Thursday, January 27, 2011

Inquest vs. Suruhanjaya Siasatan

Hari 27hb Januari, 2011 ini dilaporkan penubuhan Commission of Inquiry to look into Teoh’s death

Sebelum dari penubuhan Surahanjaya Siasatan ini, semua sedia maklum keputusan Inquest yang telah dibuat oleh Coroner "which is neither here nor there" 
Inquest itu dijalankan melalui kuasa yang diperuntukan oleh CPC,

Manakala Suruhanjaya Siasatan ini pula ditubuhkan dibawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119)

Coroner dan Pesuruhjaya Siasatan masing-masing mempunyai kuasa Majistret Kelas Satu.
Sebagaimana lazimnya keputusan Coroner dalam Inquest itu boleh dibuat rayuan atau semakan di Mahkamah Tinggi dan sedang dalam proses. 

Apakah akan ada percanggahan diantara findings Suruhanjaya Siasatan itu nanti dengan findings Inquest itu diperingakat Mahkamah yang lebih tinggi?

Kalau berlaku percanggahan, apakah yang akan berlaku? Adakah kita, terutamanya pihak-pihak yang berkepentingan, akan menerima keputusan Suruhanjaya Siasatan atau pun keputusan Hakim?

Tidakkah elok kalau proses rayuan/semakan dibuat dahulu di Mahkamah Tinggi sebelum bertindak menubuhkan Suruhanjaya? Atau adakah lebih baik kalau dari dulu terus ditubuhkan suruhanjaya siasatan? 

Dari segi undang-undang, kuasa Coroner melalui CPC adalah sama dengan kuasa Suruhanjaya melalui Akta Suruhanjaya Siasatan. Mungkin kita mahu melihat satu keputusan yang berpijak di alam nyata dan bukannya "neither here nor there"? Lagi cepat perkara ini diselesaikan lagi bagus kepada semua pihak...

Wednesday, January 26, 2011

Agree. Period!

This photo-capture say it all.
p/s Bukan yang pakai uniform saja. Yang tak pakai uniform seperti cawangan khas pun mesti fit. Kalau tak fit nanti mereka buat laporan analisa dan cadangan melalui hearsay saja atau lebih malang kalau "laporan meja" sahaja.
(Need to say it Malay so that more of them will understand)

Thursday, January 20, 2011

Kuasa Speaker atau Kuasa Dewan Negeri?

Kita sedia maklum kalau Wakil Rakyat tidak hadir persidangan Dewan Negeri secara berturut-turut selama 6 bulan, kerusinya boleh diistiharkan kosong dan pilihanraya semula atau pilihanraya kecil terpaksa diadakan.

Soalannya adakah kuasa mengistiharkan kekosongan itu pada Dewan Negeri atau pada Speaker seorang diri? Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang dengan jelas memperuntukan kuasa itu pada Dewan Negeri dan bukannya pada Speaker secara seorang diri. 


Perkara 24 dan 25 seperti yang dipamirkan diatas dengan jelas menyebut Dewan Negeri dan bukannya Speaker secara bersendirian. Jika peruntukan menentukan kekosongan itu boleh dibuat seorang diri oleh Speaker, pastinya pengubal Undang-Undang Tubuh itu akan menyatakan secara specific seperti yang boleh kita baca pada Perkara 23.

