Hadi minta Manikavasagam letak jawatan dan menyarankan " "Saya fikir lebih baik dia letak jawatan supaya rakyat boleh memilih semula pemimpin mereka dan dia boleh menjadi calon bebas," katanya Disini jelas bahawa Hadi bukan lah seorang pemimpin yang pandai. Nampaknya beliau tidak tahu undang-undang dan mungkin tidak pernah membaca Perlembagaan Persekutuan. Perlembagan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa jika seseorang Ahli Parlimen atau ADUN meletakkan jawatannya, beliau tidak layak untuk bertanding selama 5 tahun dari tarikh perletakan jawatan itu. Maknya Manikavasagam tidak boleh bertanding dalam pilihanraya kecil itu, kalau ianya diadakan! Perkara ini sudah saya jelaskan dalam posting saya pada bulan Mei lalu dalam tajuk " Letak jawatan hilang kelayakan! " Mungkin Hadi tidak dinasihatkan dengan betul oleh penasihat-penasihatnya. Mungkin juga Hadi cakap tidak berfikir dahulu. Hakikatnya pemimpin sebegini tiada kewibawaan langsung untuk memimpin negara...
The truth is often avoided.