Skip to main content

ROHAIZAT DAN KARTIKA

ROHAIZAT BIN OTHMAN
Sudah banyak saya menulis tentang Rohaizat iaitu pada 19hb Ogos 2009 dan 21hb Ogos 2009.
Disebalik sokongan yang saya beri kepada Rohaizat dalam tulisan saya, sebenarnya ada usaha dari 15hb Ogos 2009 lagi supaya Rohaizat tidak dijadikan calon BN di Permatang Pasir kerana sudah tahu isu yang ada disekelilingnya.

Pada 15hb Ogos 2009 YAB TPM Tan Sri Muhyudin berada di Kuantan untuk merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar secara berkelompok. Pagi itu saya menerima message melalui Facebook dari Cucu Tok Selampit sebegini
"DSN, nak minta tolong. Saya check calon kita pernah kena denda dengan Bar council seperti berikut:Order under Section 103D LPA 1976 Rohaizat bin Othman - 7 March 2008 (Struck Off) Saya tidak faham maksudnya dana apa maksud struck off. Harap Dato' tolong jelaskan. Saya pasti perkara ini akan dimainkan oleh pembangkang. Kita kena prepare dulu. Linknya di sini :http://www.malaysianbar.org.my/disciplinary_orders/_disciplinary_orders_january_march_2008.html"

Saya panjangkan makluman itu kepada YAB MB Pahang yang berada bersama dengan YAB TPM dengan harapan supaya calon lain dicari untuk gantikan Rohaizat. Malangnya, apabila maklumat dari saya itu diterima, TPM meminta pandangan dari Lawyer UMNO
. Lawyer Umno mengambil pendekatan yang sangat jauh lari dari sasaran apabila menasihatkan bahawa Rohaizat layak bertanding dan pencalonannya tidak akan ditolak oleh SPR walaupun ada tindakan disiplin oleh Majlis Peguam. Begitulah keadaannya apabila Lawyer Umno "cannot see the woods from the trees!"

Rohaizat tetap dicalonkan dan memang betul pencalonannya tidak ditolak. Mula dari hari pertama kempen sehinggalah ke hari akhir, Pas terus bawa isu Rohaizat "struck off" oleh Bar Council atas kesalahan seleweng duit pelanggan.

Pada 20hb Ogos 2009 jam lebih kurang 11.55 malam, saya dapat panggilan telefon dari rakan sejawat yang berkhidmat dengan TPM, mengatakan Rohaizat baru sahaja selesai berucap di Pentas Pemuda menafikan dia ada isteri kedua. Rakan itu minta tengok rekod di Mahkamah Syariah Pekan Pahang kerana sebenarnya Rohaizat telah daftarkan perkahwinan kedua itu di Pekan Pahang! Apakan daya saya di waktu tengah malam itu? Satu lagi non-disclosure dilakukan oleh Rohaizat! Kenapa Rohaizat suka besembunyi? Rayuan tentang hukuman Majlis Peguam yang telah dibuat ke Mahkamah Tinggi Penang pun disembunyikan. Isteri kedua pun disembunyikan. Mungkin dia takut B1N1 ! Tapi dalam PRK, B1N1 tidak penting! Minta maaf sahaja lah kalau susah sangat untuk minta izin!

Nah...kedua-dua isu itu dimainkan oleh Pas dan tiada lagi dalam sejarah PRK sejak 10 tahun saya menjadi Setiausaha Politik, BN terpaksa menyelesaikan isu peribadi calon sehingga tiada masa untuk bincang atau selesaikan isu di kawasan pilihanraya itu.

Siapa kah yang silap dan siapakah yang harus "hara-kiri?" Kita semua tahu dan orang yang mati-mati hendakkan Rohaizat terus bertanding sebagai calon sepatutnya selepas ini tidak lagi menjadi pemimpin kita. Mereka patutnya sudah mati akibat harikiri! Tidak terkecuali Lawyer Umno dan Pengerusi Umno Pulau Pinang! "Don't kill the messenger!" kalau UMNO mahu terus hidup lama lagi !..

KARTIKA SARI DEWI SHUKARNO

Saya juga ada menulis tentang Kartika. Pada 21hb Julai 2009 dan juga pada 23hb Ogos 2009. Saya tetap mempertahankan hukuman yang dikenakan keatas Kartika. Semuanya kerana saya berpendirian bahawa :-
  1. Undang-undang Syariah Pahang adalah sah dan berkuatkuasa.
  2. Kartika mengaku salah terhadap kesalahannya.
  3. Kartika tidak mahu membuat rayuan.
  4. Kartika rela dengan hukuman yang hendak dijalankan.
Malangnya, apabila seseorang itu hanya belajar ilmu ugama samada dalam bidang apa pun, orang itu sangat bodoh dalam ilmu dan bidang yang lain! Sudah dinyatakan dengan jelas bahawa sebat secara undang-undang Sivil adalah tidak sama dengan sebat secara undang-undang Syariah yang hendak dijalankan, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan telah mengeluarkan perintah tahanan di Penjara Kajang terhadap Kartika! Bodoh sungguh Hakim itu! Bodoh lagi kalau tidak mahu bertanya! Saya tanya sendiri dengan Penasihat Undang-undang Negeri Pahang yang merupakan classmate saya di Faculty Undang-undang Universiti Malaya tahun 1978-1982, samada Hakim atau Mahkamah Syariah ada minta nasihat dari LA Pahang tentang cara dan kaedah menjalankan sebat itu. Jawapan tiada!

Nah...dengan kebodohan dan keangkuhan tidak mahu bertanya, hebuh satu dunia kes Kartika.

Sama juga dengan kes Rohaizat tadi, siapa yang bertanggungjawab dan bertindak bodoh dalam kes Kartika ini juga mesti hara-kiri!
Baik dia hakim atau pun apa pun pegawai di Mahkamah Syariah Pahang itu, mereka itu perlu undur diri kerana membawa ridicule and contempt terhadap nama baik Negeri Pahang. Kalau sudah umur tahap pencen, jangan lah terus disambung lagi...

Comments

  1. Seperti kata DSN, "Don't kill the messenger!" kalau UMNO mahu terus mahu hidup lama lagi !.. Orang yang bertanggungjawab mesti melepaskan jawatannya! Period.

    ReplyDelete
  2. salam,

    dsn, saya harap UMNo dapat benar2 berubah dan membuang anasir anasir buruk yg menyebabkan UMNO semakin hari semakin jatuh..jika kita sering mengatakan bahawa pas sudah lari dari landasan perjuangan asal mereka...Marilah kita UMNO kembali kpd asas perjuangan kita yg telah banyak berbakti kpd bumi melayu ini..

    ReplyDelete
  3. Dear DSN,

    Setuju dengan hujah Tuan. Nampak sangat BN terkial-kial menangkis isu peribadi calon yang dimainkan oleh pembangkang... mana ada masa nak memenangi hati pengundi kalau semua pentas digunakan untuk menjawab tuduhan saja?

    Bak kata Nobisha dalam blognya:
    http://nobisha.blogspot.com/2009/08/analisis-pilihanraya-permatang-pasir.html

    It's all about marketing dan perception. Kalau pun Rohaizat tak bersalah tapi dia gagal ubah perception pengundi, maka gagal lah dia.
    Buktinya, bila ditanya kali pertama mengenai kes 'struck off' dia boleh kata NO COMMENT? Dari awal lagi dah gagal dalam 'damage control'. Celah-celah tu tak mengaku beristeri dua pulak? Parah bertambah parah.

    :) saper yang patut harakiri?

    ReplyDelete
  4. Tell me only now UMNO realise perception is crucial in politics...

    Product branding and people branding, they carry different strategy.. Product speaks for itself but people can always be misleading...

    Too bad, the UMNOs dare not speak up vocally, thats the norm. Until damaged done, all sorts of lovely criticism will start churning.. but its already too late everyone!!

    As long as nobody dares to speak the truth vocally, UMNO will always stays as CORRUPT. I thot I would never say this again n ever but I wish to repeat my favorite line... UMNO IS ASKING ITS FUNERAL AGAIN N EVER!!!

    ReplyDelete
  5. MUHAHAHA DATO MUHAHAHAHA
    TAKTIK AMENO SEJAK TURUN TEMURUN ADALAH UNUTK MEMANCUNG KEPALA MESENJER
    KALAU KITA MEMBISU TAK AKAN DIPANCUNG DAN BAKAL HIDUP LAMA DALAM KEADAAAN AMAN TENTERAM DAN TERUS HARMONI
    HE HE HE HE HE

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan Dato'. Dalam PRK atau PRU akan datang Umno bagi ruang yang lebih kepada wanita atau puteri untuk bertanding. walau pun muda mereka lebih memahami kehendak generasi baru.

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadhan DSN ,

    Hujah DSN berasas dan tepat sekali bersama fakta yg menyokong. Kita sudah dapat agak apa akan terjadi meskipun peratusan dan keberangkaliannya mungkin berbeza. Faktor kelemahan calun adalah yg paling ketara dan iannya bermula dari sejak kepimpinan TAB dulu. Calun yg dipilih adalah pilihan dari pehak tertentu dan bukannya dari pilihan grassroot dan ini membawa kepada kerebahaan UMNO itu sendiri. Faktor pemimpin pemuda juga mempengaruhi peti undi dimana rata2 umum mengetahui masaalah rasuah bila mana pemilihan Ketua Pemuda Umno yang lepas menghalalkan cara juga menyebabkan pengundi merasa diperbodohkan. Faktor semasa seperti isu Kartika juga memberi impak yg cukup besar kepada pengundi dan juga masyarakat umum baik didalam negara juga diluar negara. Seperti yg DSN nyatakan , Kartika rela menerima hukuman yg dijatuhkan akan tetapi ramai pehak lebih2 lagi dari pehak kerajaan seperti ingin mengambil kesempatan dalam isu ini dalam menidakkan yg benar dan meniakan yg salah.Hukum islam dipermainkan dan undang2 seperti kita yg punya dan inilah penyebabnya masyarakat marah dan jemu.

    ReplyDelete
  8. Dato' Sam's revelation of "Lawyer Umno" - Thank you for being so frank with this one. What a jaw-dropping revelation here!...a stupefying evaluation by a `orang berpendidikan tinggi', which he is. Unfortunately, not one with `bijaksana'.

    Kudos to Cucu Tok Selampit: I'm impressed with his zeal and concern FOR THE PARTY; and his willingness to `merendah diri' to enquire. Plus his attempt to try set things right.

    I'm going to write another post at Mat Cendana's BLOG REVIEW based on some pertinent issues mentioned here and at Facebook.

    By the way: Umno is in need of REAL LEADERS like Dato' Sam and Tengku Putra Jumat... and Tengku KijangMas (although he's `not Umno'. but neither am I)

    And those with the power to do things, it's imperative that they seek out, listen to and take into consideration the opinions of THE GRASS ROOTS - people who are usually `Umno supporters' (but not necessarily so) who aren't into this with vested interests. My initial list:

    Cucu Tok Selampit, Wah Al-Subangi, satD Pure Shiite, Tam Dalyall, Shamsul Yunos (MarahKu), Lawyer Kampung, Mekyam, Ondastreet.

    And take into consideration the opinions of non-Malays who have consistently shown their being fair and level-headed: De Minimis, Michelle Yoon (I am Malaysian), Goh Wei Liang, Walla (commentator often at Sakmongkol's)...

    ReplyDelete
  9. salam,
    setuju dgn hukuman sebat kartika. tapi tak setuju perkara ni di politikkan. sepatutnya dipropagandakan sejak dari dijatuhkan hukuman ke atas kartika bagaimana yg dikatakan dengan sebat di dalam islam. Yg pasti tidaklah seperti sebat dalam undang-undang civil betul kan? kalaulah sama, tercabut nyawa orang yg dijatuhkan hukuman sebat 40kali kerana berzina atau 80kali kerana pertuduhan palsu zina dalam kitab jenayah...

    Sedih orang islam sendiri tak tahu yg Islam tu adil dan terbaik... walaupun ada hukuman potong tangan segala tu.. prosedur utk potong tangan tu pun lengkap, contoh - pedang yg tajam supaya sekali potong putus, air panas utk mematikan urat2 supaya cepat pulih luka potongan tu.

    yg takot sgt tu kenapa? buat jugak ke? takut ek... nanti kena sebat jugak.. pada yg takut tu.. biarlah sebat kat dunia lepas kat akhirat.. kena sebat kat akhirat nanti sanggup ke?

    ReplyDelete
  10. Tapi loyer UMNO yang tu memang mangkuk hayun.
    I am sure the lawyer, not being senior enough, doesn't understand how the ASDB works. Rohaizat must have lost 4 stages before being struck off.

    The mangkuk of lawyer UMNO should have been sacked for incompetence.

    ReplyDelete
  11. Dear Friends,
    Thank you for the encouraging words. Immediately upon knowing that Rohaizat Othman was announced as the Candidate for PP, I took the initiative to check for his background. I called Lawyer Kampung to confirm that it was the same Rohaizat that was struck off the roll by Bar Council. When TSMY was in Kuantan, I merely forwaded the message from Cucu Tok Selampit to MB Pahang, knowing that he will be travelling with TSMY in the same car to the airport and to Bera & Temerloh later in the afternoon. I had made it clear to MB Pahang that Rohaizat must be replaced with another candidate of which MB Pahang agreed. Sad to say that TSMY had taken a different course of action upon getting the advice from Lawyer UMNO. I had also advised MB Pahang that in so far as eligibility to contest, Rohaizat should have no problem. What worry CTS & I is the fact that Rohaizat's predicament will be made a campaign attack by Pas & PR. Rightly that was the case and BN lost miserably. I was also wondering, why the people working for TSMY did not take the same initiatives & I know there are so many of them! Didn't they realised that informations can be obtained thru' the internet and friends all around the country? Or are they just keeping things to themselves as if they are in a different world? There was ample time & reasons for Rohaizat to withdraw & be replaced as the information by me was on the 15th and the Nomination date was the 17th....

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...