YAB Dato' Sri Haji Adnan Bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang bersedia merundingkan semula terma dan syarat bekalan air mentah ke Selangor. Namun beliau belum lagi berjumpa dengan Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Bagi pihak Pahang, segala terma dan syarat perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan Selangor dibawah BN dahulu masih sanggup di patuhi. Kalau Selangor dibawah Pakatan Rakyat sekarang mahu mengkaji semula terma-terma pun boleh. Pahang masih boleh berunding. Begitu lah gentlemannya Pahang dibawah pimpinan YAB Dato' Sri Adnan. Teringat saya satu pantun yang selalu disebut oleh Jenderal Talib dari Temerloh. Sungai Pahang airnya deras, Sudahlah deras berliku-liku, Orang Pahang hatinya keras, Walau keras mudah tertipu! (Jenderal Talib bukan jenderal betul. Dia hanya seorang private dalam askar Force 136. Pangkat Jeneral tu diberi oleh Tun Razak secara suka-suka dan lekat sampai sekarang). Pantun itu direka semasa Pahang masih lagi menggunakan sung...
The truth is often avoided.