Skip to main content

Cerita Datuk-Datuk

Minggu ini ada 2 cerita mengenai Datuk-Datuk yang menarik. 

Yang pertama cerita Dr. Khir Toyo " memulangkan sementara pingat darjah kebesaran Selangor Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran Dato Seri."


Yang kedua cerita mengenai Mohamad Ali Bahrom meminta maaf sebab selama ini guna Datuk palsu.
Mohamad Ali Bahorom ini juga dikenali sebagai Ali Tinju dalam Facebook


Untuk cerita pertama, kalau hendak pulangkan janganlah letak syarat "sementara". Kalau masih ada taat setia kepada DYMM Sultan, mohon lah mengadap dulu. Dapatkan perkenan Tuanku dahulu sebelum mengutus surat. Sebagai Dato' Seri, mengadap lebih baik dari mengutus surat sahaja. Kalau letak syarat "sementara" itu maknanya mahukan semula. Semula itu bila? Selepas selesai perbicaraan di Mahkamah? Takut terpalit darjah kurniaan itu dengan perbicaraan di Mahkamah? Bagaimana pula dengan gelaran Dr. yang dipakai sekarang? Tidak itu juga akan terpalit? Apa-apa pun, buatlah apa yang patut. Jangan terpalit pula kepada orang lain permainan politik kita sudah lah...

Untuk cerita yang kedua, bagus sangat lah atas kesedaran itu. Mengaku kesalahan dan meminta maaf adalah kerja seorang gentleman. Kata orang, meminta maaf lebih mudah dari minta izin! Mungkinkah ada lagi yang mahu minta maaf? Bagi yang ada Datuk palsu satu bab lah, bagaimana pula yang ada ijazah, masters dan PhD palsu? Ingat lah....minta maaf lebih mudah dari minta izin!

Comments

  1. Salam Dr tu dia dapat sebab dia mendapat ijazah kerana telah lulus menjadi Dr.Kalau dia masuk penjara pun Dr tu tetap Dr.Cuma lebih elok jika dia mengadap sultan dulu untuk meletakkan pingat tu sementara kes selesai.Bagaimana pun dia gentleman.Walaupun dia bukanlah antara ahli politik yang baik.

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Lawyer setengah lepas enam/ Half past six?

Ada lawyer yang true blue, well cooked and clever. Ada yang opposite dari yang disebut itu. Kalau Mahkamah perintahkan seseorang itu dihukum mati maka permohonan untuk hukum penjara seumur hidup itu terbatal lah dengan sendirinya! Sama lah juga kalau Mahkamah perintahkan lesen memandu si Anu itu dibatalkan maka semua sekali lah batal baik kelas B dan D atau apa-apa kelas pun. Jangan lah pulak kata, si Anu itu masih boleh pakai Lesen L dia sebab mahkamah tak sebut pun dalam perintahnya. Kalau Mahkamah batalkan keputusan dan perbuatan Speaker mengantung kehadiran ahli Dewan maka akibat dari perintah itu, ahli Dewan itu bolehlah hadir dan turut serta prosiding Dewan itu seolah-olah apa yang Speaker buat itu tidak pernah wujud! Itu pun susah nak faham ke? Jangan lah jadi loyar buruk . Half past six !