Skip to main content

Ambush dalam Jamban (Part 2)

Semalam smalltalk cakap pasal duit bertukar tangan dalam jamban semasa mesyuarat UMNO >Ambush dalam jamban(Part 1)

Yang paling untung dalam perbuatan ambush dalam jamban adalah si pengedar. Yang jadi pengedar sampul surat itu ibarat diberi senapang dengan peluru berjuta juta butir. Tembak saja lah. Lepas tembak tak perlu cuci senapang tu pun. Sandar saja kat dinding lepas tembak!

Silap-silap gaya si pengedar lah yang buang sampul surat kosong dalam jamban itu. Duit masuk poketdia, sampul surat buang dalam jamban. Bila boss tanya, sampul surat dah edar? "Beres boss!"
Bila kira undi boss jadi pelik. Kenapa sikit sangat? Sampul surat semua dah edar! Bila boss tanya kepada pengedar, pengedar jawab mudah, "Boss, kita bagi 3 keping....si anu tu bagi 5 keping... kalahlah kita boss!"
Si boss bahalol ini percaya!
Habis mesyuarat UMNO, si pengedar sudah tukar kereta. Kalau dulu Toyota Camry model tahun 80an, kini sudah Toyota Harrier model import!

Boss yang bahalol ini masih percaya lagi kepada si pengedar dan si pengedar apikan boss. "Boss, penggal depan kita lawan lagi boss. Kita cari duit lagi boss. Lawan tetap lawan boss!"

Siapa punya budaya ni?
Tak lain tak bukan budaya Anwar Ibrahim! Masa dia lawan Pak Ghaffar tahun 1993, ada orang cerita, semasa di Sabah, jangan tersalah buka almari dalam hotel tempat kuncu-kuncu Anwar tinggal. Salah buka almari, berterabur duit jatuh!

Mungkin ramai yang akan kata, kenapa buka pekong di dada? Tidak kah kita merasa jijik perbuatan buruk begini? Hakikatnya ramai yang bertanding untuk jadi perwakilan ke KL itu semuanya mengharapkan "a bit of the action". Malah ada yang sanggup beratur tepi bilik hotel untuk kutip sampul! Tak kiralah, baik YB ke, Datuk ke, semua sanggup beratur!

Kalau kita kata hendak hapuskan politik wang, jawapan mereka mudah.... "Ingat buat kerja tak pakai duit ke?"

Comments

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...