Peruntukan yang sama juga terpakai di Parlimen.
Article number: 52 
52. 
    (1) If a member of either House of Parliament is without the leave of the House absent from 
every sitting of the House for a period of six months the House may declare his seat vacant. 
    (2) A member of either House of Parliament who has been granted leave of absence from the 
sittings of the House of which he is a member shall not, for the duration of such leave, participate 
in any manner in the affairs and business of that House
Article number: 53 
53. 
    (1) If any question arises whether a member of a House of Parliament has become disqualified 
for membership, the decision of that House shall be taken and shall be final: 
Provided that this Article shall not be taken to prevent the practice of the House postponing a 
decision in order to allow for the taking or determination of any proceedings that may affect the 
decision (including proceedings for the removal of the disqualification). 
    (2) Where a member of either House of Parliament becomes disqualified under paragraph (e) of 
Clause (1) of Article 48 or under a federal law made in pursuance of Clause (2) of Article 48, 
Clause (1) shall not apply and he shall cease to be a member of that House, and his seat shall 
become vacant, immediately upon his disqualification taking effect in accordance with Clause (4) 
of Article 48. 
Bagaimanakah Dewan Negeri memutuskan kekosongan akibat ketidakhadiran persidangan selama 6 bulan itu? Pastinya melalui suatu usul yang mesti dikemukakan di masa persidangan Dewan Negeri untuk merujuk Wakil Rakyat itu ke Jawatankuasa Hak & Keistimewaan dengan segala bukti ketidakhadiran dikemukakan dan Wakil Rakyat itu diberi peluang untuk membela diri dan peluang untuk membuktikan bahawa tuduhan tidak hadir itu adalah tidak benar. 

Diatas keputusan dan cadangan oleh Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, barulah boleh diistiharkan kekosongan telah berlaku dan pengistiharan itu dibuat oleh Dewan Negeri yang dipengerusikan oleh Speaker dan keputusan itu adalah MUKTAMAD. Setelah dimuktamadkan, adalah menjadi tanggungjawab Speaker untuk memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya untuk mengadakan pilihanraya kecil. Tiada lagi rayuan boleh dibuat oleh Wakil Rakyat itu samada kepada SPR ataupun kepada Mahkamah. SPR juga tiada hak untuk mempersoalkan keputusan Dewan Negeri itu atau untuk mengambil keterangan lain dari Wakil Rakyat yang terlibat. Dalam hal itu, SPR hanyalah berkuasa untuk menjalankan pilihanraya dan bukannya mempunyai kuasa untuk menentukan samada telah berlaku kekosongan kerusi atau pun tidak.

Keadaan yang dibincangkan diatas adalah yang berkaitan dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang dan peruntukan yang sama bagi Parlimen Malaysia. Keadaan bagi negeri lain mungkin berbeza, mungkin juga sama. 

Monday, January 17, 2011

Karpal mana mau pusingh?

I read Karpal Bulsh*tting Again and I can't agree more. What 6 years is Karpal talking about?

Is Umi Hafilda suing Karpal for Contract or Tort? Was it for fraud or for fraudulent conduct or for misconduct as an advocate & solicitor?

Lets have a look at the Limitation Act 1953 (revised 1981) here.

You can pusing some people some time but not all the people all the time...

Thursday, January 13, 2011

Cerita Datuk-Datuk

Minggu ini ada 2 cerita mengenai Datuk-Datuk yang menarik. 

Yang pertama cerita Dr. Khir Toyo " memulangkan sementara pingat darjah kebesaran Selangor Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran Dato Seri."


Yang kedua cerita mengenai Mohamad Ali Bahrom meminta maaf sebab selama ini guna Datuk palsu.
Mohamad Ali Bahorom ini juga dikenali sebagai Ali Tinju dalam Facebook


Untuk cerita pertama, kalau hendak pulangkan janganlah letak syarat "sementara". Kalau masih ada taat setia kepada DYMM Sultan, mohon lah mengadap dulu. Dapatkan perkenan Tuanku dahulu sebelum mengutus surat. Sebagai Dato' Seri, mengadap lebih baik dari mengutus surat sahaja. Kalau letak syarat "sementara" itu maknanya mahukan semula. Semula itu bila? Selepas selesai perbicaraan di Mahkamah? Takut terpalit darjah kurniaan itu dengan perbicaraan di Mahkamah? Bagaimana pula dengan gelaran Dr. yang dipakai sekarang? Tidak itu juga akan terpalit? Apa-apa pun, buatlah apa yang patut. Jangan terpalit pula kepada orang lain permainan politik kita sudah lah...

