Skip to main content

Guna Blog Kena AMARAN!


Guna blog pun salah dalam UMNO? Ini sudah melampau lah! Ahmad Kuris diberi AMARAN kerana berkempen guna blog. Baca di sini.

"Bekas Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor pula diberikan amaran setelah didapati bersalah berkempen untuk jawatan parti menggunakan blog."


Kalau guna blog pun jadi satu masalah apakah gunanya teknologi yang ada? Adakah kita masih mahu guna cara kuno?

Bukan politik yang sebegini yang kita mahu hapuskan. Kita mahu hapuskan POLITIK WANG dan bukannya PERKEMBANGAN TEKNOLOGI BARU.


Apa kah yang ada didalam kepala Jawatankuasa Disiplin? Adakah mereka dalam dunia nyata atau alam fantasi?
Adakah ini bererti mereka tidak mahu ahli-ahli UMNO ikut Bekas Presiden yang merupakan Blogger No. 1 Malaysia?

Comments

  1. hey DSN
    tganu dpt laptop canggih baru ler...
    pahang yang kaya-raya dgn sumber semulajadi ada tak?

    ReplyDelete
  2. Jed,
    Come over we will get one 4 U. No prob! But don't say we rasuah U ....hehehehe

    Jed, seriously we are not like the next-door housewife la...jiran beli TV besar dia pun nak TV besar ... U know what I mean kan Jed..

    Merry Christmas & Happy New Year to U & Family Jed..May God Bless U

    ReplyDelete
  3. Salam DSN,

    The three contenders for KP are extensively using blogsphere to spread their propaganda. Why no mention about that? Perhaps because one of them is the son-in-law.

    ReplyDelete
  4. DSN,
    Pemimpin UMNO sebenarnya belum sedar dan masih belum dapat mentafsir isyarat dari akarumbi. Kerana itu BN ditewaskan oleh pembangkang. BN tidak mahu berubah dan menggunakan pendekatan moden untuk kempen. Lihat saja disekeliling kita, berapa kita ada blog yang ditulis oleh penyokong kerajaan (keseluruhannya) Perhatikan juga, PKR terutama PAS ada hasilkan blog di peringkat cawangan (mungkin tak sebaik mana tetapi mereka berusaha kearah itu) setiap orang memberikan sumbangannya kepada parti. Bagi BN selepas mesyuarat bahagian kerja telah selesai. Dulu lain,perikatan hadapi penggundi yang kebanyakannya buta huruf, tetapi kini BN hadapi pengundi yang celik IT,malahan lebih celik dari sebahagian ketua bahagian dan YB sendiri (maaf) Berapa bahagian UMNO yang ada laman web atau blog? Yang ada hanya goblok. Bukan mentaliti rakyat sahaja yang perlu diubah tetapi mentaliti pemimpin juga harus diubah. Bagaimana pemerintah boleh mendekati jiwa berontak anakmuda dan jiwa rajuk orang dewasa yang semakihn meminggirkan kerajaan. Apa yang pemimpin lakukan?
    bRAVEhEARAT//

    ReplyDelete
  5. DSN,
    Tengok la ahli badan displin tu. Mungkin mereka sukar nak awasi jika guna teknologi baru yang mereka tak pernah guna dan tau.

    ReplyDelete
  6. Kalau kita tengok dari laporan Utusan, memang nampak macam tu: "...setelah didapati bersalah berkempen untuk jawatan parti menggunakan blog."

    Bila baca, impression kepada pembaca ialah, "Salah kalau guna blog untuk berkempen".

    Dalam NST begini: "...after being found guilty of campaigning in his blog during the divisional elections."

    Yang ni pulak bawak maksud yang nak hampir sama - blog tidak boleh digunakan untuk berkempen.

    Star: "after being found guilty of campaigning for a party post in his blog which violated the Umno Code of Ethics."

    Bagi saya, ayat ni tidak mengatakan bahawa berkempen melalui blog adalah salah; tapi `bentuk/jenis berkempen' yang di dalam blog tu yang jadi kesalahan.

    Sekarang orang jadi keliru, dan Umno dipersendakan. Di mana dan siapa yang salah? Saya rasa tidak mungkin bahawa menggunakan blog "per se" adalah kesalahan.

    Jadi mengapa laporan-laporan akhbar boleh jadi begini? Adakah kerana Lembaga Disiplin telah gagal memberi penjelasan yang sewajarnya?...hanya cebisan-cebisan sahaja sehingga pemberita salah faham..

    Atau adakah akhbar-akhbar ini samada ingin mempersendakan sesiapa; atau adakah wartawannya memang incompetent?

    ReplyDelete
  7. DSN,

    Pendapat saya..
    1) UMNO sepatutnya menggalakan bukannya menakutkan wakil rakyat / pemimpin2 UMNO untuk menggunakan sepenuhnya teknologi IT masa kini untuk kebaikkan semua, pemimpin, parti, rakyat dan negara...

    2) The UMNO Leaders should be encouraged to learn (to some extent MUST learn and know IT) and take full advantage of the existence of latest IT Technology to do campaign, blogging, web, chatting, etc.. or even sms-ing, mms-ing, etc.. As long as they are against the code of IT conduct (if any gazzetted in Malaysia)

    3) UMNO must remember that, in last general election election, one of the "weapon" used by opposition parties was the use of IT to do campaigning and also spread out news which were unfavorable to UMNO / Barisan to all malaysians (whether the news were true or not, that was different story).. At least to reach young voters... This made them successful in wining more seats.

    4) Saya amat berharap lebih ramai pemimpin UMNO yang celik IT dan menggunakan IT sepenuhnya untuk campaigning, communicating, etc...

    5) Whole world are moving with IT, do not want to see Malaysia left behind because of our leaders kolot pasal IT.. Maaf kalau buat orang tersinggung, tapi saya cinta Bangsa, Agama dan Negara saya.. Dan tak mahu kita bergerak kebelakang..

    6) Saya salute Bekas PM kita - yang terus tidak jemu2 untuk menulis di dalam blog beliau dan mendapat sambutan hangat semua pembaca dalam dan luar negara.

    ReplyDelete
  8. Sorry.. What I meant here in para 3) is..
    As long as they are NOT against the code of IT conduct (if any gazzetted in Malaysia)

    ReplyDelete
  9. Sika sebeginilah yang menyebabkan orang cemuh dan fed-up dengan establishment. Mereka suka mengggunakan the stick tapi...orang kini tak takut dah...no bogeyman...no threat...jgn melatah...kita dalam zaman berkomunikasi dan berinteraksi...political discourse is the answer to Msian problems..kita perlu banyak berbincang dan bertukar-tukar fikiran supaya org yg berakal dan berkeupayaan dipilih menjadi pemimpin..
    Saya percaya bloggers berkeupayaan membeza dan menmbeda yang benar dan yang tidak...hakikat dan kakiki..give them space...give them room to develope their mentality...bout time we are released from propaganda...carrots and sticks...go for the real thing!!

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...