Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2008

Dr. M OUT, Ezam IN

Dr. Mahathir memberi reaksi kemasukan semula Ezam Mohd Nor kedalam UMNO seperti yang dilaporkan oleh The Star Online dengan cara berikut :- Dr M: I’m out, he’s (Ezam) in "Tun Dr Mahathir Mohamad was his usual sarcastic self when commenting on former PKR Youth leader Ezam Mohd Nor rejoining Umno. “Saya keluar, dia masuk. Baguslah dia sayang Umno (I leave and he is back in. Good that he loves Umno),” he quipped. The former premier and party president was asked to comment yesterday on Ezam's move to rejoin Umno this week although he had left the party to help set up what was then known as Parti Keadilan. Ezam, who was once Datuk Seri Anwar Ibrahim’s political secretary, followed Anwar out of Umno in 1998 after the former deputy prime minister was sacked. He was also detained under the Internal Security Act for his role in the reformasi movement." Perkembangan terbaru kemasukan semula Ezam perlu diteliti secara mendalam. Ada juga laporan di dalam Utusan Malaysia pada hari ini...

Merenung semula PRU 12

PILIHANRAYA UMUM 12 ( 08 MAC 2208 ) KEPUTUSANNYA : BN KEHILANGAN MAJORITI 2/3 DI PARLIMEN PERAK, SELANGOR, PULAU PINANG DAN KEDAH JATUH KE TANGAN PEMBANGKANG. KELANTAN TETAP DIKUASAI OLEH PAS Siapakah yang bertanggungjawab? Siapakah yang harus dipersalahkan? Boleh dikatakan semua media alternatif, laman web dan blogs menyalahkan Pak Lah dan Pak Lah perlu bertanggungjawab. Perlukah Pak Lah bertanggungjawab? Sebagai Perdana Menteri, Pak Lah perlu mengakui bahawa kesalahan demi kesalahan telah berlaku semasa beliau memerintah. Menantunya yang menjadi kebencian rakyat tetap dimanja dan diberi pendedahan, ruang dan peluang dalam politik di Malaysia. Terlalu banyak kemusnahan telah dilakukan oleh KJ yang telah didedahkan oleh media alternatif, laman web dan blogs, tetapi tetap tidak diendahkan oleh Pak Lah malah mendapat sokongan oleh UMNO. Mungkin itu pada mulanya persepsi sahaja, tetapi selepas keputusan PRU 12 ini, ianya menjadi sungguh jelas. Apa yang rakyat maksudkan dengan KJ bukan sem...

SELOKA UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA

Anak tekukur anak ketitir, Mari dimasak gulai asam, UMNO dah hilang Dr. Mahathir, Dapat pula budak nama Ezam. UMNO dah hilang Dr. Mahathir, Dapat pula budak nama Ezam, Bukan salah kalau rakyat khuatir, Takut nanti bahtera akan karam. Orang kampung minum air perigi, Kalau paip buruk belum diganti, Apa dikenang siapa yang pergi, Kalau yang datang ada agenda dihati Masa diluar cakap berapi-api, Balik ke rumah pijak semut pun tak mati, Adakah Ezam masih ada bukti berpeti-peti, Semua menteri akan susah hati? Tengok muka tengok tangan, Air tenang banyak buaya, Biarlah Allah yang tunjuk jalan, Mahathir atau Ezam yang lebih bahaya. Anak kambing makan sireh, Laga ayam kalah sorak, Singapura dapat Pulau Batu Puteh, Malaysia dapat lah Middle Rocks. Singapura dapat Pulau Batu Puteh, Malaysia dapat lah Middle Rocks, Kalau Melayu masih belum letih, Teruskan leka memuja music rocks. Anak Cina menjual garam, Anak India menjual tauhu, Bagaimana hati tidak geram, Mengenang nasib hari-hari kena tipu. Sun...

Penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang

Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang kali ke-2 telah ditangguhkan pada 27hb Mei 2008. Agak menarik pada kali ini tiada perkara sensasi dibangkitkan terutamanya oleh pihak pembangkang. Kehadiran pembangkang yang terdiri dari 2 Pas, 2 DAP dan 1 Bebas seolah-olah tidak banyak memberi kesan. Malah dapat dilihat dengan jelas betapa baiknya peranan yang telah dimainkan oleh ahli-ahli dari parti Kerajaan. Ahli dari parti Kerajaan pada kali ini banyak membangkitkan kritikan-kritikan membina terutamanya terhadap sistem penyampaian awam. Kecekapan atau kelemahan kakitangan awam adalah batu pengukur kejayaan sesuatu kerajaan. Kalau kakitangan awam lemah, lembab, korup dan negatif, maka yang menerima padahnya adalah Calon pilihanraya yang mewakili parti kerajaan. Akibat marah kepada sistem penyampaian awam yang lemah, pengundi akan menterjemahkan kemarahan mereka melalui peti undi. Teguran-teguran yang dibuat oleh ADUN parti kerajaan di Dewan Undangan Negeri sepatutnya menjadi pendorong kepada ...

