Skip to main content

Tersandar atau Terpukang?

Dapat sms dari YB Dato' Manan Ismail yang bertanding jawatan Ketua Bahagian Paya Besar, ringkas sahaja "I lost". Beliau kalah kepada Dato' Tajuddin Sulaiman dengan majoriti 30 undi "sahaja".
SMS kepada Dato' Mustapha Kamal yang bertanding merebut jawatan Ketua Bahagian di Raub langsung tidak dijawab. Rupa-rupa beliau kalah dengan 24 undi "sahaja".

Susah juga untuk mengalahkan incumbent ni rupanya!. Di Paya Besar pada peringkat berkempen semua kata "boleh menang!" Macam-macam alasan diberi. Tapi bila sampai masa mengundi, perwakilan masih undi orang lama. Balik kepada takuk lama!. Tajuddin masih ketua bahagian. Dato' Manan yang dulunya naib ketua, sekarang sudah tiada apa-apa. Jawatankuasa atau perwakilan ke KL pun tak lekat. Bak kata orang Pahang ...TERSANDAR. Kalau tersandar masih okay. Bila kita tersandar, maknanya kita duduk selesa. Muka masih ke depan, masih boleh bernafas dengan selesa.
Ada seorang rakan kata bila kalah kalau setakat tersandar tak ada hal. Takut TERPUKANG! Kalau terpukang, langsung tak dapat nak bernafas sebab muka terperosok dalam tanah!

Itu baru kalah diperingkat bahagian. Kalau kalah diperingkat pusat macam mana? Yang kalah berlawan Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Pu3. Terpukang! ...Bibi Sharliza tak dicalon Bahagian sendiri.

Kepada yang "tak makan cuak" itu, eloklah jangan bertanding. Kalau pencalonan belum cukup-cukup lagi sampai sekarang, eloklah tarik diri. Umum sekarang, jangan nanti diumumkan bahawa sianu bin sianu tidak cukup pencalonan dan dengan itu tidak layak bertanding...

Pada peringkat awal dulu, Paya Besar dijangka akan mencalonkan Tengku Li sebab Tajuddin dikhabarkan orang kuat Ku Li di Pahang. Open house Tajuddin, Tengku Li hadir. Janji Tajuddin kepada Tengku Li tidak dapat ditunaikan. Paya Besar mencalonkan Dato' Najib. Meloponglah Tengku Li! Mungkin di Kelantan, istilahnya "bukuh". Di Pahang istilahnya Terpukang! Ramai juga yang terpukang! Ada dua tiga tempat, Khairi menantu Pak Lah pun terpukang! Ali Rastam pun terpukang tak dapat pencalonan lagi. Khir Toyo dah lama terpukang.
Kalau pencalonan pun dah terpukang.....reti reti bahasa je lah. Bawak-bawak lah tarik diri. Ali Rastam kata dia takkan tarik diri. Nak tarik diri macam mana, dia bukan masuk pertandingan lagi, dia bukan cukup pencalonan pun lagi! Ini bukan masalah persepsi, ini kenyataan! Jangan ikut Zulhasnan. Kalau 5 bulan, maknanya panjanglah dari 3 bulan. Kalau panjang pendek pun tak faham susah lah!

Bukan panjang pendek yang satu lagi tu.... Yang itu kalau panjang tapi lembik nak buat apa? Biarlah pendek pun... pandei betul Zulhasnan ni ye!

Baca juga :
1. Nur Jazlan belum putus asa!
2. Ali Rustam tak tarik diri !

Comments

  1. Tersandar, terpukang, terlentang, tertiarap, tersungkur, terpelanting atau apa sahaja yang kurang bagus termasuk yang bagus, terpilih, termenang, tercalon, terangkat dan sebagainya adalah lumrah dan sepak terajang yang kena dan terpaksa dilalui.

    Hari ini kalau kita pegang jawatan, jawatan itu sebenarnya dirampas, direbut oleh orang lain sebelum ini dan jika hari ini kita tersungklur bererti kejayaan untuk orang lain, semuanya pusingan roda.

    Yang penting, selama diberi peluang di atas apa yang telah dilakukan, jangan berjanji akan melaksanakan jika diberi peluang lagi atau dipilih, jangan tinggal 3bulan baru nak melaksanakan sesuatu yang tidak dilakukan selama 5 tahun di atas memegang kuasa. Pemimpin yang mahu jadi cencaru makan petang adalah pemimpin yang alpa, selekeh dan tidak punya karisma untuk negara, bangsa dan ugama.

    Yang kalah atau menang, ia banyak bergantung kepada sikap penerimaan atas situasi itu.

    ReplyDelete
  2. Mat Napi Saleh Kg. Ubai jugek yang tersandar tidak; terpukang tidak.. sebab beliau tak tewas..coma takde pencalonan ajeh jawatan Presideng UMNO...koh!koh!koh!

    Dato' pullok dalam kedudukan yang mana yerk? Harap2 tidak memukang.. kih!kih!kih!

    Kesian kat Tok Manan kun!

    ReplyDelete
  3. Tak lama lagi bukan terpukang je dato.Kalau tertungging lagi teruklah weh.

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...