Malaysian Insider's comment "Titah menyokong Kerajaan BN: Itu hak Tuanku Sultan"
Bernama melaporkan "Sultan Pahang Mahu Rakyat Terus Sokong Kerajaan Barisan Nasional"
Tidak sampai beberapa jam sahaja laporan itu disiarkan oleh Bernama, sebuah laman blog terus mengambil kesempatan untuk membuat "spin" dengan posting yang berbunyi " Sultan Pahang mahu rakyat terus sokong kerajaan Barisan Nasional...!!!satu-satunya Sultan yang terbabit secara lansung (sic) dengan UMNO@BN...????"
Apakah laporan oleh Bernama itu tepat atau hanya "spinning" juga oleh pemberita yang melaporkan?
Kalau dibaca secara teliti, pemberita Bernama menyebut bahawa itu adalah Titah Baginda kepada pemberita.
Namun, sebagai Raja Pemerintah, Tuanku Sultan adalah berhak untuk bertitah demikian kerana kerajaan yang memerintah sekarang adalah kerajaan yang menjalankan pentadbiran bagi pihak Baginda sebagaimana diperuntukkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.
Tuanku Sultan tidak boleh disalah anggap sebagai terbabit secara langsung dengan politik hanya atas titah yang dilaporkan oleh Bernama itu.
Kuasa untuk menyerahkan pentadbiran Negeri kepada pihak yang baginda yakini; dan dimasa ini adalah Barisan Nasional; adalah kuasa Baginda yang tidak layak dipersoalkan oleh penyokong pembangkang kerana itu adalah termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Pastinya apabila baginda yakin bahawa Barisan Nasional mampu untuk memberi dan membawa pembangunan kepada rakyat dan negeri baginda, baginda sudah seharusnya menyeru dan bertitah kepada rakyat baginda bahawa kerajaan sekarang harus terus disokong.
Perkara yang sama akan dititahkan oleh Tuanku Sultan Kelantan dan Kedah (yang mana kedua-dua Negeri itu ditadbir oleh pimpinan Pas) jika sekiranya kerajaan yang menjalankan pentadbiran bagi pihak baginda, melakukan sesuatu yang baik untuk rakyat baginda.(Itu pun jika ada perkara yang baik dilakukan oleh pimpinan Pas disana!)
Titah baginda Sultan menyeru rakyat meneruskan sesuatu yang baik bukan bererti masuk campur urusan politik! Pembangkang tidak berhak memanupulasi keadaan ini dan jangan bawa Kedaulatan Raja-Raja Melayu ke peringkat yang rendah.

"Di samping itu, jambatan ini juga akan menjadi pemangkin kemajuan ekonomi kepada penduduk di sekitar Bandar Tun Razak, Jerantut dan Temerloh di mana ia memendekkan perjalanan menjadi 22 kilometer sahaja dengan memberi manfaat kepada 60,000 orang penduduk dari daerah Jerantut, Temerloh dan Maran," titahnya kepada pemberita selepas melawat tapak jambatan Kuala Krau di sini pada Khamis."Jelas disini bahawa Baginda bukan bertitah kepada rakyat kerana ini bukan petikan titah ucapan yang dibuat dalam majlis yang dihadiri oleh rakyat ditempat Baginda mencemar duli membuat lawatan itu.
Namun, sebagai Raja Pemerintah, Tuanku Sultan adalah berhak untuk bertitah demikian kerana kerajaan yang memerintah sekarang adalah kerajaan yang menjalankan pentadbiran bagi pihak Baginda sebagaimana diperuntukkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.
Tuanku Sultan tidak boleh disalah anggap sebagai terbabit secara langsung dengan politik hanya atas titah yang dilaporkan oleh Bernama itu.
Kuasa untuk menyerahkan pentadbiran Negeri kepada pihak yang baginda yakini; dan dimasa ini adalah Barisan Nasional; adalah kuasa Baginda yang tidak layak dipersoalkan oleh penyokong pembangkang kerana itu adalah termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Pastinya apabila baginda yakin bahawa Barisan Nasional mampu untuk memberi dan membawa pembangunan kepada rakyat dan negeri baginda, baginda sudah seharusnya menyeru dan bertitah kepada rakyat baginda bahawa kerajaan sekarang harus terus disokong.
Perkara yang sama akan dititahkan oleh Tuanku Sultan Kelantan dan Kedah (yang mana kedua-dua Negeri itu ditadbir oleh pimpinan Pas) jika sekiranya kerajaan yang menjalankan pentadbiran bagi pihak baginda, melakukan sesuatu yang baik untuk rakyat baginda.(Itu pun jika ada perkara yang baik dilakukan oleh pimpinan Pas disana!)
Titah baginda Sultan menyeru rakyat meneruskan sesuatu yang baik bukan bererti masuk campur urusan politik! Pembangkang tidak berhak memanupulasi keadaan ini dan jangan bawa Kedaulatan Raja-Raja Melayu ke peringkat yang rendah.
JAMBATAN ITU BANYAK MENDATANGKAN FAEDAH
ReplyDeleteHIDUP JAMBATAN!
Salam DSN..
ReplyDeletejust dropby nak bagitau..
harap Y.A.B Dato' Sri Adnan Yaakob
dapat hidupkan balik personal blog MB Pahang..
Saya yakin,Y.A.B DSAY ada peminat yang tersendiri
harap DSN dapat perpanjangkan perkara ini..
walaupun kecil, tapi besar manfaatnya kepada rakyat.
Salam..
Azlan Zambry
Sg. Buloh, Selangor D.E
Datuk Shamsuddin Nawawi,
ReplyDeleteAdalah lebih bijak jika baginda Sultan menggesa supaya di beri sokongan kepada PRESENT GOVERNMENT dan bukannya PARTI yang menjadi kerajaan sekarang.
Ini untuk mengelakkan dari pendirian politik dan gesaan baginda Sultan dipersendakan.
Bagimana jika ditakdirkan parti politik yang disebut namanya oleh baginda supaya diberi sokongan kalah pilihanraya dan tidak lagi memerintah di masa akan datang?
Si Tampok Manggis,
ReplyDeleteTerima kasih atas komen tuan. Itu lah yg saya maksudkan, mungkin pemberita Bernama itu buat spin laporan ini.
Salam Tuan
I don't think Bernama is doing the spinning since it is the gomen organ. Maybe the reporter is still green in his/her field and does not know how to make a good reporting. Remember the on-going case of RTM and UM reporters being grilled by Singh's brother during the sedition trial and the answers given during the cross-examniation????
ReplyDeleteIni adalah mesej peribadi untuk Tuan, mohon jasa baik supaya mesej ini tidak diterbitkan dalam blog ini.
ReplyDelete“Kita semua ingin melihat BN menang di Bagan Pinang sekaligus menyampaikan mesej bahawa PR boleh dikalahkan dan bukan kebal. Atas semangat itu, marilah kita memberikan sokongan dan tidak menghentam sesiapa sahaja yang akan diumumkan sebagai calon BN petang ini dan tidak mengkritik pemimpin atau parti sepanjang tempoh kempen pilihanraya Bagan Pinang.”
p/s Mohon saudara berikan emel kepada emel bicararakyat@gmail.com untuk memudahkan komunikasi dan penyaluran maklumat semasa tentang pilihanraya Bagan Pinang.
Bicara Rakyat,
ReplyDeleteApa maksud anda "Ini adalah mesej peribadi untuk Tuan, mohon jasa baik supaya mesej ini tidak diterbitkan dalam blog ini."
DON'T U SEE THAT I HAD STATED "No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)"