Friday, May 30, 2008

Dr. M OUT, Ezam IN

Dr. Mahathir memberi reaksi kemasukan semula Ezam Mohd Nor kedalam UMNO seperti yang dilaporkan oleh The Star Online dengan cara berikut :-

Dr M: I’m out, he’s (Ezam) in
"Tun Dr Mahathir Mohamad was his usual sarcastic self when commenting on former PKR Youth leader Ezam Mohd Nor rejoining Umno.
“Saya keluar, dia masuk. Baguslah dia sayang Umno (I leave and he is back in. Good that he loves Umno),” he quipped.
The former premier and party president was asked to comment yesterday on Ezam's move to rejoin Umno this week although he had left the party to help set up what was then known as Parti Keadilan.
Ezam, who was once Datuk Seri Anwar Ibrahim’s political secretary, followed Anwar out of Umno in 1998 after the former deputy prime minister was sacked. He was also detained under the Internal Security Act for his role in the reformasi movement."


Perkembangan terbaru kemasukan semula Ezam perlu diteliti secara mendalam. Ada juga laporan di dalam Utusan Malaysia pada hari ini yang berbunyi "Saya bukan Spy" dan yang lebih menarik adalah "Sedia tanding jawatan Ketua Pemuda"

Kedudukan Ezam perlu dikaji mengikut Perlembagaan UMNO. Perlembagaan UMNO yang terpakai sekarang ini adalah sebagaimana yang dipersetujui dalam Persidangan Perhimpunan Agung UMNO pada 20 Jun 2002.

Perkara 20.10 Perlembagaan UMNO dengan jelas :-

"Seseorang ahli yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya"

Dipecat yang dimaksudkan disini adalah dipecat bukan kerana tindakan disiplin melanggar peraturan atau tataetika parti. Dipecat kerana melawan parti dalam pilihanraya adalah satu kesalahan yang tidak dapat dimaafkan.

Dulu Ezam keluar parti kerana apa? Walaupun beliau pernah bertanding pilihanraya tetapi semasa itu beliau bukan lagi ahli UMNO?

Tan Sri Mahyiddin kata kemasukan Ezam perlu dibawa dan dibincang dalam MKT UMNO atas alasan bahawa Ezam pernah ada lakukan kesalahan terhadap UMNO.

Perlukah Ezam kepada UMNO dan perlukah UMNO kepada Ezam? Apakah agenda tersembunyi kemasukan Ezam dalam UMNO semula. Semasa ditemuduga oleh TV3 malam diumumkan beliau mahu masuk UMNO semula itu, percakapan, gaya bercakap, suara dan pemilihan kata-kata yang dilafazkan oleh Ezam saling tidak tumpah Anwar Ibrahim!

Adakah UMNO terlalu desperate sekarang ini hinggakan orang yang terang-terang derhaka kepada UMNO sewenang-wenangnya diterima masuk semula selepas mengeluarkan kata caci dan kutukan kepada UMNO.

Ezam keluar UMNO dulu kerana sayangkan Anwar Ibrahim dan sekarang ini masuk semula kerana sayang Pak Lah? Apa akan jadi dengan peti bukti rasuah yang beliau gembar gemburkan dulu?

Adakah perjuangan UMNO atau perjuangan Pak Lah yang disokong oleh Ezam. Kalau diambil sikap tunggu dan lihat, takut nanti kita terlambat. Takut nanti UMNO di "reformasikan" oleh mereka-mereka ini style Anwar Ibrahim!!!

Thursday, May 29, 2008

Merenung semula PRU 12

PILIHANRAYA UMUM 12 ( 08 MAC 2208 )

KEPUTUSANNYA :

BN KEHILANGAN MAJORITI 2/3 DI PARLIMEN
PERAK, SELANGOR, PULAU PINANG DAN KEDAH JATUH KE TANGAN PEMBANGKANG. KELANTAN TETAP DIKUASAI OLEH PAS

Siapakah yang bertanggungjawab? Siapakah yang harus dipersalahkan?

Boleh dikatakan semua media alternatif, laman web dan blogs menyalahkan Pak Lah dan Pak Lah perlu bertanggungjawab.

Perlukah Pak Lah bertanggungjawab?

Sebagai Perdana Menteri, Pak Lah perlu mengakui bahawa kesalahan demi kesalahan telah berlaku semasa beliau memerintah. Menantunya yang menjadi kebencian rakyat tetap dimanja dan diberi pendedahan, ruang dan peluang dalam politik di Malaysia. Terlalu banyak kemusnahan telah dilakukan oleh KJ yang telah didedahkan oleh media alternatif, laman web dan blogs, tetapi tetap tidak diendahkan oleh Pak Lah malah mendapat sokongan oleh UMNO. Mungkin itu pada mulanya persepsi sahaja, tetapi selepas keputusan PRU 12 ini, ianya menjadi sungguh jelas. Apa yang rakyat maksudkan dengan KJ bukan semata-mata Khairi Jamaluddin tetapi apa yang dibawanya sekali iaitu Kalimullah, Kamaruddin Abdullah Badawi, Patrick Badawi dan Tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri.
Kemarahan rakyat ditambah lagi dengan orang-orang kanan Perdana Menteri yang tidak berfungsi menjaga ketuanya tetapi mencari kekayaan atau peluang untuk diri sendiri.
Secara ringkasnya, dengan kehadiran mereka disekeliling Pak Lah, kemarahan terhadap mereka bererti kemarahan kepada Pak Lah.