Untuk cerita yang kedua, bagus sangat lah atas kesedaran itu. Mengaku kesalahan dan meminta maaf adalah kerja seorang gentleman. Kata orang, meminta maaf lebih mudah dari minta izin! Mungkinkah ada lagi yang mahu minta maaf? Bagi yang ada Datuk palsu satu bab lah, bagaimana pula yang ada ijazah, masters dan PhD palsu? Ingat lah....minta maaf lebih mudah dari minta izin!

Wednesday, January 12, 2011

Pinda Undang-undang Tubuh Negeri : Kuasa siapa yang hendak dikembalikan?

Pindaan Undang-undang Tubuh Negeri yang sedang hangat diperkatakan adalah pindaan yang dibuat pada tahun 1993. Apabila muncul suasana perlantikan SUK yang tidak disenangi oleh MB, ada negeri yang mahukan kuasa itu diberikan sepenuhnya kembali kepada DYMM Sultan. 

Siapa sebenarnya yang mahu dikembalikan kuasa? Adakah DYMM Sultan atau Menteri Besar? Yang kita faham, DYMM Sultan tiada masalah dengan perlantikan SUK itu. Yang merungut dan membantah ialah MB!

Apa kata kalau Undang-undang Tubuh Negeri, kita pinda kepada keadaan sebelum 1993 and beyond? 

Saya ada kedua-dua naskhah Undang-undang Tubuh Negeri Pahang yang dicetak pada tahun 1983 dan juga naskhah tahun 2002.

(Ini naskhah yang dicetak tahun 1983)
(Ini naskhah yang dicetak tahun 2002)

Kalau ada yang bersemangat sangat untuk mengembalikan kuasa DYMM Sultan sebagai Raja Pemerintah, apa kata dipinda seperti berikut:-
  1. Sultan diberi kuasa mutlak melantik dan memecat MB atas pertimbangan baginda sendiri.
  2. Sultan diberi kuasa mutlak membubarkan DUN atas pertimbangan baginda sendiri.
  3. Sultan diberi kuasa mutlak memanggil dan memberhentikan Sidang DUN atas pertimbangan baginda sendiri. Tiada sidang DUN boleh dijalankan tanpa titah perkenan baginda sendiri.
  4. Sultan diberi kuasa mutlak melantik, memecat dan merombak EXCO Negeri atas pertimbangan baginda sendiri.
  5. Sultan diberi kuasa mutlak melantik SS, LA & SFinO Negeri atas pertimbangan baginda sendiri.
  6. Sultan diberi kuasa mutlak melantik, memecat atau memindahkan semua ketua jabatan yang ada dalam negeri baginda diatas pertimbangan baginda sendiri.
  7. Sultan diberi kuasa mutlak untuk menghalau keluar sesiapa sahaja yang derhaka, kurang ajar atau mengeluarkan kata-kata yang menghasut atau memfitnah atas pertimbangan baginda sendiri.
  8. Sultan diberi kuasa menerima atau menolak apa-apa juga Rang Undang-undang yang telah diluluskan oleh DUN. Tiada rang undang-undang menjadi undang-undang tanpa perkenan Sultan sendiri diatas pertimbangan baginda sendiri.
  9. Secara amnya, Sultan adalah Raja Pemerintah Negeri dan semua yang lain adalah menjalankan tugas atas kehendak baginda.
  10. Apa juga perlakuan baginda, Sultan tidak boleh didakwa di mana-mana Mahkamah sekali pun.
Adakah itu sebenarnya yang dikehendaki? Atau yang dikehendaki itu ialah Menteri Besar mesti menentukan siapa pegawai atau ketua jabatan negeri? Menteri Besar hendakkan kuasa memilih, melantik dan mendapat taat setia dari pegawai tinggi negeri? Dan semua mesti taat patuh kepada ideology parti yang MB anggotai dan anuti?