Laporan Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang

Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan KDYMM Sultan Pahang. Beberapa orang Ahli Dewan turut serta dalam perbahasan. Antara yang menarik perhatian dari segi perkara yang dibangkitkan adalah :- 1. YB Dato' Lau Lee (Damak) (a) Masalah tanah yang telah diduduki oleh rakyat sejak lama dahulu secara tiada suratan hakmilik. Ada terdapat keadaan dimana tanah yang sama telah dipohon oleh orang lain dan diluluskan. Ini menyebabkan kesulitan kepada rakyat yang terbabit. Perkara ini banyak berlaku di Kampung Baru Cina. (b) Mencadangkan supaya Felcra jangan berebut tanah dengan rakyat. Fungsi asal Felcra adalah untuk membangunkan tanah terbiar dan bukannya memohon kepada kerajaan untuk meluluskan tanah terbiar/kosong kepada Felcra. (c) Masalah sistem penyampaian yang amat ketara dikalangan kakitangan kerajaan. 2. YB Choong Siew Onn (Tras) (a) Masalah penggunaan cyanide untuk melombong emas di Bukit Koman Raub. (b) Ini menimbulkan...

SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG MULAI 20HB MEI, 2008

Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pahang ke 12 telah mula bersidang pada 20hb Mei 2008 dengan Perasmian oleh KDYMM Sultan Pahang. Titah Ucapan KDYMM Sultan Pahang antara lain menyebut bahawa Pilihanraya dan kempen pilihanraya telah selesai dan ADUN mesti lah menjalankan tugas untuk memajukan negeri dan berkhidmat untuk rakyat. Kebajikan rakyat mesti diutamakan dan kemiskinan mesti dibasmi sebaik mungkin. Untuk tujuan itu, kerajaan Pahang akan mewujudkan ladang rakyat yang mana hasilnya akan disalurkan kepada rakyat miskin terutamanya miskin tegar. Pahang juga akan menumpukan kepada pertanian dan industri asas tani. Ini amat tepat pada masanya memandangkan kenaikan harga barang makanan harian terutama beras. Kepada semua ADUN, saya mengucapkan selamat bersidang. Kepada ADUN yang baru, saya berharap mereka mengambil kesempatan persidangan Dewan ini untuk mengemukakan masalah rakyat di kawasan masing-masing. Walaupun terdapat 5 orang Pembangkang dalam Dewan kali ini,...

Tajuddin oh Tajuddin...

Sejak Tajuddin meletakkan jawatan sebagai SU Badan Perhubungan UMNO Pahang, memang Tajuddin sudah tidak sayangkan UMNO lagi. Pendedahan mengenai penjualan tanah yang Tajuddin katakan itu adalah perbuatan Tajuddin juga. Tajuddin lah orang yang bertanggungjawab dalam segala urusan melengkapkan jualan melalui tandatangan yang Tajuddin sendiri turunkan. Tanpa tandatangan Tajuddin, dokumen penjualan itu tidak akan lengkap! Kenapalah Tajuddin ungkit lagi perkara yang sudah berlalu. Kenapa Tajuddin tidak bangkitkan semasa dokumen itu diserahkan kepada Tajuddin untuk ditandatangani? Adakah semasa tandatangan itu, Tajuddin dalam keadaan tidak sedar, dipaksa atau diletakkan pisau atau pistol di kepala Tajuddin? Sudah tentu tidak kan? Tajuddin, apa sudah jadi dengan Tajuddin ini? Kalau marah sangat sebab tidak bertanding lagi PRU 12 dulu, ramai lagi yang tidak bertanding. Ramai juga YB lain yang tidak dicalonkan semula. Mereka tidak marah dan tidak melatah macam Tajuddin. Malah ramai yang jadi su...

Tajuddin Sulaiman - Apa sudah jadi?