A. Kadir Jasin dalam blognya menulis dan memberikan kesimpulan begini:-

“ PERDANA Menteri boleh berkata dan boleh mendakwa bahawa tiada siapa yang menekan dia untuk meletakkan jawatan atau boleh menekannya untuk meletakkan jawatan.Laporan itu mungkin dan mungkin tidak mewakili sentimen atau kenyataan sebenar Perdana Menteri. Dan ia tidaklah penting. Yang penting ialah wajib ada seorang yang menerima dan memikul tanggungjawab ke atas prestasi buruk BN semalam.Siapakah orang itu jika bukan Perdana Menteri? Bukankah dia orang yang sehingga saat-saat akhir kempen begitu yakin bahawa BN akan mencatat kemenangan cemerlang dan mempertahankan majoriti dua-pertiga di Parlimen.Apakah undi rakyat yang begitu teruk menghukum Perdana Menteri dan partinya belum cukup untuk membuatkan dia menerima sepenuh tanggungjawab dan menetakkan jawatan kerana kepemimpinannya tidak lagi diyakini?Kalau pada PRU 2004 dia begitu gembira dan angkuh menyatakan bahawa kerana dialah BN menang besar, kenapa kali ini dia begitu keberatan mengakui bahawa kerana dia jugalah BN menderita teruk?Seperti kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sidang akhbarnya pagi tadi, tiada pilihan lain bagi Perdana Menteri kecuali memikul tanggungjawab terhadap prestasi buruk BN dan berundur.Seperti jutaan pengundi yang tidak berselindung-selindung lagi menolak BN, Perdana Menteri juga tidak boleh lagi berdolak-dalik dan berselindung di sebalik pelbagai alasan.Prestasi BN kali ini adalah jauh lebih teruk daripada prestasi Perikatan pada tahun 1969. Rentetan kekalahan itu, Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, menyerahkan kuasa kepada timbalannya dan akhir bersara. Contoh dan teladan sudah ada.Sesudah pengundi Malaysia membuat kata putus dengan memberi kejutan voltan tinggi kepada Barisan Nasional adalah tidak tetap dan tidak wajar lagi bagi sesiapa pun berselindung-selindung dan teragak-agak.Realitinya BN kehilangan banyak kerusi Parlimen, terlepas kawalan ke atas Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak serta ketewasan beberapa tokoh berprofil tingginya, termasuk tiga orang menteri.BN ditolak kerana ia dilihat sebagai tidak cekap dan tidak sensitif kepada kehendak rakyat tetapi pada masa yang sama bongkak, mungkir janji, mengamalkan pilih kasih dan gagal menangani isu-isu massa seperti kenaikan harga barang dan kadar jenayah.Kerana dinasihati oleh anggota “kabinet dapur” yang jahil tetapi bongkah serta rakus – mereka yang digelar 3K, JKKK dan Budak Tingkat Empat -- dan menyisihkan jentera serta veteran parti, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Pengerusi BN sering tersilap membuat perkiraan.Kepemimpinan kerajaan dan parti dilihat sebagai mempersendakan suara dan aspirasi rakyat dengan membuat kenyataan-kenyataan yang menyinggung perasaan yang kemudiannya dihebahkan secara meluas oleh media massa arus perdana yang pro-pemerintah.Misalnya:1. Perdana Menteri, pada hari penamaan calon, menyifatkan pakatan pilihan raya pembangkang sebagai “syok-syok sahaja”;2. Perdana Menteri yang mencabar penunjuk perasaan supaya menggunakan peti undi sebagai tempat mutakhir menunjuk perasaan;3. Menteri Kerja Raya yang mengatakan dia sedia berhenti jika rakyat jelata tidak mahukan dia lagi. Dia terus bertanding dan rakyat menyahut seruannya dengan mengundi pembangkang. Maka kecundanglah dia pada hari jadinya yang ke-72;4. Menteri Penerangan (yang kalah di Sungai Petani) yang menyifatkan para blogger sebagai “syok sendiri.”;5. Dia juga “bersumpah” akan memastikan lawannya hilang wang pertaruhan. Lawanya tidak hilang wang pertaruhan sebaliknya dia yang hilang kerusi; dan6. Timbalan Ketua Pemuda (yang menang di Rembau) yang berkata tugasnya adalah memporak-perandakan pembangkang. Malangnya yang berlaku adalah di sebaliknya. Pembangkang memporak-perandakan BN.Sekali pun benar bahawa keperibadian, gaya, kaedah serta prestasi Perdana Menteri menjadi pertikaian, faktor yang benar-benar menyebabkan pentadbiran beliau menjadi begitu tidak popular adalah persepsi mengenai kesombongan dan keangkuhan segelintir kecil manusia di sekelilingnya.Dalam tempoh kerjaya kewartawanan saya selama hampir 40 tahun, saya tidak pernah melihat sekumpulan orang di sekeliling seorang Perdana Menteri yang begitu dicurigai dan dibenci tetapi pada masa yang sama sangat ditakuti.Hasil mengejutkan keputusan pilihan raya ini tidak dapat tidak akan mencetuskan tanda tanya mengenai kewibawaan, integriti serta kesahihan kedudukan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan dan Presiden Umno.Apatah lagi banyak calon yang dikaitkan terus dengan Perdana Menteri dan “kabinet dapurnya” seperti Azim Zabidi (Bukit Gantang), Osman Desa (Sik), Zainuddin Maidin (Sungai Petani), Annuar Musa (Ketereh) dan Awang Adek Hussin (Bachok) kecundang.
Di pihak pembangkang pula, tindak-tanduk mereka akan diperhatikan dan dinilai bagi memastikan sama ada mereka juga akan menjadi sombong, angkuh dan pendendam kerana kuasa. Atau mereka menjadi pemegang amanah yang berhemah, merendah diri, sederhana dan bertimbang rasa. Dan apakah dasar-dasar dan program-program mereka lebih baik daripada BN.’’

Hakikatnya, semangat dan emosi orang UMNO sekarang sudah jelas. SMS sudah mula dihebahkan dikalangan orang-orang UMNO sendiri yang berbunyi, antaranya seperti berikut:-
“ Awas lanskap politik akan berubah!!! UMNO akan tertinggal tidak relevan dan keseorangan tanpa komponen kerana si Abdullah dan menantunya masih mahu berkuasa. Kita tiada pilihan untuk pertahankan UMNO melainkan orang yang bertanggungjawab merosakkan parti di mata rakyat dikeluarkan! Buat memorandum dan resolusi sekarang supaya Abdullah berundur. Kita akan tolak ahli MT yang menjadi kaki bodek dan penjilat. SELAMATKAN PERJUANGAN MELAYU! Sila panjangkan…”

Kita kena terima hakikat bahawa Kedah, Perak dan Selangor tidak akan jatuh kepada Pembangkang kalau orang UMNO TIDAK Mengundi mereka. Rakyat sudah meluat, menyampah dan bosan dengan kepimpinan cara Pak Lah.

