Skip to main content

Tuan Ibrahim buat malu Pahang

Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan Pas mohon Putrajaya adakan Referendum bagi penduduk dalam radius 70 km sekitar kilang Lynas di Gebeng.

Tahukah dia apa sistem yang negara ini gunapakai? Malaysia gunapakai sistem undi di pilihanraya dan bukannya sistem Plebiscite. Mungkin dia tidak pernah tahu apa yang diperuntukan oleh Perlembagaan Negara. Tidak dapat hendak salahkan beliau kerana semasa beliau menjadi wakil rakyat penggal 1999-2004 pun beliau bukanlah seorang wakil rakyat yang ada pengetahuan mengenai pemerintahan dan sistem pemerintahan demokrasi negara. Kelebihan yg ada pada beliau hanyalah membacakan ayat quran yang beliau fikirkan sesuai untuk politik beliau sahaja. Beliau juga minat untuk tidak membaca ayat quran yang tidak menyebelahi kepentingannya.

Kalau pun dia tahu Referendum itu tidak mungkin dapat dilaksanakan, gesaan beliau ini hanya satu permainan politik murahan yang akan exploit penyokong yang tidak tahu apa itu referendum. Beliau akan guna perkataan pungutan suara atau undi untuk mengelirukan penduduk sekitar 70km radius Gebeng. Ini akan termasuk sekitar Indera Mahkota hingga ke Kemaman/Chukai disebelah utara; sehingga ke Sungai Lembing dan sempadan Jerantut disebelah barat; sehingga ke Gambang dan Pekan disebelah selatannya dan ke Laut China Selatan sebelah Timurnya.

Berapa ramai kah penduduk yang akan terlibat? Fuziah Saleh telah mengatakan sekitar radius 30km Kilang Lynas di Gebeng ada 700 ribu penduduk (which is of course ridiculous and stupid). Kalau 70km radius mungkinlah mengikut kiraan Fuziah itu akan mencecah lebih dari 1.5 juta penduduk (which is also ridiculous and stupid. Pahang itself has not more than 1.8 million total population).

Siapakah yang akan mengendalikan referendum itu nanti? Ini kena tanya Tuan Ibrahim. Tak mungkin mereka mahu guna SPR kerana SPR kepada mereka tidak BERSIH.

Ini permaianan politik murahan Ketua Penerangan Pas yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang. Pas tidak mahu terima nasihat dan pandangan pakar termasuk pakar dari kalangan ahli parlimen Pas sendiri. Kebenaran tidak mahu diterima dan orang seperti Tuan Ibrahim ini hanya buat malu kepada Negeri Pahang.

Apapun, beliau ini memang tidak laku lagi di Pahang dan sudah 2 kali PRU dia kalah dan pastinya anak jati Pahang tidak akan mahu berketuakan beliau ini.

Comments

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...