Ada negeri akan bentangkan pindaan Undang-undang Tubuh pada 24hb Januari 2011. Kita sama-sama tunggu, pindaan apa yang akan dibentangkan? Adakah pindaan untuk kembalikan kuasa DYMM Sultan atau untuk menambah kuasa Menteri Besar? Adakah kuasa Menteri Besar sebagaimana diperuntukkan selepas pindaan tahun 1993 tidak mencukupi? Atau Menteri Besar mahukan kuasa setara dengan kuasa DYMM Sultan? Ke arah mana negeri itu mahu pergi?

UMNO leaders in Catch 22?

This article by Matthias Chang deserve a special mention. One might agree or disagree but we have agreed to disagree and so be it. We are indeed in a catch 22 situation.



Two-Third Majority – The Death Knell For All 
Future UMNO / Barisan Nasional Leaders 

I only wish to repeat what Matthias said : Please don't kill the messenger!

Monday, January 10, 2011

SUK penting kepada Negeri. Politikus boleh datang dan pergi...

Carta Organisasi Kerajaan Negeri Selangor
Di atas sekali ada DYMM Sultan dan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah mengawal :-
  • Jabatan Kerajaan Negeri
  • Badan Berkanun Negeri
  • Pentadbiran Daerah
  • Penguasa Tempatan
  • Agensi Kerajaan Persekutuan
  • Syarikat Kerajaan Negeri - MBI, KDEB, PNSB
Setiausaha Kerajaan Negeri sekarang adalah yang ke 29 iaitu YB Dato' Haji Mohammed Khusrin Bin Hj. Munawi
Rajah ini pula adalah tugas-tugas yang perlu dijalankan dan dibawah seliaan dan kawalan YB SUK :-

Begitu penting tugas-tugas YB SUK kepada Negeri. Secara rasminya Mesyuarat Mingguan MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan) lah waktu dan ketika laporan mengenai perjalanan kerajaan Negeri dilaporkan oleh YB SUK untuk makluman dan tindakan kerajaan.
Bagaimana kah laporan, perkembangan dan prestasi kerajaan dapat dilaporkan kalau YB SUK tidak diiktraf sebagai ahli MMK kalau dilihat kekosongan penyandang dalam carta dibawah?
Kalau ikut Carta Organisasi Negeri yang meletakkan DYMM Sultan sebagai Ketua Negeri, bukankah sepatutnya  segala arahan dan perkenan baginda mesti dipatuhi? Bukankah juga ianya amalan universal, sebelum undang-undang dan peraturan dipinda, undang-undang dan peraturan yang sedia ada adalah terpakai dan mesti dipatuhi?

Sumber carta dan rajah : http://www.selangor.gov.my/main.php

Sunday, January 9, 2011

Masukkan Karpal Singh di Kandang Saksi.

YB Zulkifli Nordin menulis dengan detail perlakuan menyalahi etika peguam oleh Karpal Singh dalam postingnya yg boleh dibaca di sini. Kalau Karpal Singh masih ada etika sebagai seorang peguam, beliau sepatutnya menarik diri dari terus mewakili Anwar Ibrahim. Kalau beliau beberapa kali membuat permohonan supaya Hakim dan Pendakwaraya menarik diri, kali ini tiba masa untuk beliau menjadi waras dan bertindak secara yang honourable.

Bagi peguam yang biasa mengendalikan kes jenayah, berbagai cara dan pendekatan diambil untuk memberikan pembelaan yang berkesan. Ada yang bertanya kepada Orang Kena Tuduh (OKT) supaya memberitahu apa sebenarnya yang berlaku; bertanya samada jenayah itu dilakukan atau tidak. Kalau dilakukan, apakah sebabnya dan daripada situ dicari jalan dan peruntukan undang-undang yang boleh membebaskan OKT ataupun dinasihatkan untuk mengaku bersalah dan dicari pula peruntukan undang-undang untuk meringankan hukuman terhadapnya.

Mungkin juga ada yang terus terima sahaja untuk mewakili OKT kerana dengan mewakili OKT, peguam itu mendapat sesuatu yang lumayan samada kewangan dengan legal fees yang banyak atau publicity yang sekarang ini diistilahkan sebagai High Profile cases.