Datuk Ruhanie Ahmad dalam blognya menulis seperti berikut:-

“Pimpinan Abdullah punca BN kalah teruk

Contributed by Raja Petra
Sunday, 09 March 2008

Datuk Ruhanie Ahmad
Harap Agong tak perkenan beliau jadi PM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi wajar mengosongkan kerusi Pengerusi Barisan Nasional (BN) dengan serta merta dan tidak lagi layak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Ini kerana prestasi BN dalam PRU12 - BN hanya beroleh majoriti mudah di peringkat Parlimen dan kehilangan kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, di samping Kelantan yang gagal di tawan semula sejak 1990 – adalah akibat kepimpinan beliau yang pincang, lemah dan amat ditolak oleh rakyat jelata.
Para penganalisis politik tanah air di beberapa rangkaian TV tempatan yang memberikan ulasan selari kepada keputusan PRU12 seolah-olah tercari-cari apakah sebab utama kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum kali ini.
Menerusi analisa saya berasaskan komen-komen rakyat jelata yang diluahkan menerusi media internet sejak setahun yang lalu, punca utama BN era Abdullah kalah teruk adalah kepincangan Abdullah kepimpinan Abdullah, kedolak-dalikan kenyataan dan keputusan Abdullah, perilaku menantu Abdullah yang manipulatif dan umpama kadok naik junjung, dan juga persepsi umum bahawa Malaysia kini seolah-olah sudah digadaikan kedaulatannya kepada sebuah kuasa asing serantau yang tertentu.
Pada waktu yang sama, sejak kira-kira enam bulan yang lalu pula, beberapa kenyataan dan keputusan Abdullah kelihatannya seperti menjadikan orang Melayu tidak lagi relevan kepada usaha BN mempertahankan kuasanya menerusi pilihan raya umum.
Lantaran itulah wujud double standard dalam layanan era Abdullah terhadap kelompok Melayu yang berdemonstrasi di Batu Buruk, Terengganu, dengan kelompok Hindraf yang dituduh sebagai melakukan percubaan membunuh anggota polis sewaktu menunjuk perasaan di Kuala Lumpur.
Seluruh hakikat di atas banyak dipolemikkan menerusi internet. Seluruh hakikat di atas juga menyebabkan segolongan orang Melayu jadi terhiris hati dan terguris jiwa. Tetapi, Abdullah tidak ambil peduli. Akibatnya, hari ini, sindrom penafian Abdullah itu pun dimanifestasikan oleh rakyat jelata menerusi keputusan PRU12.

Oleh itu, Abdullah wajar mengosongkan kerusi Pengerusi BN dengan seberapa segera. Oleh itu juga, Abdullah tidak lagi wajar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Keputusan PRU12 membuktikan bahawa majoriti rakyat Malaysia tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap Abdullah untuk memimpin dan mentadbirkan negara ini.

Antara sebab-sebab utama mengapa Abdullah perlu mengosongkan kerusi kepimpinan BN dan tidak layak dilantik sebagai Perdana Menteri adalah seperti berikut:

Satu: Kerajaan BN pimpinan Abdullah kehilangan empat kerajaan negeri di samping Kelantan.

Dua: BN Pulau Pinang pimpinan Abdullah kehilangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Tiga: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menyaksikan lima menteri kabinetnya (termasuk dua presiden parti komponen BN) tewas dalam PRU12.

Empat: Kerajaan BN pimpinan Abdullah gagal menunaikan janjinya untuk mengurangkan kadar rasuah dan kronisme.

Lima: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menimbulkan persepsi umum bahawa ekonomi Malaysia hari ini seolah-olah sedang diasak oleh sebuah kuasa asing serantau yang tertentu.

Enam: Kerajaan BN pimpinan Abdullah mewujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang menimbulkan persepsi umum bahawa Malaysia sedang digadaikan kedaulatannya kepada sebuah kuasa asing serantau yang tertentu.

Tujuh: Malaysia pimpinan Abdullah yang menjadi pengerusi OIC dan NAM kelihatan tidak memberikan perjuangan yang berkesan di pelantar antarabangsa.

Lapan: Kerajaan BN pimpinan Abdullah seolah-olah di kuasai sepenuhnya oleh menantu Abdullah dan kroni-kroninya sehingga menyebabkan kekecewaan rakyat jelata yang paling maksima.

Sembilan: Kerajaan BN pimpinan Abdullah tidak mempunyai sensitiviti terhadap modal asing tertentu dalam perniagaan strategik negara dan juga seolah-olah tidak membuka peluang perniagaan kepada bumiputera.

Sepuluh: Kerajaan BN pimpinan Abdullah kelihatan mengambil for granted sokongan Melayu terhadap BN walaupun jiwa orang Melayu diguris dan dihiris oleh beberapa kenyataan dan tindakan Abdullah sendiri.

Sebelas: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menggula-gulakan rakyat jelata dengan projek-projek koridor mega yang trillion ringgit kosnya semata-mata untuk menutup kesilapan besar akibat pelancaran WPI.

Dua belas: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menyebabkan kesangsaraan rakyat akibat kenaikan harga barang-barang keperluan dan kos sara hidup yang seolah-olah gagal dikawal.

Tiga belas: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menyaksikan peningkatan kadar jenayah dan menjadikan titik permulaan kekuasaan kumpulan penjenayah asing berleluasa di Malaysia.

Demikianlah di antara kepincangan dan ketempangan kepimpinan Abdullah. Perkara-perkara di atas sudah disuarakan secara meluas menerusi media alternatif. Tetapi, Abdullah dan sindrom penafiannya tidak mengambil hirau. Ini kerana Abdullah hanya mahu mendengar nasihat kumpulan pegawainya di Aras Empat JPM sahaja.

Kini nasi sudah menjadi bubur. Abdullah tidak mampu memperbaiki keadaan. Beliau wajar mengundurkan diri secara terhormat, bermaruah dan dengan segera. Ini akan membolehkan Malaysia yang dikuasai dengan hanya majoriti mudah di Parlimen, ditadbir oleh pihak yang lebih cekap, lebih sensitif kepada tuntutan rakyat jelata dan lebih prihatin terhadap
pemeliharaan kedaulatan negara pada setiap masa. (kuda-kepang.blogspot.com)”

Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik menyatakan bahawa Pak Lah perlu “Sack Bad Advisers” seperti yang dilapurkan oleh The Star 11hb Mac 2008 yang berbunyi seperti berikut :-

