Apabila sesuatu yang baru mahu diperkenalkan, jiwa menentang tetap bergelora. Dari dahulu lagi sehingga sekarang jiwa itu tetap mahu menentang. Apabila ada yang mahu memperkenalkan pembuatan kereta ada jiwa menentang mengatakan hendak buat jarum pun kita tidak mampu, inikan pula membuat kereta!
Sekarang ada yang mahu memperkenalkan penggunaan biometrik untuk pilihanraya. Jiwa menentang terus berkata, "Boleh setuju tapi kena telus dan bersih"; "Itu bukan jaminan telus"; "Tidak praktikal, membazir"; dan ada juga yang kata "Masih terlalu awal beri sokongan". Ada juga yang kata, "Negera maju pun tidak guna"; "Kalau guna, boleh dimanipulasi warga asing". Malah ada yang kata "Biometrik mahal, dakwat murah!".
Kepada yang suka berkata mengenai manipulasi, orang yang biasa memanipulasi itu lah yang tahu apa itu manipulasi. Orang yang kata mahal itu lah orang yang sudah biasa dalam hidupnya membazir. Orang kata tidak telus, tidak bersih itulah orang yang selalu tidak telus dan tidak bersih dalam kehidupannya.
Ibarat orang yang suka merungut atas apa juga perkara, mereka itu mahu dibelai, dilayan seolah-olah anak-anak kecil yang menangis mahukan susu.
Mereka pernah diberi peluang untuk menyuarakan perubahan. Teringat cerita dari mulut Allahyarham Tun Ghaffar Baba apabila sebuah parti berlambangkan perjuangan Islam dibawa masuk mentadbir kerajaan pada tahun 1974. Perubahan yang mereka mahukan ialah dilabuhkan sedikit skirt yang dipakai oleh jururawat (misi) yang bekerja di hospital kerajaan! Itulah pada mereka perubahan!
Begitu lah jiwa menentang. Tiada yang tidak akan ditentang kerana mata hati mereka sudah buta! Klik di sini
Comments
Post a Comment
No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)