya pulak dengan Setpol tu? Betul kenal dia ya? Bila masa wokmer kenal dia? Dia orang Raub tau? Lawyer di KL." 
"Komer kenal sangat dia YAB...kenal sangat!"
"Apa laporan nya" tanya MB. Kudus dengan Mizi ini Pemuda Umno. Layak lah kononnya beri laporan kepada MB.
"Setpol ini Long, bukan buat kerja. Dia duduk di Kuantan saja. Bukan pergi ke daerah-daerah lain pun!"
MB pun panggil saya. "Sam....mari kejap!" Saya pun keluar lah dari belakang tiang garaj itu. "Sam, awak kenal Kudus dengan Mizi ni? Diorang ini kenal sangat ke awak..." "Ini lah Setpol tu Mizi...Kudus..." 
Saya pun salam lah dengan Mizi dan Kudus. Saya tengok muka mereka lain macam. Nak kata pucat tidak, nak kata merah pun tidak. 
"Memang lah Mizi.....Kudus....dia kena buat kerja lah di Kuantan dulu. Long suruh dia belajar dulu...."

Saya pelik apa masalahnya hamba Allah berdua ni? Dipendekkan cerita, bila semua dah bersurai, MB dah nak naik ke rumah dah tengah malam, Kudus dengan Mizi ini tunggu saya. Melutut mereka nak minta maaf. Saya kata, tak payah lah melutut bagai. Tak ada hal lah. Wokmer salah orang nak hasut. Tak apa lah. Saya tak ada hal pun. Relax lah. Tak putus-putus mereka minta maaf. Tak apa lah....balik lah, Hari dah malam. Itu kata saya kepada mereka. Mizi dan Kudus ini sudah meninggal. Lama juga mereka sakit. Macam-macam sakit juga. Kencing manis dan buah pinggang. Mereka sebenarnya tak kenal pun saya. Saya pun tak kenal mereka sebelum dari kejadian malam itu.

.......bersambung....



Comments

  1. As claimed by Stanford Medical, It's indeed the one and ONLY reason this country's women live 10 years longer and weigh 19 kilos less than we do.

    (And really, it is not related to genetics or some secret exercise and EVERYTHING to do with "HOW" they are eating.)

    P.S, I said "HOW", not "WHAT"...

    CLICK on this link to see if this brief questionnaire can help you discover your real weight loss potential

    ReplyDelete
  2. Should there be another persuasive post you can share next time, I’ll be surely waiting for it.
    รีวิวคาสิโนออนไลน์ sa gaming

    ReplyDelete
  3. I would like to thank you for the efforts you have made in writing this article. I am hoping the same best work from you in the future as well. In fact your creative writing abilities has inspired me to start my own BlogEngine blog now. Really the blogging is spreading its wings rapidly. Your write up is a fine example of it.
    เลือกห้องบาคาร่า

    ReplyDelete
  4. The role of a cultural media manager has appealed to the mass generation of socially-active internet users. It's hard not to. Especially when some might think that you can earn big bucks from posting Facebook updates. Hardly.
    เล่นบาคาร่าออนไลน์2021

    ReplyDelete
  5. Easily, the article is actually the best topic on this registry related issue. I fit in with your conclusions and will eagerly look forward to your next updates. Just saying thanks will not just be sufficient, for the fantasti c lucidity in your writing. I will instantly grab your rss feed to stay informed of any updates.
    สูตรไฮโลออนไลน์

    ReplyDelete
  6. You have done a great job. I will definitely dig it and personally recommend to my friends. I am confident they will be benefited from this site.รีวิวคาสิโนออนไลน์-sexy-baccarat

    ReplyDelete
  7. mmm.. good to be here in your article or post, whatever, I think I should also work hard for my own website like I see some good and updated working in your site.
    รีวิว-joker gaming

    ReplyDelete
  8. Internet search engine optimization experts apply the modern analytics service, which has a positive affect a website. SEO companies are facing great competition in the SEO field. However, they introduce guaranteed SEO services to manage with the competition.
    เคล็ดลับเกมสล็อตออนไลน

    ReplyDelete
  9. We run a community that promotes massage and leaves reviews, so why don't you come in and take a look?
    ssasymposium.org

    ReplyDelete
  10. I went over this website and I believe you have a lot of wonderful information, saved to my bookmarks
    ดูหนังออนไลน์

    ReplyDelete
  11. I would like to thank you for the efforts you have made in writing this article. I am hoping the same best work from you in the future as well. In fact your creative writing abilities has inspired me to start my own BlogEngine blog now. Really the blogging is spreading its wings rapidly. Your write up is a fine example of it. ไฮไลท์พรีเมียร์ลีก

    ReplyDelete
  12. Hey, great blog, but I don’t understand how to add your site in my reader. Can you Help me please? ข่าวฟุตบอลไทยวันนี้

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...