Sack bad advisers, PM urged
By SIM LEOI LEOI and RAPHAEL WONG
PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik let rip on the last day of his office in Government by issuing the strongest advice to the Prime Minister. Change the advisers because they are giving the wrong advice, which partly led to major losses for Barisan Nasional in the general election, the Gerakan adviser said. Dr Lim, who retired from active politics last year, said although he still had confidence in Abdullah’s leadership, Abdullah had got to think a lot and much deeper on issues of the day and “do something.” “There is no leadership issue. The advice given to him has been wrong. If his advisers have been giving the wrong advice, remove them all. If it’s been the right advice, why should we be here now? Dr Lim was talking to reporters after handing over his Energy, Water and Communications Ministry tag at his office here yesterday. Other reasons contributing to the losses included the arrogant attitude of some Barisan politicians, the lack of cyber campaigning and the discriminatory implementation of government policies by certain civil servants, he pointed out. “The arrogance of the party in power must stop, such as the wielding of the keris and comments uttered during the Umno general assembly and in Parliament. All this must not be repeated.
“Gerakan, MCA and MIC know how to discipline their own members. Umno must do the same,” he said, adding that the “cowboys” were spoiling the name of the party. The coalition’s members, added Dr Lim, should also conduct some soul-searching and clean up money politics: they should work for their party and not “suck” it. The Barisan government, said Dr Lim, should have supervised the civil servants to ensure that the implementation of federal policies remained fair to all. “Giving the excuse that our policies are good but not our implementation is not enough. It’s better for such civil servants to be thrown out. “You cannot say that it’s the civil servants who are doing such things because as the ruling party, we have to take responsibility,” he said. “And I will also take responsibility because I was part of the former Government,” stressed Dr Lim. The Chinese and Indian voters, he added, were angry at the Government for such arrogant and discriminatory attitudes but both the Malays and non-Malays were also frustrated at the lack of transparency and the extent of corruption. “Or else, the urban belt will not have fallen. We need to reassess our attitude and requirements must be taken to appease the Chinese and Indians. Maybe we need a new New Economic Policy,” he said. MCA and Gerakan, Dr Lim also pointed out, had been working quietly and in camera on sensitive issues with Umno but “maybe this is not enough any more”. “Over these issues, we must have our say or else the Chinese will run away from us,” he said.

UBAT BIASANYA PAHIT TAPI YANG PAHIT ITULAH YANG AKAN MENYEMBUHKAN. BERANIKAH KITA BERCAKAP BENAR DAN MEMBERHENTIKAN “MENEGAKKAN BENANG BASAH” DAN MENGAMBIL LANGKAH “BERANI KERANA BENAR’’

SELOKA UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA

Anak tekukur anak ketitir,
Mari dimasak gulai asam,
UMNO dah hilang Dr. Mahathir,
Dapat pula budak nama Ezam.

UMNO dah hilang Dr. Mahathir,
Dapat pula budak nama Ezam,
Bukan salah kalau rakyat khuatir,
Takut nanti bahtera akan karam.

Orang kampung minum air perigi,
Kalau paip buruk belum diganti,
Apa dikenang siapa yang pergi,
Kalau yang datang ada agenda dihati

Masa diluar cakap berapi-api,
Balik ke rumah pijak semut pun tak mati,
Adakah Ezam masih ada bukti berpeti-peti,
Semua menteri akan susah hati?

Tengok muka tengok tangan,
Air tenang banyak buaya,
Biarlah Allah yang tunjuk jalan,
Mahathir atau Ezam yang lebih bahaya.

Anak kambing makan sireh,
Laga ayam kalah sorak,
Singapura dapat Pulau Batu Puteh,
Malaysia dapat lah Middle Rocks.

Singapura dapat Pulau Batu Puteh,
Malaysia dapat lah Middle Rocks,
Kalau Melayu masih belum letih,
Teruskan leka memuja music rocks.

Anak Cina menjual garam,
Anak India menjual tauhu,
Bagaimana hati tidak geram,
Mengenang nasib hari-hari kena tipu.

Sungai Pahang airnya deras,
Sudahlah deras berlipu-lipu,
Sungguhpun hatinya keras,
Orang putih selamba saja menipu!

Silat Melayu di tengah gelanggang,
KungFu Cina guna kederat,
Tajuddin dan Mukhriz tuduh Zaid pembangkang,
Bukan harga beras yang diambil berat.

Esok lusa menoreh getah,
Harap-harap panas sampai ke petang,
Kalau dah sama-sama kita bertelagah,
Bertepuk soraklah pembangkang!

Apa diharap padi seberang,
Entah kan jadi entah kan sambang,
Kalau lah betul Zaid macam pembangkang,
Adakah tanda Kerajaan akan tumbang?

Padi beras padi huma,
Buah selasih di tepi paya,
Apa diharap pada pemimpin kita,
Kalau siang malam fikir nak jadi kaya?

Wednesday, May 28, 2008

Penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang

Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang kali ke-2 telah ditangguhkan pada 27hb Mei 2008.
Agak menarik pada kali ini tiada perkara sensasi dibangkitkan terutamanya oleh pihak pembangkang. Kehadiran pembangkang yang terdiri dari 2 Pas, 2 DAP dan 1 Bebas seolah-olah tidak banyak memberi kesan. Malah dapat dilihat dengan jelas betapa baiknya peranan yang telah dimainkan oleh ahli-ahli dari parti Kerajaan.
Ahli dari parti Kerajaan pada kali ini banyak membangkitkan kritikan-kritikan membina terutamanya terhadap sistem penyampaian awam. Kecekapan atau kelemahan kakitangan awam adalah batu pengukur kejayaan sesuatu kerajaan.
Kalau kakitangan awam lemah, lembab, korup dan negatif, maka yang menerima padahnya adalah Calon pilihanraya yang mewakili parti kerajaan. Akibat marah kepada sistem penyampaian awam yang lemah, pengundi akan menterjemahkan kemarahan mereka melalui peti undi.
Teguran-teguran yang dibuat oleh ADUN parti kerajaan di Dewan Undangan Negeri sepatutnya menjadi pendorong kepada kakitangan kerajaan untuk terus memajukan diri mereka. Buat pertama kalinya YAB Menteri Besar sendiri menegur dan mengakui ada kelemahan dalam sistem penyampaian awam di Pahang.
Konsep menegur kelemahan diri sendiri dan organisasi sendiri oleh YAB Menteri Besar ini merupakan satu tindakan yang berani. Pengalaman "Yes, Sir, Everything good Sir" telah banyak mengajar kita supaya kita tidak leka lagi.
Selamat kembali bertugas di kawasan masing-masing kepada semua ADUN. Jumpa lagi di Sidang akan datang...

