Bagi pelajar undang-undang, mendapatkan kes rujukan adalah satu kepakaran. Namun untuk mendapatkan kes rujukan bagi penangguhan kes, tidak perlukan kepakaran lagi. Setiap hari kita disajikan dengan satu kes yang telah menjadi rekod kalau tidak pun rekod dunia atau Commonwealth, ianya pasti rekod Malaysia! Singapore pun kalah dalam hal ini!
Pasti semua tahu kes apa yang dimaksudkan.
Apabila kita dihadapkan ke Mahkamah atas satu tuduhan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan kita tiada pembelaan yang boleh diterima akal, cara yang paling mudah ialah kita tangguhkan kes sekerap mungkin dan kalau boleh ditangguh kepada tarikh yang jauh.
Direkalah bermacam-macam alasan untuk penangguhan. Lagi lama kes ditangguh lagi bagus kerana itu akan menjauhkan pintu penjara. Mungkin dalam masa penangguhan itu ada saksi yang mati, saksi jadi lupa, saksi jadi hostile dan lain-lain kemungkinan.
Bila sampai ke peringkatan pembelaan dipanggil, apa pula helah untuk tangguh kes? Kita cari alibi, kita minta mahkamah panggil untuk interview saksi yang tiada kaitan langsung dengan kesalahan kita, tapi ada sikit kaitan kerana alasan-alasan yang remeh temeh.
Kita hujahkan sebelum si pengadu membuat laporan polis, dia ada jumpa seseorang dan kita nak tahu apa yang dia bercakap dengan seseorang itu. Tidak cukup dengan seseorang itu, kita libatkan sekali isteri atau suaminya. Kita cari jalan untuk panjangkan cerita...
Saya mohon satu penangguhan kerana saya ada kerja lain selain dari menulis di sini. Tangguh lagi...(sine die).
Comments
Post a Comment
No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)