Sunday, November 14, 2010

SU Akhbar TIADA kuasa untuk halang sesiapa masuk Sidang Dewan

Dulu bila saya tulis tentang kuasa Speaker DUN bukan main lagi mereka suka hingga mereka siarkan dalam media mereka. Mereka akui hanya Speaker sahaja yang ada kuasa menentukan perjalanan dalam Dewan Undangan Negeri.

Macam mana pula sekarang boleh pula seorang Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar saja yang menentukan siapa yang boleh masuk persidangan Dewan?

Kenapa pula surat dari SUA itu boleh jadi sah sehingga Bernama pun terpaksa buat rayuan kepada Speaker? Surat yang tidak sah tidak perlu buat rayuan !

Untuk menjadi kerajaan, perlu tahu dan mahir dengan peraturan dan undang-undang. Kalau peraturan itu dipakai untuk keselesaan dan kepentingan diri sahaja, itu bukan kerajaan. Itu beraja dihati dan menindas namanya !

Apa sudah jadi dengan slogan kebebasan media? Apa sudah jadi dengan janji mahu ikut peraturan? Apa sudah jadi dengan ketelusan?

Kalau tidak tunai janji apa hukum nya wahai saudara?

4 comments:

  1. UNDANG UNDANG HANYA YANG MENGUNTUNGKAN MEREKA, YANG TAK MENGUNTUNGKAN MEREKA ITU BUKAN UNDANG UNDANG. ITU LAH PKR Parti Kucarkacirkan Rakyat

    ReplyDelete
  2. Apa nak dibezakan "mereka" dan "kita"? Dua dua belah pihak bukannya maksum. Sebelum komen berlebihan, periksa diri sendiri dulu. "kita" tu baik sangat dan ikut peraturan kah?

    ReplyDelete
  3. Tuan zulkifli,
    Kita ikut peraturan. Itu sebab kita tahu dia tidak.
    Salam

    ReplyDelete

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)