Skip to main content

Sebat Kartika: Perlu periksa mentalnya dahulu !

Update : SIS ask for stay for Kartika? 
Kartika tidak sabar-sabar lagi mahu disebat dan ramai juga yang menunggu bagaimana sebatan itu akan dijalankan.

Sebatan akan dijalankan dan mesti dijalankan kerana hukuman itu dibuat oleh institusi Mahkamah yang sah di negara ini. Kartika tidak mahu merayu dan apapun rayuan yang dibuat oleh pihak lain bagi pihak Kartika adalah bertentangan dengan kehendak Kartika.
Hukuman sebat itu tidak semestinya dilakukan dipenjara kerana ianya hanya perlu dilaksanakan dihadapan seorang Doktor Kerajaan yang akan mengesahkan Kartika dalam keadaan sihat untuk menjalani sebatan itu. Pastinya juga keadaan kesihatan mental Kartika perlu juga diperiksa oleh Doktor itu. Adakah Kartika dalam keadaan mental yang sempurna untuk menjalani hukuman sebat itu.

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002 menetapkan :-
1. Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter
2. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.
3. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan.
4. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.
5. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
6. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
7. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
8. Pegawai Perubatan Kerajaan akan memperakukan samada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.

Memandangkan ada peruntukan pemeriksaan perubatan sebelum hukuman sebatan terhadap Kartika, saya harap pihak Mahkamah Syariah dan juga Jabatan Agama Islam Pahang akan memastikan keadaan mental Kartika juga diperiksa dengan teliti! 

Bukan hanya mentalnya yang perlu diperiksa, status perkahwinannya juga perlu diperiksa. Di manakah suaminya? Kenapa suaminya tidak pernah muncul sedangkan Kartika ada anak?

Update : Ulasan oleh Harakahdaily 15hb Sept 2009
Update : Kartika tidak mahu diganggu 16hb Sept 2009

Comments

  1. Apa maksud anda menulis ttg Kartika? Nak merayu bagi pihak Kartika jugak ke? Cukup2 la menteri2 yang memperlihatkan kejahilan masing2 dengan menyuruh berbuat demikian. Sepatutnya sebagai umat Islam sejati kita harus berbangga dgn apa yg Kartika sanggup terima. Bukan mempersoalkan hukuman yang sepatutnya lebih berat lagi yg patut dijatuhkan. Sebagai ahli UMNO, aku agak terkilan dan jika tak teragak2 utk menukar undi aku pada PRU13 nnt jika kerajaan masih tidak mahu berubah.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Pemerhati kerana memberi komen. Kalau Tuan baca baik2 apa yg saya tulis, Tuan sepatutnya faham bahawa saya hanya memberi pandangan yg sebelum Kartika disebat, pemeriksaan kesihatan beliau perlu dibuat termasuk kesihatan mentalnya. Itu terkandung dalam undang2.
    Harap anda faham.
    Saya hanya bincang mengenai undang2 dan tidak ada politik.
    Salam

    ReplyDelete
  3. Jika hukuman sebat itu tidak jadi dijalankan, mungkin itu lebih baik. Malaysia tidak perlu mencontohi kerajaan Taliban.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Lia Suraya,
    Jauh sangat bezanya antara hukuman yg telah diperincikan dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 dgn Taliban....
    Salam

    ReplyDelete
  5. Rasanya xde peruntukan check mental. Hanya check kesihatan fizikal. Begitu gak undang2 sivil cam sebatan. Mana ada check mental?
    Apsal kena check status perkahwinan. Xyah seleongkar sampai dalam kain.
    Dia nak merayu itu hak dia. Hak kerajaan(hakim) laksanakan saja hukuman tu. W/p x islamik(mana ada 8 sebatan) dan kejam(cam sebat sivil) laksanakanlah.
    Jangan guna alasan tangguh hormat Ramadhan. program hiburan kat tv x tangguh pun.Xde tukang sebat la. Apala dll.
    Laksanakanlah. Hukuman dah dijatuhkan

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Joe Penang,
    1. Ada peruntukan pemeriksaan kesihatan & termasuk kesihatan mental
    2. Suami perlu tahu hukuman yg hendak dijalankan
    3. Bukan 8 sebatan
    Salam

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...