Friday, May 23, 2008

Laporan Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang

Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan KDYMM Sultan Pahang.
Beberapa orang Ahli Dewan turut serta dalam perbahasan. Antara yang menarik perhatian dari segi perkara yang dibangkitkan adalah :-
1. YB Dato' Lau Lee (Damak)
(a) Masalah tanah yang telah diduduki oleh rakyat sejak lama dahulu secara tiada suratan hakmilik. Ada terdapat keadaan dimana tanah yang sama telah dipohon oleh orang lain dan diluluskan. Ini menyebabkan kesulitan kepada rakyat yang terbabit. Perkara ini banyak berlaku di Kampung Baru Cina.
(b) Mencadangkan supaya Felcra jangan berebut tanah dengan rakyat. Fungsi asal Felcra adalah untuk membangunkan tanah terbiar dan bukannya memohon kepada kerajaan untuk meluluskan tanah terbiar/kosong kepada Felcra.
(c) Masalah sistem penyampaian yang amat ketara dikalangan kakitangan kerajaan.
2. YB Choong Siew Onn (Tras)
(a) Masalah penggunaan cyanide untuk melombong emas di Bukit Koman Raub.
(b) Ini menimbulkan masalah pencemaran air dan daerah Raub sudah tiada bekalan air bersih. Sungai di Raub telah tercemar.
3. YB Pang Tsu Ming (Semambu)
(a) Masalah yang dibuat oleh penjawat awam terutama berkaitan dengan sistem penyampaian. Efeknya adalah kepada wakil rakyat apabila rakyat menterjemahkan kemarahan mereka semasa mengundi.
(b) Kajian mengenai pemilihan ahli majlis daerah dan perbandaran. Mungkin perlu dikaji samada pilihanraya PBT perlu dibuat.
Ramai lagi ADUN yang berbahas tetapi kebanyakannya mengenai masalah kawasan masing-masing.

Thursday, May 22, 2008

SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG MULAI 20HB MEI, 2008

Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pahang ke 12 telah mula bersidang pada 20hb Mei 2008 dengan Perasmian oleh KDYMM Sultan Pahang.

Titah Ucapan KDYMM Sultan Pahang antara lain menyebut bahawa Pilihanraya dan kempen pilihanraya telah selesai dan ADUN mesti lah menjalankan tugas untuk memajukan negeri dan berkhidmat untuk rakyat. Kebajikan rakyat mesti diutamakan dan kemiskinan mesti dibasmi sebaik mungkin. Untuk tujuan itu, kerajaan Pahang akan mewujudkan ladang rakyat yang mana hasilnya akan disalurkan kepada rakyat miskin terutamanya miskin tegar.

Pahang juga akan menumpukan kepada pertanian dan industri asas tani. Ini amat tepat pada masanya memandangkan kenaikan harga barang makanan harian terutama beras.

Kepada semua ADUN, saya mengucapkan selamat bersidang. Kepada ADUN yang baru, saya berharap mereka mengambil kesempatan persidangan Dewan ini untuk mengemukakan masalah rakyat di kawasan masing-masing.

Walaupun terdapat 5 orang Pembangkang dalam Dewan kali ini, iaitu 2 Pas, 2 DAP dan 1 Bebas, Dewan Undangan Negeri Pahang tidak lah kecuh seperti yang dapat kita lihat di Parlimen pada hari pertama Persidangannya melalui RTM 1.

Friday, May 16, 2008

Tajuddin oh Tajuddin...

Sejak Tajuddin meletakkan jawatan sebagai SU Badan Perhubungan UMNO Pahang, memang Tajuddin sudah tidak sayangkan UMNO lagi.
Pendedahan mengenai penjualan tanah yang Tajuddin katakan itu adalah perbuatan Tajuddin juga. Tajuddin lah orang yang bertanggungjawab dalam segala urusan melengkapkan jualan melalui tandatangan yang Tajuddin sendiri turunkan. Tanpa tandatangan Tajuddin, dokumen penjualan itu tidak akan lengkap! Kenapalah Tajuddin ungkit lagi perkara yang sudah berlalu. Kenapa Tajuddin tidak bangkitkan semasa dokumen itu diserahkan kepada Tajuddin untuk ditandatangani?
Adakah semasa tandatangan itu, Tajuddin dalam keadaan tidak sedar, dipaksa atau diletakkan pisau atau pistol di kepala Tajuddin? Sudah tentu tidak kan? Tajuddin, apa sudah jadi dengan Tajuddin ini?
Kalau marah sangat sebab tidak bertanding lagi PRU 12 dulu, ramai lagi yang tidak bertanding. Ramai juga YB lain yang tidak dicalonkan semula. Mereka tidak marah dan tidak melatah macam Tajuddin. Malah ramai yang jadi susah selepas tidak jadi YB lagi. Ada yang dulunya elok-elok jadi lecturer di UiTM sekarang sudah tiada apa-apa. Ada yang dulunya elok-elok jadi Qadi, sekarang sudah tiada apa-apa.
Tajuddin, semua orang tahu, Tajuddin banyak dapat kemudahan dan kemewahan sekarang ini. Tajuddin masih kesana sini dengan kereta mewah. Masih ada pendapatan hasil kurniaan kerajaan Negeri Pahang. Tajuddin faham apa yang dimaksudkan? Sudah tentu Tajuddin faham!
Tajuddin, jangan gigit tangan yang beri Tajuddin makan selama ini. Takut nanti tangan itu berhenti beri makan. Tajuddin tahu semua itu dan Tajuddin mungkin kata "rezeki ditangan Allah". Betul Tajuddin, betul sangat tu. Tapi Tajuddin, berterima kasih lah kepada orang yang banyak bantu Tajuddin selama ini. Takut nanti terpaksa juga jumpa orang yang Tajuddin marah sangat sekarang ini. Tajuddin faham? Tentu Tajuddin faham...
Tajuddin, apa yang Tajuddin dedahkan selama ini sudah mula dijadikan oleh Pembangkang sebagai modal politik mereka. Tajuddin tengok lah laman web dan blogs yang dipaparkan dibawah ini. Tajuddin tahu betapa besarnya pengaruh web & blogs kan? Kalau Tajuddin tak tahu takkan Tajuddin jumpa Sang Kelembai untuk tulis tentang cerita yang Tajuddin buat ini dalam blog nya kan?

1. http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14490&Itemid=99

2. http://siasahdaily.blogspot.com/2008/05/krisis-umno-pahang-semakin-panas.html

Tajuddin, sekali lagi.....Cukup lah tu!!!

Tajuddin, ada orang kata "The best defence is ATTACK". Mungkin terpaksa attack kalau Tajuddin tak faham-faham....mungkin....

Thursday, May 15, 2008

Tajuddin Sulaiman - Apa sudah jadi?

