Skip to main content

Politik Macam Main Bolasepak!

Hadi minta Manikavasagam letak jawatan dan menyarankan ""Saya fikir lebih baik dia letak jawatan supaya rakyat boleh memilih semula pemimpin mereka dan dia boleh menjadi calon bebas," katanya

Disini jelas bahawa Hadi bukan lah seorang pemimpin yang pandai. Nampaknya beliau tidak tahu undang-undang dan mungkin tidak pernah membaca Perlembagaan Persekutuan. Perlembagan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa jika seseorang Ahli Parlimen atau ADUN meletakkan jawatannya, beliau tidak layak untuk bertanding selama 5 tahun dari tarikh perletakan jawatan itu. Maknya Manikavasagam tidak boleh bertanding dalam pilihanraya kecil itu, kalau ianya diadakan!

Perkara ini sudah saya jelaskan dalam posting saya pada bulan Mei lalu dalam tajuk "Letak jawatan hilang kelayakan!"

Mungkin Hadi tidak dinasihatkan dengan betul oleh penasihat-penasihatnya. Mungkin juga Hadi cakap tidak berfikir dahulu. Hakikatnya pemimpin sebegini tiada kewibawaan langsung untuk memimpin negara.

Pasti kita akan merasa malu kalau apa yang dicakapkan oleh Hadi dituruti oleh Manikavasagam dan sudah tentu ianya akan menjadi perangkap kepada beliau. Saya percaya Manikavasagam tidaklah sebodoh itu. Mungkin ibu bapa Manikavasagam yang berumur 43 tahun itu menamakan beliau sempena nama pemimpin besar MIC suatu ketika dahulu. Jika betul, mungkin Manikavasagam akan kembali ke parti asalnya MIC.

Dengan perkembangan terbaru ini, politik nampaknya seperti permainan bolasepak. Ada serangan dan ada serangan balas. Dulu Pakatan Rakyat hebuh dengan ahli dari Barisan Nasional akan lompat ke sebelah mereka. Kini giliran Barisan Nasional pula membuat serangan balas.

Mungkinkah ini suatu permulaan dimana salah seorang atau mungkin juga kedua-dua ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Pahang akan melompat masuk ke dalam Barisan Nasional? Saya tidak hairan kalau itu berlaku dan sama-sama lah kita tengok, tunggu dan lihat...

Saya difahamkan ahli Parlimen atau ADUN Pas tidak mungkin akan melompat ke parti lain kerana semasa menerima watikah perlantikan sebagai calon untuk pilihanraya mereka telah bersumpah dengan Quran serta lafaz wallahi, wabillahi, wataallahi dan jika mereka engkau sesuatu yang amat dahsyat akan menimpa mereka. Adakah itu benar? Dan adakah sumpah itu sah disisi Islam? Pas sahaja yang tahu...

Update 31st Dec. 2008 at 12.37 pm

Peruntukan dalam Perlembagaan berkenaan perletakan jawatan Ahli Parlimen dan ADUN. Perkara 48 (6) bagi Ahli Parlimen dan Jadual Kelapan dalam Perkara 6 (5) bagi ADUN

Comments

  1. Tuan Haji Hadi is a politician and will always act like a politician. His most rightful place is the Mosque of Rusila where he should be preaching about Islam and not about politics.

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Lawyer setengah lepas enam/ Half past six?

Ada lawyer yang true blue, well cooked and clever. Ada yang opposite dari yang disebut itu. Kalau Mahkamah perintahkan seseorang itu dihukum mati maka permohonan untuk hukum penjara seumur hidup itu terbatal lah dengan sendirinya! Sama lah juga kalau Mahkamah perintahkan lesen memandu si Anu itu dibatalkan maka semua sekali lah batal baik kelas B dan D atau apa-apa kelas pun. Jangan lah pulak kata, si Anu itu masih boleh pakai Lesen L dia sebab mahkamah tak sebut pun dalam perintahnya. Kalau Mahkamah batalkan keputusan dan perbuatan Speaker mengantung kehadiran ahli Dewan maka akibat dari perintah itu, ahli Dewan itu bolehlah hadir dan turut serta prosiding Dewan itu seolah-olah apa yang Speaker buat itu tidak pernah wujud! Itu pun susah nak faham ke? Jangan lah jadi loyar buruk . Half past six !