Skip to main content

Cakap gagap fikir pun gagap? (Part 2)

(Madam Low)
Dato' Ariff Sabri (Tahniah! I know you got your DIMP letter yesterday, U deserve it bro!)Blogger komen dalam posting "Cakap gagap fikir pun gagap?

"sakmongkol AK47 aka Mat Tomoi said... ini sindrom orang kuat bodek. just to proof yg dia adil kpd semua, dia professional, maka khalid sanggp lantik pengurus besar cina. i hv nothing but respect for excellent chinese manager. tapi to equate that everything good hanya orang cina boleh buat, ini kerja tongong. orang Melayu pun boleh buat. kita mesti ada disiplin dan kepimpinan yang baik untuk memimpin syarikat. orang Melayu pun boleh:- beri kepimpinan mengembangkan budaya displin perniagaan berjaya. kena lah kita teliti pilih siapa kita lantik. kan ramai budak2 melayu hang handal. no disrespects to our chinese frnds. our issue is with this khalid ibrahim. would he have liked it the last time, had Tun Ismail Ali appointed a chinese above him at PNB?"

Ini bukan masalah bangsa. Ini masalah ada udang sebalik batu! Khalid lantik Madam Low itu sebab nak raih pengundi dan tujuan politik! Kita kena ingat kembali apa tujuan PKNS dan di Pahang PKNP ditubuhkan. Tujuan asalnya adalah untuk "membantu" penjanaan ekonomi negeri dan untuk memajukan negeri. Perbadanan Kemajuan Negeri atau SEDC (State Economic Development Corporation). Economic Development itu sudah semestinya bererti juga menaiktaraf kemampuan ekonomi rakyat. Pendeknya, dan kepada yang bukan dari kelulusan ekonomi macam saya, MENOLONG dan MEMBANTU.
Kalau ada tujuan menolong dan membantu, pada saya bukan KEUNTUNGAN maklamat utama! Kalau kita sentiasa tolong orang lain, memang kita "rugi"! Kalau kita bakhir kedekut baru kita "untung"!
Ini bererti ada "social obligations" yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh PKNS dan PKNP. Mampukah Madam Low itu berbuat demikian? Fahamkah dia masalah kemiskinan orang Melayu di Selangor?

Jangan kita pandang bangsa dalam hal ini! Saya setuju. Untuk perbincangan ini kita ketepikan soal bangsa sama sekali. Tiada Melayu, tiada Cina, tiada India! Tapi macammana pun kita masih perlu ada identity. But we still have to identify ourself with something!. That be the case kita identify diri kita dengan kampung kita berasal. Katakan lah kita identify kita dari Kampong A, Kampong B dan Kampong C.
Khalid yang berasal dari Kampong A dan satu kampong dengan kita, tidak mahu pilih kita untuk naikkan pangkat kita, sedang Khalid tahu kita memang ada kemampuan. Sebaliknya Khalid pilih budak dari Kampong C untuk dinaikkan pangkat itu. Pasti kita marah, kalau tak banyak, sikit! Kita pula dapat tahu yang Khalid pilih budak dari Kampong C itu, bukan sebab budak itu pandai sangat, tetapi sebab nak ambil hati mereka-mereka yang lain yang datang dari Kampong C, supaya nanti mereka terus undi Khalid untuk jawatan Ketua! Maknanya ada "ulterior motives"

Itu saja....bukan soal untung rugi yang patut diambil kira! Biarlah semua sekali GLCs yang ditubuhkan oleh kerajaan rugi asalkan sebab rugi itu TOLONG rakyat! Yang penting jangan sebab rugi itu kerana penyelewengan oleh pegawai dan campurtangan orang atasan. Kalau kita buat kebajikan nak kira untung rugi ke?
Negera Kebajikan yang PAS nak buat itu kira untung rugi ke? Kalau dah tongong tu tongong juga!

Comments

  1. Hai Tok?Madam Low Siew Moy ni look so familiar.I was at Sek.Menengah Kampong Kerinci masa Form 4 n 5..Bolehtak you check whether its the same person?If she is,my my..we've all grown so old lah!Sorry to go off tangent!Lain yang you cakap lain pulak I tanya.Call it "Jejak Kasih'?She was my good friend.Thanks ye..

    ReplyDelete
  2. This Mamasita...talkcock pulak in my smalltalk! Ada pulak jejak kasih dengan Madam Low! hahahaha
    Jadi Datin je mula meraban! I'll lodge a complaint with Dato' Sak! hehehe
    Don't play play! Tengah marah kat Liow Tiong Lai ni....see my latest posting!

    ReplyDelete
  3. Hai Tok!Sorry ye?Couldn't resist asking!hehe..and thank you for the beautiful piece of congratulatory message.Thank you very much!So nice of you.

    ReplyDelete
  4. a'kum,
    biak pi la dia nak pilih sapa. cina ka, melayu ka, india ka, kitakan 1Malaysia. BN pun mcm tu juga, tgk PKFZ, sapa pengerusinya.... hehehe.. Tuan, mmg sudah jadi dasar, org BN akan perlecehkan PR, org PR akan perlecehkan BN. tapi yang pasti yang hidup selesa, mudah naik pangkat hanyalah orang M.

    salam satu ramadhan.

    ReplyDelete
  5. Salam Pak, terima kasih kerana beri komen. Tapi malangnya Pak, ini cerita Oktober 2008. Sekarang dah Sept 2009.

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...