Skip to main content

Countdown 2020

LEBIH KURANG 9 tahun dari sekarang pada malam 31hb Disember 2019, kita akan menyambut kedatangan tahun baru 2020.

Apakah sambutan kita akan berbeza dengan sambutan yang kita raikan 3 malam yang lepas? Bukankah sepatutnya kita akan merayakan kedatangan tahun Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir?

Akan tercapaikah apa yang telah diimpikan untuk menjadi negara maju? 9 tahun tidak lama. Anak-anak yang masuk sekolah tahun 1 pada hari ini akan ke Tingkatan 4 pada tahun 2020. Yang sekarang ini berumur 50 tahun akan berumur 59 tahun dan hanya akan pencen wajib tetapi masih boleh buat kerja lain.

Apakah yang kita harapkan untuk maju? Politik yang maju atau ekonomi kita yang maju? Bolehkah kita capai pendapatan isi rumah sebagaimana kehendaknya sebuah negara maju? Masihkah kita bercakaran tentang isu politik yang remeh temeh? Masih ada lagi kah perangai segala perkara pun harus atau mesti dipolitikkan? Artikel ini pun ada kaitan sikit-sikit mengenai semua benda pun mesti dipolitikkan...
Akan ada lagikah perlantikan SUK itu dipolitikkan?
Lopak di jalan masih dipolitik?
Ayam mati digelek kereta pun dipolitikkan lagi?
Masih adakah lagi big brother small brother?
Masih berebut siapa Speaker Dewan?
Masih adakah lagi Wakil Rakyat yang ke Parlimen siap sedia dengan placards, cardboards dan manila cards tertulis isi protest untuk hari itu?
Masihkah lagi kita ber facebook dan ber twitter 24/7 cerita politik sahaja?
Masih ada lagi kah wikileaks dengan pendedahan yang pelbagai?
Masih ada lagi Wakil Rakyat yang masuk masjid ikut suka dia cara dia berpakaian?
Masih ada lagi kah demonstrasi jalanan tajaan MB sendiri? 
Apa agaknya akan jadi dengan perjuangan menegakkan negara Islam dan hukum Hudud?
Sudah matikah si polan yang dia suruh langkah mayatnya itu?
Masih ada lagi kah si polan bukan Islam yang baca ayat2 Quran serta salah terjemahan di pentas-pentas ceramah politik?

Berapa banyak lah agaknya akan timbul blogs, media cetak serta rancangan TV serta siaran radio yang membicarakan hal-hal ekonomi serta cerita kejayaan kita dibidang ekonomi?
Akan tengelamkah blogs politik dan digantikan dengan blogs cerita ekonomi?
Tercapaikan matlamat penyertaan Melayu di bidang ekonomi atau masihkah ekonomi dikuasai oleh rakyat Malaysia keturunan Cina?
Masihkah kita berkongsi kuasa politik sahaja dan kuasa ekonomi dan perdagangan tidak juga berjumpa jalan untuk kita berkongsi? Dan dia masih minta macam-macam hal lagi?

Banyak lagi soalan tapi masa sudah suntuk dan terlintas pula dibenak kepala soalan tidak akan berjawab sebab tiada siapa pun mahu berganjak dari tapak masing-masing. Pendek katanya sejak tahun 2008 hingga kini 2011, masih ada lagi yang tak berganjak nak kata "Itu semua salah UMNO" Kalau itu lah jawapannya, beruk dan kera yang jatuh ke tanah akibat leka melompat-lompat di ranting dan cabang itu pun salah UMNO lah....
Jangan pula ada yang kata dia melakukan kesalahan jenayah meliwat pun salah UMNO, kaki terlanggar batu pun salah UMNO...

Comments

  1. Salam tuan,
    mohon dilinkkan blog Pahang-ku ~ http://pahang-ku.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...