Skip to main content

Conduct Unbecoming of a Member

Saya membaca Utusan Malaysia atas tajuk Ahli umno minta sogokan peribadi boleh 'terlepas' dan saya amat kecewa. Bukan kecewa dengan berita yang dipaparkan tetapi kecewa dengan isi kandungan berita itu. Peguam yang dilantik oleh UMNO iaitu Datuk Mohd. Hafarizam Harun nampaknya tidak dapat memahami sepenuhnya isi kandungan serta "spirit" Perlembagaan UMNO. Saya sama sekali tidak setuju bahawa ahli yang meminta sogokan untuk sokongan "boleh terlepas dari dikenakan hukuman". Menurutnya dan juga Tengku Ahmad Rithauddeen, "pada masa ini tidak ada peruntukan bahawa ahli yang meminta imbuhan, sama ada dalam bentuk kewangan ataupun lain-lain sebagai bayaran bagi undi atau sokongan, dikenakan tindakan" Saya harap mereka dapat membaca semula Perlembagaan UMNO:-

FASAL 6
TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI
6.1
Tiap-tiap ahli mempunyai tanggungjawab seperti berikut:
6.1.1
Memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya.
6.1.2
Mendaftar diri sebagai pengundi dan mengundi di setiap pilihan raya, melainkan atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Majlis Tertinggi.
6.1.3
Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan parti.
6.1.4
Menjalankan kerja-kerja parti dan mematuhi tataetika, perintah-perintah dan disiplin parti.
6.1.5
Menyokong calon-calon parti yang bertanding dalam pilihan raya.
6.1.6
Berkhidmat kepada orang ramai.
6.1.7
Bersedia dan sanggup menentang musuh-musuh negara.

Saya harap mereka baca secara mendalam, "Menjalankan kerja-kerja parti dan mematuhi tataetika, perintah-perintah dan DISIPLIN PARTI".

Bukankah fasal ini memberi kuasa kepada Jawatankuasa Disiplin untuk mengambil tindakan kepada ahli yang tidak mematuhi DISIPLIN PARTI secara MENYELURUH? Dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil "CONDUCT UNBECOMING OF A MEMBER" Perbuatan meminta sogokan untuk sokongan adalah satu "conduct unbecoming of a member"! Begitulah juga keadaannya apa yang berlaku kepada Datuk Ahmad Ismail yang digantung kerana mengeluarkan "kata-kata berbau perkauman" dan beliau telah pun di gantung!

Saya juga mencadangkan supaya peguam-peguam UMNO ini membaca juga:-

FASAL 32
TAFSIRAN
Jika berbangkit sebarang perselisihan di atas tafsiran Perlembagaan ini atau Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung UMNO yang dibuat di bawah kuatkuasanya maka tafsiran yang diberikan oleh Majlis Tertinggi adalah muktamad.

Saya juga bersetuju dengan Lawyer Kampung
2 sets of laws for corruption? dan jika mereka perlukan kursus untuk memahami Perlembagaan UMNO serta lain-lain undang-undang yang berkaitan, bolehlah berjumpa kami.

Comments

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i