Skip to main content

Ambush dalam jamban!

Sakmongkol menulis The Power of the Loo bila smalltalk comment dalam blognya Mukhriz, Khairy or KT- its your choice
SmallTalk said...
"Brader Sak,
Whatever theory we use, the supreme commander of Pemuda UMNO is the Agong? Not the present Agong but the 1st Agong! The 1st Agong has been seen in all places and will continue to be present all the way till March 2009. The last round will be in the toilets of PWTC...mark my words brader!"

Smalltalk jawab balik dengan menulis "Ya Pak, sudirman nya aja Pak"
Semuanya adalah mengenai wang yang akan berlegar di PWTC menjelang dan semasa perhimpunan agong umno pada mac 2009 nanti.
Berapa banyak pun wang yang akan berlegar, tidak akan menjamin kemenangan kepada mana-mana calon. Yang penting perwakilan mesti dikenal pasti dan mesti diserahkan dengan sampul surat. Lagi besar sampul surat lagi bagus. Sampul surat itu akan bertaburan didalam toilet di PWTC. Buat apa simpan sampul surat. Yang penting isi di dalamnya! Isi sampul surat itu akan berbeza-beza dari satu calon kepada calon yang lain. Lagi hampir kepada tarikh untuk mengundi lagi berbeza isi sampul surat itu.

Bak kata Dr. Mahathir, Melayu Mudah Lupa, yang diberi lama dulu perwakilan akan lupa. Yang dia ingat siapa yang beri last. Yang last ini dalam toilet tu lah!

Kenapa dalam toilet?
Kisah-kisah zaman dulu meriwayatkan bahawa kalau kita nak pukul curi, kita pukul orang itu dalam jamban. Dalam jamban, kalau kita tengah kencing di urinal dan masa itu orang pukul kita dari belakang, memang kita tidak sempat buat apa pun. Mana nak pegang benda tu lagi, mana nak mengelak lagi. Tak sempat dah. Nak kejar orang yang pukul curi itu pun sempat. Mana nak zip seluar semula, mana nak sapu air kencing berterabur lagi. Pendeknya kita dalam keadaan lemah betul masa tu. Orang putih kata "vulnerable".
Itu kalau kita tengah lepas hajat kecik. Kalau lepas hajat besar...lagi lah teruk!

Lagi satu dan yang lebih penting... Dalam tandas kalau ada tangkal azimat tak boleh pakai! Ada tangkal azimat pun tak boleh bawak masuk jamban! Nak menjampi pun tak boleh!
Pukulan dalam jamban lah yang paling "lethal" orang putih kata. Itu sebabnya JWW Birch pun orang Perak belasah masa dia kat jamban! Kalau nak ambush...ambush dalam jamban!

Comments

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...