Skip to main content

Hukuman Sebat keatas Pesalah Wanita

Update : Minister DS Shahrizat & MP Lo'Lo outraged by the Court's decision?
Do they know the law?
................................................................
Seperti mana yang dilaporkan oleh media, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan telah menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang model Kartika Sari Dewi Shukarno atas kesalahan meminum arak dikhalayak ramai; satu kesalahan dibawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 1987)
Procedure untuk menjalankan hukuman sebat di Negeri Pahang ada dinyata dan diperincikan secara jelas melalui Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 melalui Seksyen 125 dan 126 Enakmen itu.

Antara lain seksyen ini menyebut :-
1. Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter
2. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.
3. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan.
4. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.
5. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
6. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
7. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
8. Pegawai Perubatan Kerajaan akan memperakukan samada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.

Didalam undang-undang civil pula:
  • Women;
  • Men aged 50 and above (except when convicted of rape);
  • Anyone judged unfit by a medical officer, and
  • The insane.
Walau apa yang kita fikirkan, mudah-mudahan perlaksanaan undang-undang ini akan menjadi pengajaran kepada semua. Pahang adalah Negeri yang amat serious dalam melaksanakan hukuman mengikut syariah seperti yang sedia termaktub dalam perundangan Islam.

Comments

  1. Terima kasih DSN kerana memperjelaskan peruntukan undang-undang ini. Ramai yang tidak sedar bahawa ada beza pada hukuman rotan dalam U2 Islam dan pesalah U2 sivil. Rotan yang digunakan pun berbeza. Tahniah juga kepada kerajaan negeri Pahang atas usaha membenteras maksiat dan mudah-muadahan ianya menjadi pengajaran buat semua.

    ReplyDelete
  2. Kalau gitu, kena sebat hari2 la bekas pak menteri Umno dulu, Zaid Ibrahim!!!

    ReplyDelete
  3. Excellent post, Dato. If you had not clarified and explained things, this case would have attracted the "Foamy Mouths Brigade" who'd scream "outdated 7th Century laws!"

    This brigade consists not only of the rabid anti- Islam but also some Muslims. The latter comprises of those keen to be seen as "liberal and open-minded"; especially by the non-Malays and Muslims. Whenever there's anything that might seem `non-liberal' they'll be fast to lash out.

    Bila ada blogs bukan Melayu/Islam puji "We are lucky to have Sheikh MatLib, who is a Muslim, condemn this fanatical action by the authorities. He is a true Malaysian and a real Muslim!"

    ...maka Sheikh MatLib pun berair punggung-punggung... Kembang hidung Sheikh Mat Liberal ni.

    With this rotan issue, there might be a chance yet that someone will attack it. I'm keeping watch... kalau ada, saya ceduk modal yang ni, okay Dato' ? Bukan setakat nak explain, kali ni siap dengan nak execute.

    In fact they still might

    ReplyDelete
  4. dato',

    Alhamdulillah

    regards,
    Lebaikudin

    ReplyDelete
  5. Musuh orang mukmin ada 5 jenis:
    1,Orang kafir
    2.Orang munafik
    3.Iblis
    4.Hawanafsu
    5.Orang Islam yang hasad dengki

    ReplyDelete
  6. penjelasan yang cukup bagus...tp masalahnya dlm malaysia ni undang2 syariah yang dikenakan xboleh lebih 6sebatan, denda rm5000 dan penjara 3tahun..

    dlm islam minum arak sebat puluh2 kali...

    sebat jarang sekali dikenakan melainkan di negeri kelantan yang xterbilangnya..rujuk majalahi keluaran ogos

    knp nk dihadkan hukuman. ikut sahaja apa yang dinyatakan dalam islam.

    pepun mengucapkan tahniah kepada mahkamah syariah pahang yang berjaya memecahkan tradisi sebelum ini...

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...