Skip to main content

Anuwar ada 22 pembelaan tidak liwat Saiful !

Anuwar Ibrahim memilih untuk memberi keterangan dari kandang OKT tanpa sumpah.

Beliau berhak memilih cara itu kerana ianya memang diperuntukan oleh undang-undang; selain pilihan untuk membela diri di kandang saksi dengan mengangkat sumpah berkata benar; atau memilih untuk berdiam diri. (Anuwar tak akan berdiam diri sebab dia memang tidak pandai yang ini)

Adakah Anuwar membela diri atas tuduhan yang dihadapinya? Kalau baca statement nya itu yang edarkan kepada Mahkamah dan juga orang ramai (semoga yang diserah kepada mahkamah sama dengan yang diedarkan kepada orang ramai); antara lain pembelaan beliau adalah seperti berikut :-

  1. Anuwar tidak liwat Saiful sebab Mahkamah tidak bertindak adil kepadanya.
  2. Anuwar tidak liwat Saiful sebab pada tahun 1998 beliau dipecat oleh Dr. Mahathir.
  3. Anuwar tidak liwat Saiful sebab selepas beliau dipecat ada gerakan reformasi.
  4. Anuwar tidak liwat Saiful sebab akibat kezaliman Dr Mahathir, UMNO, Polis dan Peguam Negara, beliau pernah dipenjara selama 15 tahun.
  5. Anuwar tidak liwat Saiful sebab setiap kali dia buat permohonan supaya Hakim Zabidin tarik diri, permohonan dia ditolak.
  6. Anuwar tidak liwat Saiful, sebab Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Malik dalam penghakiman bertulisnya mengata Anuwar dan tolak permohonan Anuwar. Hakim "going out of line" a.k.a outside or offside?
  7. Anuwar tidak liwat Saiful sebab Saiful ada hubungan cinta dengan DPP Farah Azlina Latiff yg juga sudah ada tunang, sama dengan Saiful pun ada tunang.
  8. Anuwar tidak liwat Saiful sebab Mahkamah Rayuan tidak bacakan penghakiman bertulis pada 6 Julai 2011 hari menolak permohonannya untuk tukar hakim dan penghakiman bertulis (written judgment) itu dihantar melalui BC Box lawyer saja pada 11Ogos 2011.
  9. Anuwar tidak liwat Saiful sebab dalam proceeding kes ini, pendakwa tak beri kepada Anuwar semua dokumen, senarai saksi, laporan itu dan ini dan segala benda alah tidak diserahkan kepada Anuwar.
  10. Anuwar tidak liwat Saiful sebab Hakim Zabidin tidak panggil untuk beri penjelasan kepada media seperti TV3 yang siarkan interview dengan Saiful. Hakim Zabidin sepatutnya mesti buat macam Hakim Akhtar Tahir yang panggil media beri tunjuk sebab. Oleh kerana Hakim Zabidin bukan Hakim Akhtar, Anuwar tak liwat Saiful.
  11. Anuwar tidak liwat Saiful sebab Hakim Malik tulis begini dalam penghakimannya :
  " [5] This case will fall in history. It will be chronicled as the only known case in our country or for that matter within the Commonwealth enclave where the appellant as an accused person persistently and consistently filed one application after another in an attempt to recuse the learned judge from hearing and continuing to hear the sodomy trial which is ongoing."
    12. Anuwar tidak liwat Saiful sebab tidak pernah ada sesiapa atau mana-mana pihak yang membuat        permohonan di Mahkamah mengistiharkan dia seorang "vexatious litigant"
    13. Anuwar tidak liwat Saiful sebab selepas diliwat pun Saiful tak mengadu sakit atau trauma, malah lepas kena liwat boleh minum kopi lagi dengan Anuwar. Anuwar pun tak kunci pintu bilik, Saiful tinggi 6 kaki, mana Anuwar yang dah 60 tahun boleh liwat dia. Kalau liwat pasti Saiful tak boleh pergi function PKR pada esoknya.
    14. Anuwar tidak liwat Saiful sebab selepas kena liwat Saiful pergi jumpa Najib dan Rosmah, ada cakap telefon dengan Musa Hassan dan jumpa Rodhwan di hotel.
    15. Anuwar tidak liwat Saiful sebab Supt. Jude Pereira tidak dipanggil sebagai saksi dalam Trial-within-a-trial. .
    16. Anuwar tidak liwat Saiful sebab "sperm" yang dianalisa oleh Ahli Kimia ada masanya tidak diletak dalam Freezer. Ada 43 jam sperm itu tak masuk dalam freezer.
    17. Anuwar tidak liwat Saiful sebab ahli kimia cuai dalam buat kerja.
    18. Anuwar tidak liwat Saiful sebab dia buat quotations dari Quran, Shakespeare, English case reports, Indian case reports dan juga Malayan Law Journals.
    19. Anuwar tidak liwat Saiful sebab dia buat submission yang sepatutnya dia beri keterangan membela diri. Dia ambil alih tugas lawyer, mungkin sebab Karpal Singh dia tak percaya (pernah suruh dia tobat), Param Cumaraswany bukan pandai buat kes jenayah dan Sankaran Nair itu budak suruhan dia sahaja.
    20. Anuwar tidak liwat Saiful sebab Prime Minister Dato' Seri Najib Razak berkonspirasi "to send me into political oblivion by attempting once again to put me behind bars."
    21. Anuwar tidak liwat Saiful sebab Anuwar "I therefore declare that I have no faith whatsoever that justice will prevail in these proceedings notwithstanding the valiant efforts made by my defence team"
    22. Anuwar tidak liwat Saiful sebab dia tak nak mandi kolah lagi di Sungai Buloh dan dia ikut stail Nelson Mendela. Dia hero macam Nelson Mendala!!!

Atas 22 perkara yang telah dikemukakan itu, Anuwar telah berjawa dalam pembelaannya. Anuwar berjaya membelit, menipu, memperkuda, menganjing: bukan saja kerajaan, mahkamah dan polis; malah orang yang menyokongnya, peguam-peguamnya, anak isteri dan keluarganya.

Anuwar tidak perlu angkat sumpah, tapi semua saksi yang dipanggil untuk membelanya semua kena angkat sumpah dan akan kena teruk disoalbalas oleh peguam-peguam. Termasuklah kononnya pakar DNA dari Australia yang dibawa khas.

They got fooled by Anuwar !!! Anuwar hanya bagi speech di mahkamah, yang lain itu diperkudakan untuk bela dirinya, termasuk lawyers !!!




Comments

  1. Salam Dato' Sam ...

    Ambo pun nak bagi penghujahan ... bukan Anwar dalam video China Doll sebab bini Anwar tu Kak Wan ... NOT RELEVANT???

    ReplyDelete
  2. Singh is Kinng,

    Anuwar telah berjaya menimbulkan keraguan, bukan terhadapa tuduhan liwat terhadapnya, tetapi terhadap semua institusi yang ada dalam negara ini, kepada penyokong tegarnya. Apa yg dia ceramah dlm mahkamah itu semuanya tidak relevant utk tujuan membela diri...

    ReplyDelete
  3. Apa yang beliau lakukan ialah satu reformasi.

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...