Skip to main content

Bekalan air mentah Pahang ke Selangor

YAB Dato' Sri Haji Adnan Bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang bersedia merundingkan semula terma dan syarat bekalan air mentah ke Selangor. Namun beliau belum lagi berjumpa dengan Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bagi pihak Pahang, segala terma dan syarat perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan Selangor dibawah BN dahulu masih sanggup di patuhi. Kalau Selangor dibawah Pakatan Rakyat sekarang mahu mengkaji semula terma-terma pun boleh. Pahang masih boleh berunding.
Begitu lah gentlemannya Pahang dibawah pimpinan YAB Dato' Sri Adnan.
Teringat saya satu pantun yang selalu disebut oleh Jenderal Talib dari Temerloh.
Sungai Pahang airnya deras,
Sudahlah deras berliku-liku,
Orang Pahang hatinya keras,
Walau keras mudah tertipu!
(Jenderal Talib bukan jenderal betul. Dia hanya seorang private dalam askar Force 136. Pangkat Jeneral tu diberi oleh Tun Razak secara suka-suka dan lekat sampai sekarang).
Pantun itu direka semasa Pahang masih lagi menggunakan sungai sebagai pengangkutan dan perhubungan. Sekarang Pahang sudah tidak guna sungai lagi. Sungai hanya untuk berakit dan berpesta saja. Namun sungai masih lagi menjadi punca air.
Sekarang Pahang sudah guna pantun begini :-
Sungai Pahang laluan pesta berakit,
Turut serta Raja dan rakyat jelata,
Orang Pahang jangan diputarbelit,
Tak tentu pasal lebam biji mata!
OK Khalid....berunding boleh, menipu jangan! Putarbelit jangan!

Comments

  1. Assalamualaikum
    Dato' berkenaan air sungai Pahang dan bekalan air di negeri Pahang rasanya dah bertahun saya rasa kecewa.
    Walaupun saya balik sekali sekala ke negeri Pahang tempat saya di lahirkan, namun bekalan air selalu sahaja tergendala dgn alasan paip pecah atau tekanan rendah. Ianya bukan baru sebulan tapi dah bertahun masalah yg sama masih berlaku.
    Sejak kecil saya dibesarkan di tepi sungai Pahang bila balik sekali sekala tengok sungai Pahang dulu jernih airnya tapi sekarang pekat warnanya macam teh tarik.....

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...