Skip to main content

PahangDaily Online Jawab Tak Mahu Jumpa Saya

Saya paparkan disini posting dari Pahangdaily.blogspot.com dengan banner baru, yang memberi jawapan kepada pelawaan saya untuk berjumpa. Satu ketika kata "apalah kami untuk berjumpa dengan SU Politik MB" dan bila saya sungguh-sungguh mahu berjumpa, mereka memberi bermacam-macam helah. Anda buat lah penilaian sendiri. Pada saya, mereka ini hanya berani dibelakang dan tidak suka berdepan!

Saturday, December 6, 2008

Edisi Pahang: Sekalung Penghargaan Kepada Setiausaha Politik MB Pahang Atas Pelawaan !!

KUANTAN - Pihak Pahang Daily Online, ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Dato' Shamsuddin Nawawi atas kesediaan mempelawa kami untuk mengadakan pertemuan dengan beliau pejabatnya semalam. Namun, begitu sebagai salah satu wadah alternantif untuk rakyat kami belum bersedia lagi untuk mengadakan pertemuan dengan beliau bagi membincangkan segala permasalahan dan kekalutan politik yang melanda Pahang mutakhir ini. Kesudian YH Dato' amatlah dihargai. Kami hanya bersedia untuk berbuat demikian sekiranya difikirkan perlu dan ditempat yang "berkecuali". Ini kerana, jika pertemuan diadakan di pejabat beliau kami khuatir akan berlaku "bias" dalam hal ini. Maklumlah, dengan kedudukan beliau sebagai Setiausaha Politik MB dan kami hanya media alternantif yang membicarakan soal hala tuju negeri Pahang. Kami sekali lagi menafikan bahawa Pahang Daily Online terikat dengan mana-mana pertubuhan politik sama ada UMNO, PKR, PAS atau DAP. Justeru itulah pada banner kami sendiri diletakkan kesemua gambar pemimpin parti terbabit di Pahang ini. Mungkin dalam masa terdekat ini, kami akan melancarkan banner baru sebagai ganti banner di atas yang kami rasakan sudah tidak relevan untuk memperjuangkan isu-isu rakyat di Pahang ini. Tambahan pula, kami dituduh sebagai berpihak kepada PKR dan PAS dalam soal isu-isu yang dibangkit. Kami bersedia pada bila-bila masa untuk berunding dengan mana-mana pihak tentang hala tuju Pahang Daily Online ini pada masa akan datang.

[Kami memohon maaf kepada mana-mana pihak yang selama ini telah banyak menyumbangkan buah fikiran dan jasa untuk membangunkan blog ini. Biarpun baru lebih sebulan beroperasi di alam maya, namun hits pengunjung ke blog ini semakin meningkat dari sehari ke sehari. Sokongan padu ini akan diperkuatkan lagi dengan segala bahan maklumat yang disampaikan oleh orang ramai kepada kami untuk disiarkan. Kami tidak berupaya untuk pergi ke seluruh negeri Pahang untuk mendapatkan bahan-bahan berkaitan. Justeru itu kepada anda yang mempunayi berita menarik atau permasalahan rakyat setempat bolehlah emailkan kepada kami berserta gambar sekali. Kami akan siarkan segala permasalahan tersebut untuk diberi perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab. Kami mahu jadikan blog ini sebagai pemangkin suara rakyat ke arah perubahan].

5 Klik Untuk Komen Artikel Di Atas:

Ahli Sufi Semantan said...

Heran gak blog ni lebih lalang dr lalang!! Sudah terang lg bersuluh tulisan dan pendiriannya menafikan apa yg kerajaan dah buat. Anyway kalau betul nak jd neutral , story pun kenalah adil dan seimbang jgn nampak berat sebelah.

December 6, 2008 7:12 AM

Anonymous said...

Masalahnya dengan PahangDaily ialah, saudara lebih gemar amalkan pemberitaan hentam kromo pada sebahagian besar bahan-bahan berita saudara!

Bahan beritanya kalau diamat-amatikan, lebih banyak sama ada bohong sepenuhnya ataupun secara putar alam, mengadunkan fakta dan fiksyen.

Bahan berita sebegini - fakta + fiksyen, memang adunan yang boleh menarik minat pembaca sedangkan tarafnya ialah pembohongan.

Kalau begini caranya, portal berita ini lebih layak untuk menulis novel lalu bolehlah bersaing dengan tokoh seperti JK Rowling.

TUMPANG LALU

December 6, 2008 9:43 AM

editor said...

krew pahang daily x pernah ada kelulusan dalam bidang kewartawanan. jika anda tidak berpuas hati dgn cara penulisan x mengapa. ramai lagi yg berpuas hati. bahan2 berita bukan hentam kromo tapi dpt dari sumber yg sahih dari dalaman UMNO dan kerajaan sendiri. kami menempatkan org2 kami dihampir semua jabatan kerajaan dan UMNO bahagian di Pahang. kenapa, anda terasa ker dgn berita itu? baguslah..mmg itu tujuan kami..siapa yg makan cili dia rasa pedasnya...

December 6, 2008 12:18 PM

Anonymous said...

Yang saya bangkitkan ialah soal standard pemberitaan yang tidak betul oleh Pahangdaily.

Dengan pengalaman sedikit yang saya ada tentang pemberitaan, perkara pertama yang harus dilakukan ialah mendapatkan bahan berita yang sahih daripada sumber yang sahih.

Untuk itu, bahan-bahan berita ini perlu menjalani saringan yang ketat bagi menentukan kesahihannya.

Sesudah itu - melalui beberapa lapisan penyuntingan; barulah bahan berita berkenaan disiar.

TUMPANG LALU, lagi

December 6, 2008 12:28 PM

Anonymous said...

Bukan pula saya terasa apa-apa. Tinggal lagi, sudah terbukti beberapa bahan berita yang saudara siarkan itu memang tak betul langsung. Fiksyen.

TUMPANG LALU, lagi 2

December 6, 2008 12:31 PM

Comments

  1. Salam Dato',

    Macam mana mereka mahu jumpa Dato' kalau di blog mereka sudah label Dato' sebagai blogger pengampu? Tak tahulah apa maksud istilah berkecuali di kamus mereka.

    ReplyDelete
  2. Dato' Sam,
    This is something that I'm very happy with - that someone in the ruling government is taking the other side head on.

    Actually I'm more sympathetic of the opposition - perhaps that is my natural tendency; of always siding with "the underdogs". However, with their current strength, the Pakatan people aren't really underdogs anymore - certainly not like what the opposition once was anyway.

    I don't really know how truthful PahangDailyOnline is. Maybe it's like Malaysia Today once - mixing the truth with some fiction and definitely half-truths.

    But the danger is this - if left unchecked, people would tend to believe the half-truths... which will lead to them believing the untruths over time when they "become a fan" (see the supporters of Malaysia Today, for example).

    Like that story about "a family member running away with "a sack" of money from the MB's house. Guess what people will then think and say - "Dato'Adnan has tons of money in his house. WHERE did he get them?? That CORRUPTED SOB!!"

    But when you took the trouble to face this head-on, "something else" unraveled... that the "daily" is questionable. So, something that would have been negative to you/your boss was neutralised - or even turned into "positive" (since the daily's credibility is called into question).

    Anyway, the fact that they have declined to meet is to be held against them - this won't be a bona fide "alternative media" like Malaysiakini until they show themselves.

    We are waiting too...

    ReplyDelete
  3. yooo hooo hoooo
    ignore pahang daily ler
    'cos they did some nasty stuff on saifoool!

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i