Saya terima sms dari seorang rakan lama yang berbunyi :-

"Utusan M'sia 13 Mei 08 m.s 4. Isu jual tanah Umno 12 ribu hektar (30 ribu ekar). Dato Tajuddin ex SU Umno Pahang mengaku diarah oleh MB tandatangan PA untuk menyerah tanah Umno kepada Rangkaian Delima bersama Dato Sofee dan Dato Shakar. Kemudian R.Delima jual tanah tersebut kepada Prosper Trading 600 juta. Tajudin cabar MB report polis klu berani untuk siasatan. Kes ini akan jd besar kata bekas SU Umno Pahang itu. Surat telah dihantar kpd semua ahli MT Umno. Hancur lagi Umno..."

Saya amat terkejut dengan dakwaan yang dibuat oleh Tajuddin !

Sebagai seorang peguam, saya hendak kaji isu-isu yang dibangkit melalui sms diatas yang saya pecahkan seperti berikut :-

1. Umno jual tanah 12 ribu hektar (30 ribu ekar)
2. MB arah Tajuddin, Dato Soffi (bukan Sofee) dan Dato Sharkar (bukan Shakar) tandatangan PA menyerahkan tanah UMNO kepada Rangkaian Delima.
3. Kemudian Rangkaian Delima jual tanah Umno itu kepada Prosper Trading dengan harga 600 juta.
4. Tajuddin cabar MB buat laporan Polis.

Persoalan-persoalan kepada isu-isu yang dibangkitkan dan diulas satu persatu seperti berikut :-

Umno jual tanah 12 ribu hektar yakni bersamaan 30 ribu ekar?

Betulkah UMNO Pahang ada 12 ribu hektar tanah? Dari siasatan yang saya buat, tanah yang dimaksudkan adalah di Mukim Luit Daerah Maran yang bersempadan dengan Kampung Paya Rambutan dalam Daerah Kuantan, dalam Parlimen Paya Besar, DUN Lepar (Tahun 1999 hingga 2008 Wakil Rakyat adalah Tajuddin) Tanah itu hanya berukuran 636 ekar dan 404 ekar dalam dua Geran. Ini bererti tanah itu hanya 1040 ekar atau 416 hektar sahaja dan bukannya 12 ribu hektar atau 30 ribu ekar.
Kenapa Tajuddin sanggup berbohong atau membesar-besarkan ukuran tanah itu? Mungkin agaknya untuk sensasikan lagi...

MB arahkan Tajuddin, Dato Soffi dan Dato Sharkar tandatangan PA menyerahkan tanah itu kepada Rangkaian Delima?

MB dalam kes ini adalah Dato' Sri Adnan Yaakob. MB adalah Pengerusi, Dato' Tajuddin adalah Setiausaha, Dato' Soffi adalah Bendahari dan Dato' Sharkar adalah Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Pahang. Dalam Bahasa Inggeris mereka ini adalah Office bearers of Badan Perhubungan UMNO Pahang dan adalah bertanggungjawab dalam menjalankan segala urusan pentadbiran UMNO Pahang. Namun demikian segala urusan day-to-day running of pejabat UMNO Pahang adalah dibuat oleh Setiausaha Eksekutif dan staff yang lain. Badan Perhubungan juga dianggotai oleh semua Ketua Bahagian dari 14 Bahagian UMNO Pahang, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri Negeri. Beberapa orang lain dilantik sebagai AJK biasa dan ex-officio.

Bolehkah MB mengarahkan pemegang jawatan dalam UMNO Pahang untuk menandatangani apa-apa dokumen? Dalam hal ini apa yang dimaksudkan oleh Tajuddin adalah Power of Attorney (PA) daripada UMNO Pahang kepada Rangkaian Delima. Power of Attorney adalah satu dokumen undang-undang yang dibuat dibawah akta The Power of Attorney Act dan biasanya dibuat oleh Peguam dan ditandatangani dihadapan Peguam, Commissioner for Oath, Notary Public ataupun seorang Hakim/Magistrate.

Adakah Tajuddin/Soffi/Sharkar mesti mengikuti apa sahaja arahan MB? Jawapannya tentulah tidak. Mereka adalah orang-orang yang waras dan mempunyai pendirian sendiri. Pastinya perkara menandatangani PA itu telah mendapat persetujuan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pahang. Itulah yang berlaku kerana saya telah siasat perkara itu dan saya dapati ada Cabutan Minit Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pahang mengenai keputusan itu dan Cabutan Minit itu ditandatangani oleh Tajuddin selaku Setiausaha. Malah ada pula Surat Akuan Sumpah oleh Tajuddin di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang mana Tajudin mengakui melalui surat sumpah itu bahawa beliau tidak akan bangkitkan perkara itu selepas semuanya telah dipersetujui oleh Badan Perhubungan UMNO Pahang.

Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi dan berperwatakan yang tegas, Tajuddin sepatutnya tidak menandatangani semua dokumen yang saya sebutkan tadi jika sekiranya tidak bersetuju dengan apa yang telah diputuskan dan dipersetujui dalam Mesyuarat.

Penyerahan PA kepada Rangkaian Delima.
Rangkaian Delima adalah sebuah syarikat Sendirian Berhad yang ditubuhkan oleh UMNO Pahang sejak dahulu lagi yakni di dalam tahun 80an. Tujuan penubuhan syarikat begini adalah semata-mata menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh UMNO pada tahun 1987-1988 dimana UMNO telah diistiharkan haram oleh Mahkamah.

Jika semua harta benda UMNO adalah dibawah UMNO, jika sekira apa-apa hal berlaku kepada UMNO seperti diharamkan atau berlaku pertikaian dan sebagainya, terjejaslah pengendalian harta benda UMNO. Maka itulah sebabnya diberi kuasa melalui PA kepada Rangkaian Delima Sdn. Bhd. Pemegang saham dalam Rangkaian Delima adalah 2 orang yang dipersetujui oleh Badan Perhubungan UMNO Pahang. Ini bermakna, walaupun diserahkan untuk ditadbir harta itu kepada syarikat melalui PA, kepentingan UMNO masih tidak tergugat. PA bukan bererti mengambil alih tetapi menjalankan pentadbiran sesuatu perkara mengikut arahan yang diberikan oleh tuanpunya harta itu.

Rangkaian Delima jual tanah itu kepada Prosper Trading dengan harga 600 juta?

Sebagai pemegang PA, Rangkaian Delima tidak berhak menjual tanah itu tanpa persetujuan tuan punya. Saya juga telah siasat perkara ini. Saya dapati Perjanjian Jual Beli adalah ditandatangani oleh UMNO Pahang, Rangkain Delima dan Prosper Trading Sdn Bhd. Bagi pihak UMNO Pahang, Perjanjian Jual Beli itu ditandatangani oleh Tajuddin, Soffi dan Sharkar. Ini bererti tidak timbul soal Rangkaian Delima menjual tanah itu tanpa pengetahuan UMNO Pahang.

Didalam penjualan tanah ladang di Pahang, peraturan Kerajaan Negeri Pahang juga menetapkan bahawa penjualan itu mesti mendapat kelulusan Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Pahang (SS). Jawatankuasa itu dikenali sebagai Estate Board dalam bahasa Inggeris. Permohonan kepada Estate Board itu juga ditandatangani oleh Tajuddin!

Saya juga dapati tanah yang dijual seluas 1040 ekar itu telah dijual dengan harga 9,000 seekar dan ini bermakna 9.36 juta dan bukannya 600 juta. Tawaran harga 9,000 seekar itu adalah yang terbaik diterima dan dibuat oleh Prosper. Apa yang lebih menarik, Prosper menawarkan bayaran penuh selepas sahaja menandatangani Sale & Purchase Agreement.

Tawaran lain yang diterima mahukan bayaran secara ansuran mengikut kaedah Sale & Purchase biasa. Kita mesti faham kenapa UMNO perlu bayaran penuh segera. Jual Beli itu berlaku pada bulan Februari 2004 dan Pilihanraya Umum 2004 (PRU 11) adalah pada bulan Mac 2004! Tidak perlu dihuraikan apakah keperluan UMNO semasa PRU. Semuanya perlukan wang! I am not going to dwell into the trade crafts of facing an election!

Tajuddin cabar MB untuk buat laporan Polis?

Laporan polis itu untuk apa? Sebagai seorang peguam yang memulakan amalan guaman pada tahun 1984 dan sebelum itu seorang Magistrate, saya tidak nampak apakah sebab MB perlu buat laporan polis. Sepatutnya kalau Tajuddin menyatakan bahawa dia diarah atau dipaksa oleh MB untuk tandatangani semua dokumen yang saya sebutkan diatas, dia lah yang sepatutnya buat laporan polis. In law, he who alleges a wrongdoing, he shall be the complainant.

Kenapa Tajuddin bangkitkan perkara ini sekarang iaitu pada tahun 2008 sedangkan perkara yang dibangkitkannya berlaku pada tahun 2004. Mungkin pada 2004 Tajudin masih lagi jadi Wakil Rakyat dan SU Perhubungan UMNO Pahang. Tahun 2008 Tajuddin tidak dicalonkan untuk jadi Wakil Rakyat dan telah pun meletakkan jawatan sebagai SU Perhubungan UMNO Pahang.

Adakah Tajuddin sudah tidak sayangkan UMNO lagi? Sanggup dia mendedahkan perkara yang bukan-bukan.

Sebagai seorang peguam, saya hanya boleh buat analogy secara guaman juga. Dalam tuntutan Civil yang biasa saya kendalikan, Statement of Claim oleh Plaintiff di balas dengan Statement of Defence dan COUNTERCLAIM oleh Defendant. Counterclaim oleh Defendant itu biasanya lebih besar dari Claim oleh Plaintiff.

Jangan nanti pendedahan oleh Tajuddin ini nanti akan dibuat COUNTER PENDEDAHAN oleh MB pulak. MB kenal Tajuddin bukan baru setahun dua dan saya pula kenal MB bukan setahun dua juga.

Apa yang saya boleh kata ialah..."Tajuddin, cukup lah tu..."

Monday, May 12, 2008

Letak jawatan hilang kelayakan!

Kadang-kadang pelik kenapa pemimpin boleh buat statement yang tak usul periksa dulu. Kaji lah dulu aspek undang-undangnya dan kalau tak tahu tanyalah orang yang tahu. Takut nanti orang gelak kat kita dan kita jadi tersipu-sipu. Kalau seseorang ADUN itu meletak jawatan, selama 5 tahun dari tarikh dia meletak jawatan itu hilang kelayakannya untuk menjadi ADUN semula. Ini termaktub dengan jelas dalam perlembagaan Malaysia dan terpakai juga kepada Negeri, termasuk Perak

"Tajol Rosli sanggup letak jawatan ADUN Pengkalan Hulu sebagaimana dilapor di muka surat 4 Utusan Malaysia 12hb Mei 2008....
KUALA KANGSAR 11 Mei - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali sanggup meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Hulu untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan semula di kawasan tersebut.
Tajol Rosli yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, beliau tidak takut meletak jawatan kerana yakin boleh memenangi semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut sekali gus membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) masih berkuasa di Perak.
''Saya sanggup letak jawatan sebagai ADUN Pengkalan Hulu dan bertanding semula.
''BN tidak pernah hilang kuasa dan yakin mampu memperoleh kemenangan besar sekiranya pilihan raya kecil diadakan di situ,
malah, berupaya mendapat undi majoriti lebih banyak," katanya berucap pada majlis Kesyukuran BN Parlimen Kuala Kangsar di Arena Square di sini semalam."

Jangan lah membazirkan wang rakyat just to prove a point. Di Pengkalan Hulu mungkin boleh menang, ditempat lain macam mana?

Apa kata kalau kita tunggu PRU 13 sahaja dan jangan lah hendaknya ada pilihanraya kecil kerana sebab kematian


Tuesday, May 6, 2008

Charged Under Section 4(1) (C) of the Sedition Act

Raja Petra Kamaruddin was charged in Court today for offence under the Sedition Act 1948. The relevant section being reproduced below.

BEWARE ALL BLOGGERS!
Sedition means incitement of resistance to or insurrection against lawful authority
Under the Sedition Act 1948,

Seditious tendency means
3. (1) A “seditious tendency” is a tendency—

(a) to bring into hatred or contempt or to excite disaffection
against any Ruler or against any Government;
(b) to excite the subjects of any Ruler or the inhabitants of
any territory governed by any Government to attempt
to procure in the territory of the Ruler or governed by
the Government, the alteration, otherwise than by lawful
means, of any matter as by law established;
(c) to bring into hatred or contempt or to excite disaffection
against the administration of justice in Malaysia or in
any State;
(d) to raise discontent or disaffection amongst the subjects of
the Yang di-Pertuan Agong or of the Ruler of any
State or amongst the inhabitants of Malaysia or of any
State;
(e) to promote feelings of ill will and hostility between
different races or classes of the population of Malaysia;
or
(f) to question any matter, right, status, position, privilege,
sovereignty or prerogative established or protected by
the provisions of Part III of the Federal Constitution or
Article 152, 153 or 181 of the Federal Constitution.

(2) Notwithstanding anything in subsection (1) an act, speech,
words, publication or other thing shall not be deemed to be
seditious by reason only that it has a tendency—

(a) to show that any Ruler has been misled or mistaken in
any of his measures;
(b) to point out errors or defects in any Government or
constitution as by law established (except in respect of
any matter, right, status, position, privilege, sovereignty
or prerogative referred to in paragraph (1)(f) otherwise
than in relation to the implementation of any provision
relating thereto) or in legislation or in the administration
of justice with a view to the remedying of the errors or
defects;
(c) except in respect of any matter, right, status, position,
privilege, sovereignty or prerogative referred to in
paragraph (1)(f)—
(i) to persuade the subjects of any Ruler or the
inhabitants of any territory governed by any
Government to attempt to procure by lawful
means the alteration of any matter in the
territory of such Government as by law
established; or
(ii) to point out, with a view to their removal, any
matters producing or having a tendency to
produce feelings of ill will and enmity between
different races or classes of the population of
the Federation,
if the act, speech, words, publication or other thing has not
otherwise in fact a seditious tendency.

(3) For the purpose of proving the commission of any offence
against this Act the intention of the person charged at the time he
did or attempted to do or made any preparation to do or conspired
with any person to do any act or uttered any seditious words or
printed, published, sold, offered for sale, distributed, reproduced
or imported any publication or did any other thing shall be
deemed to be irrelevant if in fact the act had, or would, if done,
have had, or the words, publication or thing had a seditious
tendency.
Offences

4. (1) Any person who—
(a) does or attempts to do, or makes any preparation to do,
or conspires with any person to do, any act which has
or which would, if done, have a seditious tendency;
(b) utters any seditious words;
(c) prints, publishes, sells, offers for sale, distributes or
reproduces any seditious publication;
or
(d) imports any seditious publication,
shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable for
a first offence to a fine not exceeding five thousand ringgit or to
imprisonment for a term not exceeding three years or to both, and,
for a subsequent offence, to imprisonment for a term not exceeding
five years;
and any seditious publication found in the possession
of the person or used in evidence at his trial shall be forfeited and
may be destroyed or otherwise disposed of as the court directs.
(2) Any person who without lawful excuse has in his possession
any seditious publication shall be guilty of an offence and shall,
on conviction, be liable for a first offence to a fine not exceeding
two thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding
eighteen months or to both, and, for a subsequent offence, to
imprisonment for a term not exceeding three years, and the
publication shall be forfeited and may be destroyed or otherwise
disposed of as the court directs.

Rumah siap pahat berbunyi

PRU 12 - Salah siapa? Kalau hendak diletakkan kesalahan boleh dibuat kesimpulan seperti berikut:-

Individu-individu yang perlu disalahkan.
1. Abdullah Badawi - lemah/flip-flop/tidak pandai jelaskan isu/lembik/ucapan yg tidak difahami/slogan yg tiada makna & tidak dipraktikkan/denial sindrome/over-protective of family members/family members acquire instant wealth
2. Khairi Jamaluddin/4th floor boys/Kamaruddin/Kalimullah -pengaruhi PM
3. Khir Toyo -penyapu/demolition of temples
4. Hishammuddin Hussein- keris/lambat ambil tindakan menjelaskan
5. Ali Rustam- keahlian/latihan UMNO/persiapan jentera/ahli utk PRU
6. Radzi Sheikh Ahmad/Shahidan Kassim- gaduh
7. Johari Baharom/Musa Hassan- gaduh
8. Zainuddin Maidin - penerangan gagal/bodohkan bloggers
9. Shafie Afdal- harga barang-gagal kawal/penjelasan
10. Samy Vellu-overstay
11. Koh Tsu Koon-weak & baru ambilalih Gerakan
12. Ong Kah Ting-internal quarrel
Individu (on the other side)
1. Tun Dr. Mahathir
2. Anwar Ibrahim
3. Raja Petra & all the bloggers, Marina Mahathir included
4. Hindraf leaders
5. Pas leaders like Nik Aziz/Hadi
6. DAP leaders like Lim Kit Siang & son

Organisations
1. Hindraf- Indian issues
2. Bersih- SPR issues
3. Cuepacs-bonus to govt servant
4. MTUC- workers issues
5. Makkal sakti/people's power
6. Media kerajaan/suratkhar/TV yang burukkan/dedahkan keburukan kerajaan/TV3/Utusan
7. Bloggers yang berkembang pesat
8. UMNO's Obsession utk menawan Kelantan/lupa kpd negeri2 lain

Issues raised
1. Harga barang/harga minyak/kenaikan bayaran tol
2. Jenayah / penglibatan polis dgn underground organisations
3. Rasuah
4. Projek kerajaan yg hanya umum tapi tidak laksana
5. Projek kerajaan kpd GLC sahaja
6. Kontraktor tidak dapat bayaran
7. Kontrak/projek kerajaan dikawal oleh Khairi & gang
8. Khairi Chronicles
9. Sikap flip-flop Abdullah Badawi/gagal tangani isu/tidak dengar teguran
10. Projek Koridor Ekonomi -hanya umum tiada perkembangan fizikal
11. Sikap berlagak/sombong/bongkak/menunjuk2 pemimpin
12. Sikap berlagak/sombong/bongkak/menunjuk2 UMNO/ahli & juga pemimpinnya
13. Wakil Rakyat yang tidak buat kerja & tidak jaga kawasan
14. Suruhanjaya siasatan video Linggam dedahkan kelemahan Sistem Kehakiman & Rasuah & amalan taktik kotor/salahguna kuasa.

Kesimpulan
PRU 12 diadakan pada masa yg tidak sesuai. Terlalu banyak isu yg dihadapi & pemimpin tidak pastikan isu2 itu diselesaikan dahulu. Tempoh matang parlimen masih lambat semasa PRU 12 diadakan.
Rakyat merasakan diri mereka sebagai underdogs dlm banyak hal terutama dengan isu2 yg dibangkitkan & memandang Parti Pembangkang yg bertanding sebagai underdogs juga. Underdogs supporting another underdogs!