Malaysian Insider's comment " Titah menyokong Kerajaan BN: Itu hak Tuanku Sultan " Bernama melaporkan " Sultan Pahang Mahu Rakyat Terus Sokong Kerajaan Barisan Nasional " Tidak sampai beberapa jam sahaja laporan itu disiarkan oleh Bernama, sebuah laman blog terus mengambil kesempatan untuk membuat "spin" dengan posting yang berbunyi " Sultan Pahang mahu rakyat terus sokong kerajaan Barisan Nasional...!!!satu-satunya Sultan yang terbabit secara lansung (sic) dengan UMNO@BN...???? " Apakah laporan oleh Bernama itu tepat atau hanya "spinning" juga oleh pemberita yang melaporkan? Kalau dibaca secara teliti, pemberita Bernama menyebut bahawa itu adalah Titah Baginda kepada pemberita. "Di samping itu, jambatan ini juga akan menjadi pemangkin kemajuan ekonomi kepada penduduk di sekitar Bandar Tun Razak, Jerantut dan Temerloh di mana ia memendekkan perjalanan menjadi 22 kilometer sahaja dengan memberi manfaat kepada 60,000 ...
The truth is often avoided.