Karpal Singh pernah mempunyai maklumat mengenai kegiatan jenayah liwat Anwar Ibrahim melalui hubungannya sebagai peguam kepada Azizan dan Umi Hafilda yang boleh dibaca di sini

Adakah Karpal Singh tidak pula bertanya kepada Anwar Ibrahim tentang perkara yang beliau pernah ada information? Atau apakah yang ada dalam otak Karpal Singh apabila beliau sanggup pula untuk membela Anwar Ibrahim? Adakah kerana publicity yang akan diperolehi atau keuntungan kewangan melalui legal fees yang banyak? Kalau itu lah pilihannya, Karpal Singh langsung tidak ada ethics dan tidak peduli dengan ethics.

Adakah Karpal Singh mewakili Anwar Ibrahim dengan arahan untuk melengah-lengahkan kesnya? Lagi lambat sesuatu kes diselesaikan lagi bagus untuk OKT kerana dalam tempoh masa yang lama, mungkin ada saksi yang lupa apa keterangan yang patut dikemukakan di mahkamah atau mungkin juga akan ada saksi yang meninggal dunia. Kalau saksi dikalangan polis pula, mungkin polis itu akan pencen dan bila pencen, mungkin polis itu akan beri keterangan dengan cara yang lain, yang lebih hostile atau yang boleh jadi seperti seorang hamba Allah bernama Mat Zain Ibrahim.

YB Zulkifli Nordin juga pernah mewakili Anwar Ibrahim. Apakah pula maklumat yang beliau ada? Biarlah itu rahsia kerana adalah juga menjadi Code of Ethics peguam supaya tidak mendedahkan privileged and confidential communication antaranya dengan bekas anakguamannya. Adios juga untuk YB Zulkifli Nordin. Adios...

Wednesday, January 5, 2011

Wakil Rakyat as Street Demonstrators

Of course I agree there is no need for the consent of the MB to appoint a State Secretary as correctly reported by the NST which can be read here. I agree with the AG but the other 2 other persons quoted in the same article are talking nonsense! Why must NST write about facts and craps in the same page, is for them to answer! 

BUT, something went wrong or some legal advisors were wrongly appointed when they drafted the State Constitutions. How could it be that there must be 2 Oaths to be taken by the State Secretary before he can effectively perform his function? First The Oath of Office  and Loyalty AND then the Oath of Secrecy? The first before the Sultan and the latter before the Menteri Besar! 

Didn't they envisage any difficulty in getting it done when they drafted the Constitution in 1993? Or they never expected a recalcitrant person to be appointed an MB?

Didn't they realise that it would have been better that the Oath of Office must incorporate the Oath of Secrecy too? They did well in the Oath of Office for the MB and EXCOs which included the oath of secrecy.

Tapi, kalau mahu salahkan pengubal undang-undang saja, tak patut. Sebelum ia jadi undang-undang, ia adalah Rang Undang-undang yang dibentang di Dewan Undangan Negeri dulu. Di Dewan Undangan Negeri, Wakil Rakyat yang berfungsi sebagai pengubal undang-undang, tak buat homework kah? Tak baca, tak fikir dulu? Apa pun rang undang-undang, yang dibentangkan, Wakil Rakyat terus setuju? Tiada bantahan, tiada cadangan pindaan? 

Now we know, to be Wakil Rakyat is not for gullible or public speakers who don't read! Speaking at public rallies with shouts of "takbir" and "reformasi"  is easy. Reading and thinking about consequences are not as easy! Will it be worst if Wakil Rakyats are also street demonstrators?

Tuesday, January 4, 2011

Siapa kata pindaan 1993 lucutkan kuasa Sultan lantik SS,LA & SFinO?