Saya terima sms dari seorang rakan lama yang berbunyi :- "Utusan M'sia 13 Mei 08 m.s 4. Isu jual tanah Umno 12 ribu hektar (30 ribu ekar). Dato Tajuddin ex SU Umno Pahang mengaku diarah oleh MB tandatangan PA untuk menyerah tanah Umno kepada Rangkaian Delima bersama Dato Sofee dan Dato Shakar. Kemudian R.Delima jual tanah tersebut kepada Prosper Trading 600 juta. Tajudin cabar MB report polis klu berani untuk siasatan. Kes ini akan jd besar kata bekas SU Umno Pahang itu. Surat telah dihantar kpd semua ahli MT Umno. Hancur lagi Umno..." Saya amat terkejut dengan dakwaan yang dibuat oleh Tajuddin ! Sebagai seorang peguam, saya hendak kaji isu-isu yang dibangkit melalui sms diatas yang saya pecahkan seperti berikut :- 1. Umno jual tanah 12 ribu hektar (30 ribu ekar) 2. MB arah Tajuddin, Dato Soffi (bukan Sofee) dan Dato Sharkar (bukan Shakar) tandatangan PA menyerahkan tanah UMNO kepada Rangkaian Delima. 3. Kemudian Rangkaian Delima jual tanah Umno itu kepada Prosper Trading...

Letak jawatan hilang kelayakan!

Kadang-kadang pelik kenapa pemimpin boleh buat statement yang tak usul periksa dulu. Kaji lah dulu aspek undang-undangnya dan kalau tak tahu tanyalah orang yang tahu. Takut nanti orang gelak kat kita dan kita jadi tersipu-sipu. Kalau seseorang ADUN itu meletak jawatan, selama 5 tahun dari tarikh dia meletak jawatan itu hilang kelayakannya untuk menjadi ADUN semula. Ini termaktub dengan jelas dalam perlembagaan Malaysia dan terpakai juga kepada Negeri, termasuk Perak "Tajol Rosli sanggup letak jawatan ADUN Pengkalan Hulu sebagaimana dilapor di muka surat 4 Utusan Malaysia 12hb Mei 2008.... KUALA KANGSAR 11 Mei - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali sanggup meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Hulu untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan semula di kawasan tersebut. Tajol Rosli yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, beliau tidak takut meletak jawatan kerana yakin boleh memenangi semula kerusi De...

Charged Under Section 4(1) (C) of the Sedition Act

Raja Petra Kamaruddin was charged in Court today for offence under the Sedition Act 1948. The relevant section being reproduced below. BEWARE ALL BLOGGERS ! Sedition means incitement of resistance to or insurrection against lawful authority Under the Sedition Act 1948, Seditious tendency means 3. (1) A “ seditious tendency ” is a tendency— (a) to bring into hatred or contempt or to excite disaffection against any Ruler or against any Government; (b) to excite the subjects of any Ruler or the inhabitants of any territory governed by any Government to attempt to procure in the territory of the Ruler or governed by the Government, the alteration, otherwise than by lawful means, of any matter as by law established; (c) to bring into hatred or contempt or to excite disaffection against the administration of justice in Malaysia or in any State; (d) to raise discontent or disaffection amongst the subjects of the Yang di-Pertuan Agong or of the Ruler of any State or amongst the inhabitants...

Rumah siap pahat berbunyi

PRU 12 - Salah siapa? Kalau hendak diletakkan kesalahan boleh dibuat kesimpulan seperti berikut:- Individu-individu yang perlu disalahkan. 1. Abdullah Badawi - lemah/flip-flop/tidak pandai jelaskan isu/lembik/ucapan yg tidak difahami/slogan yg tiada makna & tidak dipraktikkan/denial sindrome/over-protective of family members/family members acquire instant wealth 2. Khairi Jamaluddin /4th floor boys/Kamaruddin/Kalimullah -pengaruhi PM 3. Khir Toyo -penyapu/demolition of temples 4. Hishammuddin Hussein - keris/lambat ambil tindakan menjelaskan 5. Ali Rustam - keahlian/latihan UMNO/persiapan jentera/ahli utk PRU 6. Radzi Sheikh Ahmad/Shahidan Kassim- gaduh 7. Johari Baharom/Musa Hassan- gaduh 8. Zainuddin Maidin - penerangan gagal/bodohkan bloggers 9. Shafie Afdal- harga barang-gagal kawal/penjelasan 10. Samy Vellu-overstay 11. Koh Tsu Koon-weak & baru ambilalih Gerakan 12. Ong Kah Ting-internal quarrel Individu (on the other side) 1. Tun Dr. Mahathir 2. Anwar Ibrahim 3. Raja Pe...