Skip to main content

Perdana V6 Executive or Mercedes E200 Kompressor

Terengganu dah pakai Mercedes E200 buatan Pekan Pahang.
Pahang masih lagi pakai Perdana V6.
Sepatutnya Pahang lah mula pakai kereta Mercedes tu sebab dibuat di Pekan Pahang. Bila lagi nak promosi buatan tempatan hasil tangan orang Pekan setanding dengan orang German.
Kenapa tak patut pilih Perdana V6?
1. Gearbox banyak masalah. Dalam "D" boleh tiba-tiba tukar "N". Bayangkan kalau sedang memotong kenderaan lain. Tiba-tiba tak ada gear, kereta depan pun sampai...
2. Tiada airbag. Bayangan bawa VIP penting Negeri. Kalau accident parah. Tak kan hendak pilihanraya kecil pulak.
3. Dari pengalaman, Perdana V6 memang seronok dipandu 2 tahun yang pertama. Lepas itu mulalah masalah sana sini. Mula lah gearbox buat hal.
4. Dalam bandar, Perdana V6 memang OK. Tapi kalau jalan luar bandar macam di Pahang, memang masalah. 2 tahun habis semua bergegar.
5. Jangan samakan Perdana V6 yang dipakai di Pahang dengan Melaka atau Perlis. 10 kali pusing Melaka dengan Perlis tak habis separuh Pahang pun.
6. Spare parts Perdana V6 mahal. Tukar gearbox RM25,000 (baru) RM13,000 (recond). Itu belum masuk labour charge dan lain-lain. Jangan kiralah hati sakit tu.
7. Jangka hayat Perdana V6 tinggi2 pun 10 tahun. Lepas 5 tahun pun tak ada siapa nak beli secondhand. Mercedes kalau dijaga baik2, 20 tahun pun masih boleh diguna macam baru.
8. Banyak lagi perbandingan yang tak perlu sebut...
Satu saja pandangan.
Gunalah Mercedes itu TAPI tukar perkeliling yang kata pembelian tiap-tiap 5 tahun (1 penggal) kepada 10 tahun (2 penggal).

Comments

  1. Dato' Do not argeed with ur comment,kindly refer to The Star today.

    ReplyDelete
  2. Kalau beli kereta yang murah sikit pun tak pe... Camry pun ok jugak..

    ReplyDelete
  3. Francis,
    Thanks for "Do not agreed" with me. The Star talks about privately owned Perdana. Pls appreciate the different with Govt. owned cars. Govt. owned cars have many drivers & travelled long distance too often & at times non stop. In Pahang, travelling 15,000 km per week is common. Proton can't stand the strain. Compare to Mercedes...no match Francis! The Pahang MB is still using the Mercedes from the time of DS Najib as MB i.e 1982 (26 years). Tell me if the Perdana can be in that good condition after 26 years?

    Letting the time pass me by...
    Bukan masalah Camry ni... Saya kata Mercedes tu pasang di Pekan Pahang. Kalau kerajaan Pahang yg pakai, bolehlah promosi kata hasil tangan pekerja anak Pekan setanding dengan hasil tangan pekerja di Jerman. Dan saya rasa Camry tak setahan Mercedes utk kegunaan lasak.
    Salam.

    ReplyDelete
  4. Dato'Sam,
    U hv ur points,but public look at otherwise,MERCEDES MA...........

    ReplyDelete
  5. Dato' Kalau nak beli M/Benz E200 or what other models,dun run down Malaysian make car lah........Govt. running down Malaysian make car,how r we going to market for our brand.Malaysia Boleh Ma..........

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Francis,
    Not running down Proton la bro. Its telling Proton to pull their socks. If not how to compete in the world market.

    ReplyDelete
  8. KUALA TERENGGANU: Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has given his blessings to the state government to use the Mercedes E200 Kompressors as official cars.

    Terengganu Mentri Besar Datuk Ahmad Said said this at a press conference here on Friday.

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...