Skip to main content

Apa kuasanya Jabatan Ugama Negeri?

Kita semua tahu Pentadbiran Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu adalah bidangkuasa Negeri. Tapi bukankah itu satu undang-undang yang sah dan berkuatkuasa? 

Apabila sesuatu tindakan dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri, boleh kah pihak lain campurtangan? Bolehkah pihak lain perintahkan "tutup mulut'? 

Bukankah tindakan Jabatan Agama itu juga disertai oleh pihak Polis? Jika terdapat kesalahan yang dilakukan bukan sahaja oleh orang Islam atau Melayu, tidakkah Polis boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang Negara yang berkuatkuasa atau yang selalu disebut sebagai undang-undang sivil?

Kalau ternyata ada perbuatan jenayah yang mirip kepada menghasut umat Islam atau Melayu untuk murtad, bukankah itu juga kesalahan jenayah sebagaimana diperuntukkan oleh undang-undang sivil?

Bukankah Perlembagaan Negara memperuntukkan tidak boleh berdakwah atau berdakyah untuk tujuan memesongkan akidah orang Islam di Negara ini? Kenapa pula diperintahkan untuk tutup mulut?

Kalau serbuan dibuat di premis judi atau maksiat lain, Jabatan Agama Islam Negeri juga turut serta? Kepada yang berugama Islam didakwa ikut Enactment Jenayah Syariah? 

Kenapa pula mesti ada rundingan dengan pihak yang ampunya premis? 

Kalau hendak menegakkan Negara Islam bacalah undang-undang yang ada itu sepenuhnya dan patuhi. Jangan campurkan politik dengan pentadbiran ugama atau gunakan ugama untuk terus memerintah tanpa mengira apa juga caranya.

Comments

Popular posts from this blog

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Lawyer setengah lepas enam/ Half past six?

Ada lawyer yang true blue, well cooked and clever. Ada yang opposite dari yang disebut itu. Kalau Mahkamah perintahkan seseorang itu dihukum mati maka permohonan untuk hukum penjara seumur hidup itu terbatal lah dengan sendirinya! Sama lah juga kalau Mahkamah perintahkan lesen memandu si Anu itu dibatalkan maka semua sekali lah batal baik kelas B dan D atau apa-apa kelas pun. Jangan lah pulak kata, si Anu itu masih boleh pakai Lesen L dia sebab mahkamah tak sebut pun dalam perintahnya. Kalau Mahkamah batalkan keputusan dan perbuatan Speaker mengantung kehadiran ahli Dewan maka akibat dari perintah itu, ahli Dewan itu bolehlah hadir dan turut serta prosiding Dewan itu seolah-olah apa yang Speaker buat itu tidak pernah wujud! Itu pun susah nak faham ke? Jangan lah jadi loyar buruk . Half past six !