Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Inquest vs. Suruhanjaya Siasatan

Hari 27hb Januari, 2011 ini dilaporkan penubuhan Commission of Inquiry to look into Teoh’s death Sebelum dari penubuhan Surahanjaya Siasatan ini, semua sedia maklum keputusan Inquest yang telah dibuat oleh Coroner "which is neither here nor there"  Inquest itu dijalankan melalui kuasa yang diperuntukan oleh CPC, Manakala Suruhanjaya Siasatan ini pula ditubuhkan dibawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) Coroner dan Pesuruhjaya Siasatan masing-masing mempunyai kuasa Majistret Kelas Satu. Sebagaimana lazimnya keputusan Coroner dalam Inquest itu boleh dibuat rayuan atau semakan di Mahkamah Tinggi dan sedang dalam proses.  Apakah akan ada percanggahan diantara findings Suruhanjaya Siasatan itu nanti dengan findings Inquest itu diperingakat Mahkamah yang lebih tinggi? Kalau berlaku percanggahan, apakah yang akan berlaku? Adakah kita, terutamanya pihak-pihak yang berkepentingan, akan menerima keputusan Suruhanjaya Siasatan atau pun keputusan Hakim...

Agree. Period!

This photo-capture say it all. p/s Bukan yang pakai uniform saja. Yang tak pakai uniform seperti cawangan khas pun mesti fit. Kalau tak fit nanti mereka buat laporan analisa dan cadangan melalui hearsay saja atau lebih malang kalau "laporan meja" sahaja. (Need to say it Malay so that more of them will understand)

Kuasa Speaker atau Kuasa Dewan Negeri?

Kita sedia maklum kalau Wakil Rakyat tidak hadir persidangan Dewan Negeri secara berturut-turut selama 6 bulan, kerusinya boleh diistiharkan kosong dan pilihanraya semula atau pilihanraya kecil terpaksa diadakan. Soalannya adakah kuasa mengistiharkan kekosongan itu pada Dewan Negeri atau pada Speaker seorang diri? Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang dengan jelas memperuntukan kuasa itu pada Dewan Negeri dan bukannya pada Speaker secara seorang diri.  Perkara 24 dan 25 seperti yang dipamirkan diatas dengan jelas menyebut Dewan Negeri dan bukannya Speaker secara bersendirian. Jika peruntukan menentukan kekosongan itu boleh dibuat seorang diri oleh Speaker, pastinya pengubal Undang-Undang Tubuh itu akan menyatakan secara specific seperti yang boleh kita baca pada Perkara 23. Peruntukan yang sama juga terpakai di Parlimen. Article number: 52   52.   ●     (1) If a member of either House of Parliament is without the leave of the House abse...

Karpal mana mau pusingh?

I read Karpal Bulsh*tting Again and I can't agree more. What 6 years is Karpal talking about? Is Umi Hafilda suing Karpal for Contract or Tort? Was it for fraud or for fraudulent conduct or for misconduct as an advocate & solicitor? Lets have a look at the Limitation Act 1953 (revised 1981) here . You can pusing some people some time but not all the people all the time...

Cerita Datuk-Datuk

Minggu ini ada 2 cerita mengenai Datuk-Datuk yang menarik.  Yang pertama cerita Dr. Khir Toyo " memulangkan sementara pingat darjah kebesaran Selangor Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran Dato Seri." Yang kedua cerita mengenai Mohamad Ali Bahrom meminta maaf sebab selama ini guna Datuk palsu. Mohamad Ali Bahorom ini juga dikenali sebagai Ali Tinju dalam Facebook Untuk cerita pertama, kalau hendak pulangkan janganlah letak syarat "sementara". Kalau masih ada taat setia kepada DYMM Sultan, mohon lah mengadap dulu. Dapatkan perkenan Tuanku dahulu sebelum mengutus surat. Sebagai Dato' Seri, mengadap lebih baik dari mengutus surat sahaja. Kalau letak syarat "sementara" itu maknanya mahukan semula. Semula itu bila? Selepas selesai perbicaraan di Mahkamah? Takut terpalit darjah kurniaan itu dengan perbicaraan di Mahkamah? Bagaimana pula dengan gelaran Dr. yang dipakai sekarang? Tidak itu juga akan terpalit? Apa-apa pun, buatlah apa...

Pinda Undang-undang Tubuh Negeri : Kuasa siapa yang hendak dikembalikan?

Pindaan Undang-undang Tubuh Negeri yang sedang hangat diperkatakan adalah pindaan yang dibuat pada tahun 1993. Apabila muncul suasana perlantikan SUK yang tidak disenangi oleh MB, ada negeri yang mahukan kuasa itu diberikan sepenuhnya kembali kepada DYMM Sultan.  Siapa sebenarnya yang mahu dikembalikan kuasa? Adakah DYMM Sultan atau Menteri Besar? Yang kita faham, DYMM Sultan tiada masalah dengan perlantikan SUK itu. Yang merungut dan membantah ialah MB! Apa kata kalau Undang-undang Tubuh Negeri, kita pinda kepada keadaan sebelum 1993 and beyond?  Saya ada kedua-dua naskhah Undang-undang Tubuh Negeri Pahang yang dicetak pada tahun 1983 dan juga naskhah tahun 2002. ( Ini naskhah yang dicetak tahun 1983 ) ( Ini naskhah yang dicetak tahun 2002 ) Kalau ada yang bersemangat sangat untuk mengembalikan kuasa DYMM Sultan sebagai Raja Pemerintah, apa kata dipinda seperti berikut:- Sultan diberi kuasa mutlak melantik dan memecat MB atas pertimbangan baginda sendiri. Sultan diberi ...

UMNO leaders in Catch 22?

This article by Matthias Chang deserve a special mention. One might agree or disagree but we have agreed to disagree and so be it. We are indeed in a catch 22 situation. Two-Third Majority – The Death Knell For All  Future UMNO / Barisan Nasional Leaders  To read in full please go here http://futurefastforward.com/feature-articles/4806-by-matthias-chang I only wish to repeat what Matthias said : Please don't kill the messenger!

SUK penting kepada Negeri. Politikus boleh datang dan pergi...

Carta Organisasi Kerajaan Negeri Selangor Di atas sekali ada DYMM Sultan dan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah mengawal :- Jabatan Kerajaan Negeri Badan Berkanun Negeri Pentadbiran Daerah Penguasa Tempatan Agensi Kerajaan Persekutuan Syarikat Kerajaan Negeri - MBI, KDEB, PNSB Setiausaha Kerajaan Negeri sekarang adalah yang ke 29 iaitu YB Dato' Haji Mohammed Khusrin Bin Hj. Munawi Rajah ini pula adalah tugas-tugas yang perlu dijalankan dan dibawah seliaan dan kawalan YB SUK :- Begitu penting tugas-tugas YB SUK kepada Negeri. Secara rasminya Mesyuarat Mingguan MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan) lah waktu dan ketika laporan mengenai perjalanan kerajaan Negeri dilaporkan oleh YB SUK untuk makluman dan tindakan kerajaan. Bagaimana kah laporan, perkembangan dan prestasi kerajaan dapat dilaporkan kalau YB SUK tidak diiktraf sebagai ahli MMK kalau dilihat kekosongan penyandang dalam carta dibawah? Kalau ikut Carta Organisasi Negeri yang meletakkan DYMM Sultan sebagai Ketua Negeri, buk...

Masukkan Karpal Singh di Kandang Saksi.

YB Zulkifli Nordin menulis dengan detail perlakuan menyalahi etika peguam oleh Karpal Singh dalam postingnya yg boleh dibaca  di sini . Kalau Karpal Singh masih ada etika sebagai seorang peguam, beliau sepatutnya menarik diri dari terus mewakili Anwar Ibrahim. Kalau beliau beberapa kali membuat permohonan supaya Hakim dan Pendakwaraya menarik diri, kali ini tiba masa untuk beliau menjadi waras dan bertindak secara yang honourable. Bagi peguam yang biasa mengendalikan kes jenayah, berbagai cara dan pendekatan diambil untuk memberikan pembelaan yang berkesan. Ada yang bertanya kepada Orang Kena Tuduh (OKT) supaya memberitahu apa sebenarnya yang berlaku; bertanya samada jenayah itu dilakukan atau tidak. Kalau dilakukan, apakah sebabnya dan daripada situ dicari jalan dan peruntukan undang-undang yang boleh membebaskan OKT ataupun dinasihatkan untuk mengaku bersalah dan dicari pula peruntukan undang-undang untuk meringankan hukuman terhadapnya. Mungkin juga ada yang terus terima sahaj...

Wakil Rakyat as Street Demonstrators

Of course I agree there is no need for the consent of the MB to appoint a State Secretary as correctly reported by the NST which can be read here . I agree with the AG but the other 2 other persons quoted in the same article are talking nonsense! Why must NST write about facts and craps in the same page, is for them to answer!  BUT, something went wrong or some legal advisors were wrongly appointed when they drafted the State Constitutions. How could it be that there must be 2 Oaths to be taken by the State Secretary before he can effectively perform his function? First The Oath of Office  and Loyalty AND then the Oath of Secrecy? The first before the Sultan and the latter before the Menteri Besar!  Didn't they envisage any difficulty in getting it done when they drafted the Constitution in 1993? Or they never expected a recalcitrant person to be appointed an MB? Didn't they realise that it would have been better that the Oath of Office must incorporate the Oath of Sec...

Siapa kata pindaan 1993 lucutkan kuasa Sultan lantik SS,LA & SFinO?

Ada yang kata selepas pindaan 1993, kuasa Sultan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri dilucutkan? Saya pamirkan di sini Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang sebelum 1993 dan juga selepas 1993 mengenai perkara yang berkaitan. Saya hanya mahu menyatakan kedudukan di Pahang. Di negeri lain, saya tidak ada dokumen undang-undang tubuh sebelum 1993, tapi yang saya lihat, hasil dari pindaan 1993, Perkara 11 dalam Undang-undang Tubuh Pahang dengan Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor jadi seragam.  Sila perhatikan Perkara 11 mengenai Setiausaha Kerajaan. Sila perhatikan Perkara 12 - Penasihat Undang-Undang, Perkara 13 - Pegawai Kewangan Negeri dan Perkara 14 - Kuasa Raja Pemerintah melantik Pegawai-Pegawai APABILA TIDAK ADA Suruhanjaya Perkhidmatan. Ini pula versi Bahasa Inggeris nya. Ini lah versi selepas dipinda pada tahun 1993. Ini versi Bahasa Inggeris nya. Saya tidak nampak apa yang dikatakan atau dihujahkan bah...

Undi Tidak Percaya Kepada Khalid

Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor telah gagal!!!. Khalid tidak faham The Constitution of the State of Selangor  . Azmin Ali mesti bertindak segera. Azmin mesti mulakan langkah untuk usulkan undi tidak percaya kepada Khalid dengan segera. Azmin mesti ambil alih sebagai MB Selangor yang baru. Ini lah peluang terbaik Azmin. Sebagai Timbalan Presiden sebuah parti tidak sepatutnya Azmin tidak boleh jadi MB Selangor. Mungkin Azmin nak kata saya "pariah", katalah, sebab hanya pariah yang kenal sesama pariah! Untuk membantu Azmin, disini saya senaraikan kegagalan dan tindakan kurang bijak Khalid :- Gagal menunaikan tugas sebagai Penasihat Sultan seperti yang diperuntukkan oleh Undang-undang Tubuh Negeri. Jangankan hendak beri nasihat, hendak mengadap Sultan pun tidak berupaya. Gagal memahami mana satu kuasa MB dan yang mana satu kuasa Sultan. Kuasa lantikan oleh MB sebagaimana dalam Undang-undang Tubuh Negeri hanyalah terhadap seorang Setiausaha Politik bukannya Setiausaha Keraja...

Countdown 2020

LEBIH KURANG 9 tahun dari sekarang pada malam 31hb Disember 2019, kita akan menyambut kedatangan tahun baru 2020. Apakah sambutan kita akan berbeza dengan sambutan yang kita raikan 3 malam yang lepas? Bukankah sepatutnya kita akan merayakan kedatangan tahun Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir? Akan tercapaikah apa yang telah diimpikan untuk menjadi negara maju? 9 tahun tidak lama. Anak-anak yang masuk sekolah tahun 1 pada hari ini akan ke Tingkatan 4 pada tahun 2020. Yang sekarang ini berumur 50 tahun akan berumur 59 tahun dan hanya akan pencen wajib tetapi masih boleh buat kerja lain. Apakah yang kita harapkan untuk maju? Politik yang maju atau ekonomi kita yang maju? Bolehkah kita capai pendapatan isi rumah sebagaimana kehendaknya sebuah negara maju? Masihkah kita bercakaran tentang isu politik yang remeh temeh? Masih ada lagi kah perangai segala perkara pun harus atau mesti dipolitikkan? Artikel ini pun ada kaitan sikit-sikit mengenai semua benda pun mesti di...