Ada yang kata selepas pindaan 1993, kuasa Sultan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri dilucutkan? Saya pamirkan di sini Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang sebelum 1993 dan juga selepas 1993 mengenai perkara yang berkaitan. Saya hanya mahu menyatakan kedudukan di Pahang. Di negeri lain, saya tidak ada dokumen undang-undang tubuh sebelum 1993, tapi yang saya lihat, hasil dari pindaan 1993, Perkara 11 dalam Undang-undang Tubuh Pahang dengan Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor jadi seragam. 
Sila perhatikan Perkara 11 mengenai Setiausaha Kerajaan.
Sila perhatikan Perkara 12 - Penasihat Undang-Undang, Perkara 13 - Pegawai Kewangan Negeri dan Perkara 14 - Kuasa Raja Pemerintah melantik Pegawai-Pegawai APABILA TIDAK ADA Suruhanjaya Perkhidmatan.
Ini pula versi Bahasa Inggeris nya.
Ini lah versi selepas dipinda pada tahun 1993.
Ini versi Bahasa Inggeris nya.

Saya tidak nampak apa yang dikatakan atau dihujahkan bahawa kuasa Raja Pemerintah telah dikurangkan atau telah dilucutkan. Yang jelas, sejak dulu lagi Suruhanjaya Perkhidmatan itu telah ada wujud dan apa yang dikatakan sebagai "Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan" itu ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi lantikan jawatan SUK dan Pegawai Kewangan Negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan bagi Penasihat Undang-Undang.

Undi Tidak Percaya Kepada Khalid

Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor telah gagal!!!. Khalid tidak faham The Constitution of the State of Selangor  .

Azmin Ali mesti bertindak segera. Azmin mesti mulakan langkah untuk usulkan undi tidak percaya kepada Khalid dengan segera. Azmin mesti ambil alih sebagai MB Selangor yang baru. Ini lah peluang terbaik Azmin. Sebagai Timbalan Presiden sebuah parti tidak sepatutnya Azmin tidak boleh jadi MB Selangor. Mungkin Azmin nak kata saya "pariah", katalah, sebab hanya pariah yang kenal sesama pariah!

Untuk membantu Azmin, disini saya senaraikan kegagalan dan tindakan kurang bijak Khalid :-
  1. Gagal menunaikan tugas sebagai Penasihat Sultan seperti yang diperuntukkan oleh Undang-undang Tubuh Negeri. Jangankan hendak beri nasihat, hendak mengadap Sultan pun tidak berupaya.
  2. Gagal memahami mana satu kuasa MB dan yang mana satu kuasa Sultan. Kuasa lantikan oleh MB sebagaimana dalam Undang-undang Tubuh Negeri hanyalah terhadap seorang Setiausaha Politik bukannya Setiausaha Kerajaan Negeri ! Itu pun Khalid buat tanpa ada Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh Speaker !
  3. Khalid gagal membezakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN).
  4. Khalid seorang penakut. Takut kepada seorang hamba Allah yang bernama Khusrin. MB adalah ketua negeri, kalau dia takut kepada seorang hamba Allah, dia tidak layak jadi MB.
  5. Khalid sudah mula cakap meraban dan itu tanda tidak kewarasan otak dan itu alasan yang sangat baik untuk lucutkan jawatannya.
Kalau apa yang disenaraikan diatas terlalu ganas dan akan menampakkan Azmin Ali gila kuasa, Azmin hanya perlu galakkan Khalid dalam usahanya untuk pinda Undang-undang Tubuh Negeri. Kita tahu dia hendak tipu rakyat sebab untuk pinda Undang-undang Tubuh mesti dapat sokongan undi 2 pertiga ahli DUN. Pakatan Rakyat tidak cukup jumlah itu. Azmin mesti pastikan semua Ahli Dewan dari BN tidak sokong usul itu. Bila usul yang dibawa oleh MB gagal di DUN, dengan sendirinya layak untuk Azmin usulkan Undi Tidak Percaya kepada Khalid dengan serta merta. Sudah pasti ahli DUN dari BN akan setuju dan dengan pengaruh Azmin yang kuat dalam Pakatan Rakyat, pasti Khalid akan tumbang. Khalid tumbang, Azmin boleh mengadap Sultan untuk pekenan lantik Azmin jadi MB yang baru. 

p/s : Jangan mengadap Sultan untuk bubar Dewan pula, sebab kalau bubar Dewan ada Pilihanraya. Kalau ada pilihanraya belum tentu Azmin akan menang dan silap gaya melepas pula untuk jadi MB. Undi Pilihanraya ini bukan sama dengan undi dalam PKR yang Azmin boleh control.

