Wednesday, May 28, 2008

Penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang

Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang kali ke-2 telah ditangguhkan pada 27hb Mei 2008.
Agak menarik pada kali ini tiada perkara sensasi dibangkitkan terutamanya oleh pihak pembangkang. Kehadiran pembangkang yang terdiri dari 2 Pas, 2 DAP dan 1 Bebas seolah-olah tidak banyak memberi kesan. Malah dapat dilihat dengan jelas betapa baiknya peranan yang telah dimainkan oleh ahli-ahli dari parti Kerajaan.
Ahli dari parti Kerajaan pada kali ini banyak membangkitkan kritikan-kritikan membina terutamanya terhadap sistem penyampaian awam. Kecekapan atau kelemahan kakitangan awam adalah batu pengukur kejayaan sesuatu kerajaan.
Kalau kakitangan awam lemah, lembab, korup dan negatif, maka yang menerima padahnya adalah Calon pilihanraya yang mewakili parti kerajaan. Akibat marah kepada sistem penyampaian awam yang lemah, pengundi akan menterjemahkan kemarahan mereka melalui peti undi.
Teguran-teguran yang dibuat oleh ADUN parti kerajaan di Dewan Undangan Negeri sepatutnya menjadi pendorong kepada kakitangan kerajaan untuk terus memajukan diri mereka. Buat pertama kalinya YAB Menteri Besar sendiri menegur dan mengakui ada kelemahan dalam sistem penyampaian awam di Pahang.
Konsep menegur kelemahan diri sendiri dan organisasi sendiri oleh YAB Menteri Besar ini merupakan satu tindakan yang berani. Pengalaman "Yes, Sir, Everything good Sir" telah banyak mengajar kita supaya kita tidak leka lagi.
Selamat kembali bertugas di kawasan masing-masing kepada semua ADUN. Jumpa lagi di Sidang akan datang...

No comments:

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)