Monday, August 8, 2011

Interview Saksi

Apa yang kita nak tahu dan mesti buat apabila kita interview saksi?

  • Kita mesti sedia dengan soalan-soalan yang berkaitan,
  • Kita mahu saksi itu menjawab soalan dengan memihak kepada tertuduh,
  • Kita mahu saksi itu dapat membela atau memberi keterangan yang akan berpihak kepada tertuduh.
  • Dengan adanya saksi itu, keterangan beliau nanti akan melepaskan tertuduh dari tuduhan.
Dalam kes Anwar Ibrahim hendak interview Perdana Menteri dengan isteri, apakah yang beliau nak? Bolehkah PM & isteri membela Anwar? Adakah dengan keterangan yang PM atau Isteri berikan nanti akan membuktikan Anwar tidak bersalah dalam tuduhan liwat? Adakah PM atau Isteri boleh sahkan Anwar tidak meliwat?

Jawapannya pasti TIDAK, tetapi kenapa Anwar masih mahu interview PM & Isteri? Bukankah itu delaying tactic sahaja? 

Apa kaitan PM & isteri dengan kes liwat Anwar? Mungkin sebab si pengadu ada berjumpa PM & isteri sebelum buat laporan police. Mungkin mahu tanya samada laporan police itu atas rancangan dan sebagainya?

Soalan yang akan berlega di minda kita ialah, adakah perbuatan meliwat itu berlaku? Adakah dengan si pengadu berjumpa PM atau isteri itu menjadikan perbuatan liwat itu tidak berlaku?

Kepada peguam yang mewakili Anwar, membela anakguaman itu memanglah menjadi tugas dan tanggungjawab. Tapi jangan lah make a mockery of the profession. Defending an accused person must not be tainted with political motives! You are a not a lawyer if you do that, you are just a loyar buruk, really buruk as in hopeless!!!

OK...case adjourned.

2 comments:

  1. Apa motifnya berjumpa Rosmah & Najib sebelum dan selepas di liwat agaknya ye!

    ReplyDelete
  2. Camar berjumpa Rosmah & Najib bukan satu jenayah dan tak perlu motif. Semua rakyat boleh berjumpa

    ReplyDelete

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)