Semoga berjaya Azmin !!!

Monday, January 3, 2011

Countdown 2020

LEBIH KURANG 9 tahun dari sekarang pada malam 31hb Disember 2019, kita akan menyambut kedatangan tahun baru 2020.

Apakah sambutan kita akan berbeza dengan sambutan yang kita raikan 3 malam yang lepas? Bukankah sepatutnya kita akan merayakan kedatangan tahun Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir?

Akan tercapaikah apa yang telah diimpikan untuk menjadi negara maju? 9 tahun tidak lama. Anak-anak yang masuk sekolah tahun 1 pada hari ini akan ke Tingkatan 4 pada tahun 2020. Yang sekarang ini berumur 50 tahun akan berumur 59 tahun dan hanya akan pencen wajib tetapi masih boleh buat kerja lain.

Apakah yang kita harapkan untuk maju? Politik yang maju atau ekonomi kita yang maju? Bolehkah kita capai pendapatan isi rumah sebagaimana kehendaknya sebuah negara maju? Masihkah kita bercakaran tentang isu politik yang remeh temeh? Masih ada lagi kah perangai segala perkara pun harus atau mesti dipolitikkan? Artikel ini pun ada kaitan sikit-sikit mengenai semua benda pun mesti dipolitikkan...
Akan ada lagikah perlantikan SUK itu dipolitikkan?
Lopak di jalan masih dipolitik?
Ayam mati digelek kereta pun dipolitikkan lagi?
Masih adakah lagi big brother small brother?
Masih berebut siapa Speaker Dewan?
Masih adakah lagi Wakil Rakyat yang ke Parlimen siap sedia dengan placards, cardboards dan manila cards tertulis isi protest untuk hari itu?
Masihkah lagi kita ber facebook dan ber twitter 24/7 cerita politik sahaja?
Masih ada lagi kah wikileaks dengan pendedahan yang pelbagai?
Masih ada lagi Wakil Rakyat yang masuk masjid ikut suka dia cara dia berpakaian?
Masih ada lagi kah demonstrasi jalanan tajaan MB sendiri? 
Apa agaknya akan jadi dengan perjuangan menegakkan negara Islam dan hukum Hudud?
Sudah matikah si polan yang dia suruh langkah mayatnya itu?
Masih ada lagi kah si polan bukan Islam yang baca ayat2 Quran serta salah terjemahan di pentas-pentas ceramah politik?

Berapa banyak lah agaknya akan timbul blogs, media cetak serta rancangan TV serta siaran radio yang membicarakan hal-hal ekonomi serta cerita kejayaan kita dibidang ekonomi?
Akan tengelamkah blogs politik dan digantikan dengan blogs cerita ekonomi?
Tercapaikan matlamat penyertaan Melayu di bidang ekonomi atau masihkah ekonomi dikuasai oleh rakyat Malaysia keturunan Cina?
Masihkah kita berkongsi kuasa politik sahaja dan kuasa ekonomi dan perdagangan tidak juga berjumpa jalan untuk kita berkongsi? Dan dia masih minta macam-macam hal lagi?

Banyak lagi soalan tapi masa sudah suntuk dan terlintas pula dibenak kepala soalan tidak akan berjawab sebab tiada siapa pun mahu berganjak dari tapak masing-masing. Pendek katanya sejak tahun 2008 hingga kini 2011, masih ada lagi yang tak berganjak nak kata "Itu semua salah UMNO" Kalau itu lah jawapannya, beruk dan kera yang jatuh ke tanah akibat leka melompat-lompat di ranting dan cabang itu pun salah UMNO lah....
Jangan pula ada yang kata dia melakukan kesalahan jenayah meliwat pun salah UMNO, kaki terlanggar batu pun salah UMNO...