Skip to main content

Rasuah Politik di Raub

Dalam MalaysiaKini disiarkan Datuk Ishak bersalah sabotaj parti.


Namun tersiar juga berita "12 lagi turut disiasat atas tuduhan berkaitan dengan politik wang, salahguna kuasa dan salah tingkahlaku sewaktu pemilihan di cawangan yang lalu. Menurutnya, siasatan mendapati lima daripada mereka bersalah dan diberi amaran manakala tujuh lagi didapati tidak bersalah. Mereka yang didapati bersalah ialah Datuk Mustaffar Kamal Abdul Hamid dari bahagian Raub, Datuk Abdullah Abu Bakar (Raub), Alias Kussin (Labuah), Datuk Yunus Kurus (Labuan) serta ketua Umno bahgaian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman. Manakala tujuh lagi yang didapati tidak bersalah ialah Datuk Ahmad Yassin (Ledang), Jaafar Ahmad (Ledang), Shahril Ismail (Tanjung Piai), Jamilah Endan (Tanjung Piai), Jelin Dasanap @ Jelani bin Hamdan (Kota Marudu), Majial Mangulizang (Kota Marudu) dan Kampun Inok (Kota Marudu."

Apa sudah jadi? Macam mana rakyat hendak terima pemimpin sebegini? Apa pula yang telah dicapai oleh pengadu-pengadu? Adakah amaran yang diberi dapat menyelesaikan masalah penerimaan rakyat?

Bagi Mus Kamal & Dollah Bakar, sudah jatuh ditimpa tangga! Diberi amaran adalah biasa bagi Raub. Dulu Ketua Bahagian pun kena amaran juga...
Syabas Raub kerana menjadi Bahagian Amaran!

Comments

  1. bro,
    itu hand sign banyak bahaya. it can cause rumble in the jungle.
    i have posted a comment on mat cendana of cendana blues, to read your blog for political stories. but i cautioned him to be stout at heart- because this writer(i.e. you) is raw and has the attitude- publish and the devil be damned!
    haha

    ReplyDelete
  2. been following this blog for the past few months, and I can't agreed more with above comment.

    True.

    ReplyDelete
  3. oh additional, sometimes I wonder if this blog owner is a youngster like me with a red hot blood flowing within... seeing how you interpret your view into words.

    ReplyDelete
  4. Hayo dato,ho come 2 dato can beat 10 dato in raub

    ReplyDelete
  5. Bro Sakmongkol,
    TQ 4 the comment. At times like now do we need to play politics in our blog? Say good things about all the evils around us? No way Bro Sak, I don't thing we should do that. Remember what happened in Pekan in 1999 when DS Najib got just 241 majority? Everyone said "Semua ok Dato...semua ok dato" when in actual sense "semua tak ok"

    To sir taek boon,
    I hope the above will answer what u have in mind about me.
    Salam

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...