Skip to main content

The Art of Spinning

Malaysian Insider's comment "Titah menyokong Kerajaan BN: Itu hak Tuanku Sultan"

Bernama melaporkan "Sultan Pahang Mahu Rakyat Terus Sokong Kerajaan Barisan Nasional"




Tidak sampai beberapa jam sahaja laporan itu disiarkan oleh Bernama, sebuah laman blog terus mengambil kesempatan untuk membuat "spin" dengan posting yang berbunyi " Sultan Pahang mahu rakyat terus sokong kerajaan Barisan Nasional...!!!satu-satunya Sultan yang terbabit secara lansung (sic) dengan UMNO@BN...????"


Apakah laporan oleh Bernama itu tepat atau hanya "spinning" juga oleh pemberita yang melaporkan?
Kalau dibaca secara teliti, pemberita Bernama menyebut bahawa itu adalah Titah Baginda kepada pemberita.
"Di samping itu, jambatan ini juga akan menjadi pemangkin kemajuan ekonomi kepada penduduk di sekitar Bandar Tun Razak, Jerantut dan Temerloh di mana ia memendekkan perjalanan menjadi 22 kilometer sahaja dengan memberi manfaat kepada 60,000 orang penduduk dari daerah Jerantut, Temerloh dan Maran," titahnya kepada pemberita selepas melawat tapak jambatan Kuala Krau di sini pada Khamis."

Jelas disini bahawa Baginda bukan bertitah kepada rakyat kerana ini bukan petikan titah ucapan yang dibuat dalam majlis yang dihadiri oleh rakyat ditempat Baginda mencemar duli membuat lawatan itu.

Namun, sebagai Raja Pemerintah, Tuanku Sultan adalah berhak untuk bertitah demikian kerana kerajaan yang memerintah sekarang adalah kerajaan yang menjalankan pentadbiran bagi pihak Baginda sebagaimana diperuntukkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.

Tuanku Sultan tidak boleh disalah anggap sebagai terbabit secara langsung dengan politik hanya atas titah yang dilaporkan oleh Bernama itu.

Kuasa untuk menyerahkan pentadbiran Negeri kepada pihak yang baginda yakini; dan dimasa ini adalah Barisan Nasional; adalah kuasa Baginda yang tidak layak dipersoalkan oleh penyokong pembangkang kerana itu adalah termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Pastinya apabila baginda yakin bahawa Barisan Nasional mampu untuk memberi dan membawa pembangunan kepada rakyat dan negeri baginda, baginda sudah seharusnya menyeru dan bertitah kepada rakyat baginda bahawa kerajaan sekarang harus terus disokong.

Perkara yang sama akan dititahkan oleh Tuanku Sultan Kelantan dan Kedah (yang mana kedua-dua Negeri itu ditadbir oleh pimpinan Pas) jika sekiranya kerajaan yang menjalankan pentadbiran bagi pihak baginda, melakukan sesuatu yang baik untuk rakyat baginda.(Itu pun jika ada perkara yang baik dilakukan oleh pimpinan Pas disana!)

Titah baginda Sultan menyeru rakyat meneruskan sesuatu yang baik bukan bererti masuk campur urusan politik! Pembangkang tidak berhak memanupulasi keadaan ini dan jangan bawa Kedaulatan Raja-Raja Melayu ke peringkat yang rendah.

Comments

  1. JAMBATAN ITU BANYAK MENDATANGKAN FAEDAH
    HIDUP JAMBATAN!

    ReplyDelete
  2. Salam DSN..
    just dropby nak bagitau..
    harap Y.A.B Dato' Sri Adnan Yaakob
    dapat hidupkan balik personal blog MB Pahang..

    Saya yakin,Y.A.B DSAY ada peminat yang tersendiri
    harap DSN dapat perpanjangkan perkara ini..
    walaupun kecil, tapi besar manfaatnya kepada rakyat.

    Salam..

    Azlan Zambry
    Sg. Buloh, Selangor D.E

    ReplyDelete
  3. Datuk Shamsuddin Nawawi,

    Adalah lebih bijak jika baginda Sultan menggesa supaya di beri sokongan kepada PRESENT GOVERNMENT dan bukannya PARTI yang menjadi kerajaan sekarang.

    Ini untuk mengelakkan dari pendirian politik dan gesaan baginda Sultan dipersendakan.

    Bagimana jika ditakdirkan parti politik yang disebut namanya oleh baginda supaya diberi sokongan kalah pilihanraya dan tidak lagi memerintah di masa akan datang?

    ReplyDelete
  4. Si Tampok Manggis,
    Terima kasih atas komen tuan. Itu lah yg saya maksudkan, mungkin pemberita Bernama itu buat spin laporan ini.
    Salam Tuan

    ReplyDelete
  5. I don't think Bernama is doing the spinning since it is the gomen organ. Maybe the reporter is still green in his/her field and does not know how to make a good reporting. Remember the on-going case of RTM and UM reporters being grilled by Singh's brother during the sedition trial and the answers given during the cross-examniation????

    ReplyDelete
  6. Ini adalah mesej peribadi untuk Tuan, mohon jasa baik supaya mesej ini tidak diterbitkan dalam blog ini.

    “Kita semua ingin melihat BN menang di Bagan Pinang sekaligus menyampaikan mesej bahawa PR boleh dikalahkan dan bukan kebal. Atas semangat itu, marilah kita memberikan sokongan dan tidak menghentam sesiapa sahaja yang akan diumumkan sebagai calon BN petang ini dan tidak mengkritik pemimpin atau parti sepanjang tempoh kempen pilihanraya Bagan Pinang.”

    p/s Mohon saudara berikan emel kepada emel bicararakyat@gmail.com untuk memudahkan komunikasi dan penyaluran maklumat semasa tentang pilihanraya Bagan Pinang.

    ReplyDelete
  7. Bicara Rakyat,
    Apa maksud anda "Ini adalah mesej peribadi untuk Tuan, mohon jasa baik supaya mesej ini tidak diterbitkan dalam blog ini."

    DON'T U SEE THAT I HAD STATED "No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)"

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir