Skip to main content

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun.

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun.

Patik, pacal kelahiran Negeri Pahang Darul Makmur memohon merafak sembah atas limpah perkenan Kebawah Duli Tuanku bagi patik menyembah rayuan terhadap apa yang kini berlaku di Negeri Perak Darul Ridzuan. Negeri dibawah pemerintahan berdaulat Kebawah Duli Tuanku.

Ampun Tuanku,
Adalah dalam pandangan patik, pacal yang hina ini, krisis yang melanda sistem pentadbiran Negeri Perak tidak boleh dibiarkan berlarutan. Adalah dilaporkan melalui media cetak serta elektronik bahawasanya Kerajaan Perak dibawah tadbir YAB Menteri Besar sekarang telah kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri dan sebaliknya Barisan Nasional pula yang mempunyai majoriti nyata.

Ampun Tuanku,
Justeru itu, patik merayu diatas limpah perkenan Kebawah Duli Tuanku, agar Kebawah Duli Tuanku memperkenankan Barisan Nasional mengambil alih Kerajaan Negeri Perak.

Ampun Tuanku,
Patik juga ingin menyembahkan bahawa ianya adalah dibawah kuasa mutlak Kebawah Duli Tuanku bagi membuat keputusan samada memperkenankan perlantikan Menteri Besar yang baru yakni penubuhan satu kerajaan yang baru ataupun atas limpah perkenan Kebawah Duli Tuanku jua untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampun Tuanku,
Patik serta ramai lagi pacal-pacal yang lain, atas limpah perkenan Kebawah Duli Tuanku, merasakan bahawa mengadakan Pilihanraya semula melalui opsyen pembubaran, adalah tidak praktikal buat masa ini. Negara baru saja selesai mengadakan Pilihanraya Umum pada Mac 2008 yakni tidak pun sampai satu tahun yang lepas.

Ampun Tuanku,
Pilihanraya memerlukan banyak perbelanjaan dan di suasana ekonomi yang lembab sekarang, adalah pada pandangan patik serta ramai lagi pacal-pacal hamba rakyat sekelian, satu pembaziran. Kerajaan perlu menumpukan usaha untuk mentadbir dengan baik serta mencari jalan untuk mengatasi masalah ekonomi yang melanda negara dan juga dunia. Adalah juga pada pandangan patik, perbalahan politik serta polemik politik tidak baik untuk kesejahteraan rakyat.

Ampun Tuanku,
Penubuhan kerajaan Barisan Nasional bukanlah perkara asing bagi Negeri Perak yang telah pun pernah mentadbirkan Negeri Perak sejak Merdeka lagi. Hanya tidak pun sampai satu tahun yang lepas sahaja Negeri Perak ditadbir oleh apa yang dikatakan kerajaan Pakatan Rakyat. Pastinya Kebawah Duli Tuanku sendiri sebagai Raja yang bijaksana telah dapat membuat penilaian prestasi kerajaan dibawah pentadbiran Barisan Nasional serta membuat perbandingan dengan kerajaan Pakatan Rakyat selama tidak sampai satu tahun yang lepas itu.

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun sembah Patik mohon diampun. Patik menyembahkan rayuan ini seikhlas dan sejujurnya. Atas limpah perkenan Kebawah Duli Tuanku jua patik berbuat demikian. Limpahilah perkenan Kebawah Duli Tuanku bagi patik pacal yang hina ini menyembah maklum akan keadaan yang dirasai oleh sekalian rakyat dibawah.

Ampun Tuanku, patik berdoa agar Allah swt melimpahkan rahmat keatas Kebawah Duli Tuanku serta sekalian kerabat DiRaja Perak yang lain dan patik berdoa Kebawah Duli Tuanku kekal karar memerintah Negeri Perak.

Ampun Tuanku,
Diatas kesempatan ini patik juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas Jubli Perak pemerintahan Kebawah Duli Tuanku.
Dirgahayu Tuanku.
Daulat Tuanku.

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun. Akhir kalam, sekianlah persembahan warkah rayuan patik.

Wabillahhi taufik wal hidadah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Patik pacal yang hina,

Dato' Shamsuddin Nawawi, DIMP

Comments

Popular posts from this blog

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Lawyer setengah lepas enam/ Half past six?

Ada lawyer yang true blue, well cooked and clever. Ada yang opposite dari yang disebut itu. Kalau Mahkamah perintahkan seseorang itu dihukum mati maka permohonan untuk hukum penjara seumur hidup itu terbatal lah dengan sendirinya! Sama lah juga kalau Mahkamah perintahkan lesen memandu si Anu itu dibatalkan maka semua sekali lah batal baik kelas B dan D atau apa-apa kelas pun. Jangan lah pulak kata, si Anu itu masih boleh pakai Lesen L dia sebab mahkamah tak sebut pun dalam perintahnya. Kalau Mahkamah batalkan keputusan dan perbuatan Speaker mengantung kehadiran ahli Dewan maka akibat dari perintah itu, ahli Dewan itu bolehlah hadir dan turut serta prosiding Dewan itu seolah-olah apa yang Speaker buat itu tidak pernah wujud! Itu pun susah nak faham ke? Jangan lah jadi loyar buruk . Half past six !

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir...