Skip to main content

Tajuddin Sulaiman - Apa sudah jadi?

Saya terima sms dari seorang rakan lama yang berbunyi :-

"Utusan M'sia 13 Mei 08 m.s 4. Isu jual tanah Umno 12 ribu hektar (30 ribu ekar). Dato Tajuddin ex SU Umno Pahang mengaku diarah oleh MB tandatangan PA untuk menyerah tanah Umno kepada Rangkaian Delima bersama Dato Sofee dan Dato Shakar. Kemudian R.Delima jual tanah tersebut kepada Prosper Trading 600 juta. Tajudin cabar MB report polis klu berani untuk siasatan. Kes ini akan jd besar kata bekas SU Umno Pahang itu. Surat telah dihantar kpd semua ahli MT Umno. Hancur lagi Umno..."

Saya amat terkejut dengan dakwaan yang dibuat oleh Tajuddin !

Sebagai seorang peguam, saya hendak kaji isu-isu yang dibangkit melalui sms diatas yang saya pecahkan seperti berikut :-

1. Umno jual tanah 12 ribu hektar (30 ribu ekar)
2. MB arah Tajuddin, Dato Soffi (bukan Sofee) dan Dato Sharkar (bukan Shakar) tandatangan PA menyerahkan tanah UMNO kepada Rangkaian Delima.
3. Kemudian Rangkaian Delima jual tanah Umno itu kepada Prosper Trading dengan harga 600 juta.
4. Tajuddin cabar MB buat laporan Polis.

Persoalan-persoalan kepada isu-isu yang dibangkitkan dan diulas satu persatu seperti berikut :-

Umno jual tanah 12 ribu hektar yakni bersamaan 30 ribu ekar?

Betulkah UMNO Pahang ada 12 ribu hektar tanah? Dari siasatan yang saya buat, tanah yang dimaksudkan adalah di Mukim Luit Daerah Maran yang bersempadan dengan Kampung Paya Rambutan dalam Daerah Kuantan, dalam Parlimen Paya Besar, DUN Lepar (Tahun 1999 hingga 2008 Wakil Rakyat adalah Tajuddin) Tanah itu hanya berukuran 636 ekar dan 404 ekar dalam dua Geran. Ini bererti tanah itu hanya 1040 ekar atau 416 hektar sahaja dan bukannya 12 ribu hektar atau 30 ribu ekar.
Kenapa Tajuddin sanggup berbohong atau membesar-besarkan ukuran tanah itu? Mungkin agaknya untuk sensasikan lagi...

MB arahkan Tajuddin, Dato Soffi dan Dato Sharkar tandatangan PA menyerahkan tanah itu kepada Rangkaian Delima?

MB dalam kes ini adalah Dato' Sri Adnan Yaakob. MB adalah Pengerusi, Dato' Tajuddin adalah Setiausaha, Dato' Soffi adalah Bendahari dan Dato' Sharkar adalah Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Pahang. Dalam Bahasa Inggeris mereka ini adalah Office bearers of Badan Perhubungan UMNO Pahang dan adalah bertanggungjawab dalam menjalankan segala urusan pentadbiran UMNO Pahang. Namun demikian segala urusan day-to-day running of pejabat UMNO Pahang adalah dibuat oleh Setiausaha Eksekutif dan staff yang lain. Badan Perhubungan juga dianggotai oleh semua Ketua Bahagian dari 14 Bahagian UMNO Pahang, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri Negeri. Beberapa orang lain dilantik sebagai AJK biasa dan ex-officio.

Bolehkah MB mengarahkan pemegang jawatan dalam UMNO Pahang untuk menandatangani apa-apa dokumen? Dalam hal ini apa yang dimaksudkan oleh Tajuddin adalah Power of Attorney (PA) daripada UMNO Pahang kepada Rangkaian Delima. Power of Attorney adalah satu dokumen undang-undang yang dibuat dibawah akta The Power of Attorney Act dan biasanya dibuat oleh Peguam dan ditandatangani dihadapan Peguam, Commissioner for Oath, Notary Public ataupun seorang Hakim/Magistrate.

Adakah Tajuddin/Soffi/Sharkar mesti mengikuti apa sahaja arahan MB? Jawapannya tentulah tidak. Mereka adalah orang-orang yang waras dan mempunyai pendirian sendiri. Pastinya perkara menandatangani PA itu telah mendapat persetujuan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pahang. Itulah yang berlaku kerana saya telah siasat perkara itu dan saya dapati ada Cabutan Minit Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pahang mengenai keputusan itu dan Cabutan Minit itu ditandatangani oleh Tajuddin selaku Setiausaha. Malah ada pula Surat Akuan Sumpah oleh Tajuddin di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang mana Tajudin mengakui melalui surat sumpah itu bahawa beliau tidak akan bangkitkan perkara itu selepas semuanya telah dipersetujui oleh Badan Perhubungan UMNO Pahang.

Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi dan berperwatakan yang tegas, Tajuddin sepatutnya tidak menandatangani semua dokumen yang saya sebutkan tadi jika sekiranya tidak bersetuju dengan apa yang telah diputuskan dan dipersetujui dalam Mesyuarat.

Penyerahan PA kepada Rangkaian Delima.
Rangkaian Delima adalah sebuah syarikat Sendirian Berhad yang ditubuhkan oleh UMNO Pahang sejak dahulu lagi yakni di dalam tahun 80an. Tujuan penubuhan syarikat begini adalah semata-mata menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh UMNO pada tahun 1987-1988 dimana UMNO telah diistiharkan haram oleh Mahkamah.

Jika semua harta benda UMNO adalah dibawah UMNO, jika sekira apa-apa hal berlaku kepada UMNO seperti diharamkan atau berlaku pertikaian dan sebagainya, terjejaslah pengendalian harta benda UMNO. Maka itulah sebabnya diberi kuasa melalui PA kepada Rangkaian Delima Sdn. Bhd. Pemegang saham dalam Rangkaian Delima adalah 2 orang yang dipersetujui oleh Badan Perhubungan UMNO Pahang. Ini bermakna, walaupun diserahkan untuk ditadbir harta itu kepada syarikat melalui PA, kepentingan UMNO masih tidak tergugat. PA bukan bererti mengambil alih tetapi menjalankan pentadbiran sesuatu perkara mengikut arahan yang diberikan oleh tuanpunya harta itu.

Rangkaian Delima jual tanah itu kepada Prosper Trading dengan harga 600 juta?

Sebagai pemegang PA, Rangkaian Delima tidak berhak menjual tanah itu tanpa persetujuan tuan punya. Saya juga telah siasat perkara ini. Saya dapati Perjanjian Jual Beli adalah ditandatangani oleh UMNO Pahang, Rangkain Delima dan Prosper Trading Sdn Bhd. Bagi pihak UMNO Pahang, Perjanjian Jual Beli itu ditandatangani oleh Tajuddin, Soffi dan Sharkar. Ini bererti tidak timbul soal Rangkaian Delima menjual tanah itu tanpa pengetahuan UMNO Pahang.

Didalam penjualan tanah ladang di Pahang, peraturan Kerajaan Negeri Pahang juga menetapkan bahawa penjualan itu mesti mendapat kelulusan Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Pahang (SS). Jawatankuasa itu dikenali sebagai Estate Board dalam bahasa Inggeris. Permohonan kepada Estate Board itu juga ditandatangani oleh Tajuddin!

Saya juga dapati tanah yang dijual seluas 1040 ekar itu telah dijual dengan harga 9,000 seekar dan ini bermakna 9.36 juta dan bukannya 600 juta. Tawaran harga 9,000 seekar itu adalah yang terbaik diterima dan dibuat oleh Prosper. Apa yang lebih menarik, Prosper menawarkan bayaran penuh selepas sahaja menandatangani Sale & Purchase Agreement.

Tawaran lain yang diterima mahukan bayaran secara ansuran mengikut kaedah Sale & Purchase biasa. Kita mesti faham kenapa UMNO perlu bayaran penuh segera. Jual Beli itu berlaku pada bulan Februari 2004 dan Pilihanraya Umum 2004 (PRU 11) adalah pada bulan Mac 2004! Tidak perlu dihuraikan apakah keperluan UMNO semasa PRU. Semuanya perlukan wang! I am not going to dwell into the trade crafts of facing an election!

Tajuddin cabar MB untuk buat laporan Polis?

Laporan polis itu untuk apa? Sebagai seorang peguam yang memulakan amalan guaman pada tahun 1984 dan sebelum itu seorang Magistrate, saya tidak nampak apakah sebab MB perlu buat laporan polis. Sepatutnya kalau Tajuddin menyatakan bahawa dia diarah atau dipaksa oleh MB untuk tandatangani semua dokumen yang saya sebutkan diatas, dia lah yang sepatutnya buat laporan polis. In law, he who alleges a wrongdoing, he shall be the complainant.

Kenapa Tajuddin bangkitkan perkara ini sekarang iaitu pada tahun 2008 sedangkan perkara yang dibangkitkannya berlaku pada tahun 2004. Mungkin pada 2004 Tajudin masih lagi jadi Wakil Rakyat dan SU Perhubungan UMNO Pahang. Tahun 2008 Tajuddin tidak dicalonkan untuk jadi Wakil Rakyat dan telah pun meletakkan jawatan sebagai SU Perhubungan UMNO Pahang.

Adakah Tajuddin sudah tidak sayangkan UMNO lagi? Sanggup dia mendedahkan perkara yang bukan-bukan.

Sebagai seorang peguam, saya hanya boleh buat analogy secara guaman juga. Dalam tuntutan Civil yang biasa saya kendalikan, Statement of Claim oleh Plaintiff di balas dengan Statement of Defence dan COUNTERCLAIM oleh Defendant. Counterclaim oleh Defendant itu biasanya lebih besar dari Claim oleh Plaintiff.

Jangan nanti pendedahan oleh Tajuddin ini nanti akan dibuat COUNTER PENDEDAHAN oleh MB pulak. MB kenal Tajuddin bukan baru setahun dua dan saya pula kenal MB bukan setahun dua juga.

Apa yang saya boleh kata ialah..."Tajuddin, cukup lah tu..."

Comments

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...