Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan Pas mohon Putrajaya adakan Referendum bagi penduduk dalam radius 70 km sekitar kilang Lynas di Gebeng. Tahukah dia apa sistem yang negara ini gunapakai? Malaysia gunapakai sistem undi di pilihanraya dan bukannya sistem Plebiscite. Mungkin dia tidak pernah tahu apa yang diperuntukan oleh Perlembagaan Negara. Tidak dapat hendak salahkan beliau kerana semasa beliau menjadi wakil rakyat penggal 1999-2004 pun beliau bukanlah seorang wakil rakyat yang ada pengetahuan mengenai pemerintahan dan sistem pemerintahan demokrasi negara. Kelebihan yg ada pada beliau hanyalah membacakan ayat quran yang beliau fikirkan sesuai untuk politik beliau sahaja. Beliau juga minat untuk tidak membaca ayat quran yang tidak menyebelahi kepentingannya. Kalau pun dia tahu Referendum itu tidak mungkin dapat dilaksanakan, gesaan beliau ini hanya satu permainan politik murahan yang akan exploit penyokong yang tidak tahu apa itu referendum. Beliau akan guna perkataan pungutan...
The truth is often avoided.