Skip to main content

Melayu ada kelas ke?

Huzir Sulaiman yang mulakan. Mat Cendana sambut. Sakmongkol tulis sampai dua tiga siri. TiLianKer pun masuk campur. Macam-macam komen ada, ada yang tulis nama ada yang anonymous sahaja.

Soalannya, Melayu ini ada kelas-kelas pulak ke? Bukankah Melayu itu satu sahaja! Melayu ikut definasi Perlembagaan Malaysia "Malay means a person who professes the religion of Islam, habitually speaks the Malay language, conforms to Malay custom."
  1. Berugama Islam
  2. Secara lazimnya bercakap dalam Bahasa Melayu
  3. Mengamalkan adat Melayu.
Berugama Islam -
Tiada persoalan disini. Tapi Islam yang macam mana? Islam yang macam mana?. Cukup dengan boleh mengucap dua kalimah syahadah sahaja? Sembahyang bila hari Jumaat dan Hari Raya sahaja? Baiklah, kita boleh kata ikut Islam yang dibawa oleh Nabi Mohamad SAW. Atau kita tinggalkan soalan ugama ini setakat kita akan kebumikan jenayah orang Melayu itu di perkuburan Islam kalau dia telah mati? Ini bermakna orang seperti Lina Joy bukan Melayu!

Secara lazimnya bercakap Bahasa Melayu -
Di kampong tiada masalah. Di KL dan Lembah Klang malah di Kuantan pun, ramai juga yang cakap bahasa lain sesama Melayu. Kebanyakannya cakap bahasa Inggeris. Adakah itu Melayu. Baik kita tinggalkan persoalan ini kalau setakat cakap campur-campur Inggeris-Melayu-Inggeris itu sebagai masih boleh diterima. Bagaimana pula yang di rumah bercakap Bahasa Tamil atau Cina?

Mengamalkan adat Melayu -
Apa dia adat Melayu? Makan dengan tangan? Hari raya balik kampong? Musim durian balik kampong? Pakai kain sarong? Pakai baju kurung? Dalam tandas basuh dengan air bukan sapu dengan kertas? Bila bersalaman sudahkan dengan bawa tangan ke dada? Bila jumpa kawan beri salam? Nama bunyi Melayu? Apa nama lazim Melayu? Mat, Din, Jefri, Era, Mawi, Rokiah, Fauziah, Mariam, Daniel, Qistina atau yang sampai ruang pun tak cukup nak tulis?

Senarai dan persoalan diatas boleh disambung sampai berjela-jela. Tapi soalnya siapa Melayu? Cina dan India yang masuk Islam jadi Melayu ke? Kalau mereka kahwin dengan Melayu, anak-anak dia automatik jadi Melayu?

Liberal dan murah hati sungguh orang Melayu di Malaysia. Masuk Islam jadi Melayu?

Melayu hanya satu kalau ikut definasi Perlembagaan. Tiada guna kelas. Tiada Kelas Atas, Kelas Tengah atau Kelas Bawah. No High Class, Middle Class, Low Class or No Class!

Melayu mana ada kasta? Kaya macam mana pun bila mati bungkus dengan kain kafan kapas murah warna putih. Semua masuk kubur yang orang miskin gali! Ada orang kaya-kaya kerja gali kubur?

Nah...wahai bangsa ku Melayu....ayuh BERSATU! Mari kita hidup aman damai dengan jiran sahabat dan rakan kita dari bangsa lain baik Cina, India, Punjabi, Iban, Kadazan, Murut, Dusun dan Orang Asli!

Kepada orang Pahang, tak kira apa bangsa, ugama atau fahaman politik, kaya atau miskin, kalau ada anak yang dapat tawaran masuk ke IPTA atau IPTS, mari datang ke Yayasan Pahang di Tanjung Lumpur, Kuantan. Ambil duit RM500 untuk belanja pergi belajar. Buatlah untuk beli apapun yang perlu untuk hidup sebagai seorang mahasiswa mahasiswi. Duit itu tak perlu bayar balik. Jangan sampai kerana tiada wang tak terus sambung belajar.
Nabi Mohamad kata "Belajarlah sampai ke Negeri Cina"

Comments

  1. From your comments, I could clearly sense that you were quite riled by Huzir, the `open-minded, liberal fakes' plus "is Star up to something?".

    I've compiled what others have said about this in
    Julia Roberts versus Bogus Middle-Class Malays
    . Had updated it to include your post here - the "Malay" definition is important.

    ReplyDelete
  2. DSN,

    Salam..

    1. Setelah melihat Dato' menyiapkan blog ini sampai pukul 3 pagi..izinkan saya menulis apa yang saya ada di dalam fikiran dan sanubari saya...(dengan izin)

    2. Mengikut topik blog ini ..apa yang saya teringatkan adalah satu sajak dari sasterawan negara, Usman Awang yang pernah dideklamasi pada AGM UMNO sekitar tahun 90an...

    "Melayu itu orang yang bijaksana
    Nakalnya bersulam jenaka
    Budi bahasanya tidak terkira
    Kurang ajarnya tetap santun
    Jika menipu pun masih bersopan
    Bila mengampu bijak beralas tangan.


    Melayu itu berani jika bersalah
    Kecut takut kerana benar,
    Janji simpan di perut
    Selalu pecah di mulut,
    Biar mati adat
    Jangan mati anak.

    Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
    Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
    Banjar juga disebut Melayu,
    Minangkabau memang Melayu,
    Keturunan Acheh adalah Melayu,
    Jakun dan Sakai asli Melayu,
    Arab dan Pakistani, semua Melayu
    Mamak dan Malbari serap ke Melayu
    Malah mua’alaf bertakrif Melayu
    (Setelah disunat anunya itu)

    Dalam sejarahnya
    Melayu itu pengembara lautan
    Melorongkan jalur sejarah zaman
    Begitu luas daerah sempadan
    Sayangnya kini segala kehilangan

    Melayu itu kaya falsafahnya
    Kias kata bidal pusaka
    Akar budi bersulamkan daya
    Gedung akal laut bicara
    Malangnya Melayu itu kuat bersorak
    Terlalu ghairah pesta temasya
    Sedangkan kampung telah tergadai
    Sawah sejalur tinggal sejengkal
    tanah sebidang mudah terjual

    Meski telah memiliki telaga
    Tangan masih memegang tali
    Sedang orang mencapai timba.
    Berbuahlah pisang tiga kali
    Melayu itu masih bermimpi

    Walaupun sudah mengenal universiti
    Masih berdagang di rumah sendiri.
    Berkelahi cara Melayu
    Menikam dengan pantun
    Menyanggah dengan senyum
    Marahnya dengan diam
    Merendah bukan menyembah
    Meninggi bukan melonjak.

    Watak Melayu menolak permusuhan
    Setia dan sabar tiada sempadan
    Tapi jika marah tak nampak telinga
    Musuh dicari ke lubang cacing
    Tak dapat tanduk telinga dijinjing
    Maruah dan agama dihina jangan
    Hebat amuknya tak kenal lawan

    Berdamai cara Melayu indah sekali
    Silaturrahim hati yang murni
    Maaf diungkap senantiasa bersahut
    Tangan diulur sentiasa bersambut
    Luka pun tidak lagi berparut

    Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
    Segala yang ada sanggup diberikan
    Sehingga tercipta sebuah kiasan:
    “Dagang lalu nasi ditanakkan
    Suami pulang lapar tak makan
    Kera di hutan disusu-susukan
    Anak di pangkuan mati kebuluran”

    Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
    Masihkan tunduk tersipu-sipu?
    Jangan takut melanggar pantang
    Jika pantang menghalang kemajuan;
    Jangan segan menentang larangan
    Jika yakin kepada kebenaran;
    Jangan malu mengucapkan keyakinan
    Jika percaya kepada keadilan.

    Jadilah bangsa yang bijaksana
    Memegang tali memegang timba
    Memiliki ekonomi mencipta budaya
    Menjadi tuan di negara Merdeka"

    3. Segalanya terjawab persoalan termasuklah perihal mualaf itu melayu (setelah anunya di potong) :)

    4. Dahulu, Kini dan Selamanya (Muslim, Malay, Malaysian)

    Salam

    ReplyDelete
  3. DSN,

    Salam...

    1. Mungkin ada yang dah luak tengok nama Prodigal Maestro di dalam blog DSN ni...Namun saya berharap tuan punya blog tidak jemu melihat saya menulis pemikiran saya...

    2. Saya rasa kekurangan function 'edit' membuatkan pembetulan bahasa/ejaan atau penambahan idea terpaksa di tulis di dalam ruang komen yang lain...

    3. Namun tujuan saya menulis ini adalah sambungan sajak usman awang yang saya amat minati dan patut dijadikan 'doktrin' bagi bangsa melayu...dan di baca di PLKN, BTN dan kursus2 kerajaan sebagai pengingatan..ada sinisnya, ada kutuknya namun segalanya menyedarkan diri kita tentang erti Ma La Ya Wau.....

    4. Dua bait terakhir amat saya suka

    "Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
    Masihkan tunduk tersipu-sipu?
    Jangan takut melanggar pantang
    Jika pantang menghalang kemajuan;
    Jangan segan menentang larangan
    Jika yakin kepada kebenaran;
    Jangan malu mengucapkan keyakinan
    Jika percaya kepada keadilan.

    Jadilah bangsa yang bijaksana
    Memegang tali memegang timba
    Memiliki ekonomi mencipta budaya
    Menjadi tuan di negara Merdeka"

    5. Yeah saya menyedarkan diri saya, untuk memperjuangkan apa yang ditulis itu namun keadlian yang dimaksudkan bukanlah keadilan Brother Anwar Bin Ibrahim namun keadilan hakiki di mana semua orang akan hidup dengan senang...senang bukan kaya tetapi cukup makan cukup pakai dan selesa di muni bertuah ini...

    6. Minta maaf bagi pembaca2 yang lain jika jemu melihat apa yang saya fikirkan...Maaf di minta namun tidak terhenti...

    Salam

    ReplyDelete
  4. bolehkah huzir serta kawan2 anak2 datuk beliau bercakap melayu? drama2 n penulisan kelompok ini menggunakan bahasa inggeris. mrk gaya pun lebih orang putih drp definasi org melayu yang, erm, beragama islam.
    org2 tua panggil org2 spt huzir + rakan2 sbg Melayu baru.
    tapi kini dah lama ada spesis ini. siapa pula Melayu baru kini?

    ReplyDelete
  5. Melayu ke..China ke..India ke..dll ke.. Kita perlu BERSATU Berdiri Sebagai Bangsa "Malaysia" dan amal Budaya Malaysia.. Respect & Tolerate Each Other.. Paling penting BERSATU untuk Kekuatan Budaya & Bangsa & Negara Kita Malaysia.. Sesiapa saja yang tidak menghormati Bangsa & Budaya Malaysia kita atau cuba "Menjual" Budaya, Bangsa dan Negara Malaysia kita, tidak perlu diberi ruang di masyarakat kita dan jangan dihormati, jauh sekali untuk memimpin kita

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...