Skip to main content

Siapakah Yang Salah?

Apabila Hakim Dato' Lau Bee Lan memutuskan bahawa Majalah Herald gereja Catholic dibenarkan menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitan mereka, tiba-tiba isu ini menjadi gempar!
Rakyat Malaysia berugama Islam mula menzahirkan kemarahan. Ahli politik bertelagah sesama mereka. Ada juga yang kononnya pejuang Islam melalui parti Pas yang bersetuju malah mempertahankan keputusan Mahkamah itu sebagai tepat dan tiada sebarang masalah.

Saya telah menulis mengenai isu ini pada bulan 27hb Februari 2009 lagi, apabila KDN pada asalnya membenarkan penggunaan perkataan Allah oleh Herald. Lihatlah posting saya itu disini!

Kalau pada asalnya dibenarkan dimanakah hujah mengatakan bahawa penggunaan perkataan Allah oleh Kristian itu akan menimbulkan huruhara dan mengancam keselamatan negara? Kenapa hujah itu yang ditekankan di Mahkamah? Pastinya Lau Bee Lan J. akan membuat keputusan bahawa KDN gagal membuktikan keadaan mengamcam keselamatan negara itu! Period!.

Adakah pernah dibuat kajian dan dibaca tulisan-tulisan dalam blog seperti Demi Negara? Demi Negara telah menulis pada 4hb Februari 2009 lagi menerangkan sejelas-jelasnya bagaimana isu itu sepatutnya ditangani!

"KENAPA GHAIRAH SANGAT KAUM YANG BERUGAMA KRISTIAN KATHOLIK INI MAHU TUHAN MEREKA MENJADI ALLAH? SEJAK BILA TUHAN MEREKA ITU ALLAH? ADAKAH SEJAK MEREKA MULA SEDAR YANG PENGANUT-PENGANUT ISLAM DI MALAYSIA BERPECAH BELAH? ADAKAH MEREKA SUDAH TAHU ADA ORANG-ORANG SEPERTI KHALID SAMAD DAN DR. DZULKIFLI YANG AKAN MENYOKONG MEREKA?"

Kepada kaum Kristian saya ingin mengingatkan :-
Di Pahang, ada satu undang-undang yang telah lama berkuatkuasa iaitu mulai dari 1hb Mac 1990 yg diberi nama ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1989. Enakmen ini telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang pada 13hb Mac 1989 dan telah mendapat perkenan KDYMM Sultan Pahang pada 15hb April 1989. Dalam naskhah bahasa Inggerisnya, ia disebut sebagai CONTROL AND RESTRICTION OF THE PROPAGATION OF NON-ISLAMIC RELIGIONS ENACTMENT 1989. Enakmen ini adalah berkuatkuasa bagi Negeri Pahang dan adalah digubal bertujuan "Suatu Enakmen untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad-iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan Islam dikalangan orang-orang yang menganut agama Islam".
Ini adalah selaras dengan "Bahawasanya Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa undang-undang Negeri boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agman antara orang-orang yang menganut agama Islam;"
Antara lainnya Enakmen ini menjadikan satu kesalahan bagi mana-mana pihak yang bukan berugama Islam untuk menyebar, menerbit, menghantar risalah terbitan dan lain-lain kepada orang Islam. Perbuatan itu akan menjadi kesalahan jenayah dan boleh dihukum dengan denda dan/atau penjara.
Enakmen ini juga menyebut dalam Jadual (Seksyen 9) Bahagian 1 "PERKATAAN-PERKATAAN YANG TIDAK BOLEH DIKAITKAN DENGAN AGAMA BUKAN ISLAM" seperti berikut:-
ALLAH, FIRMAN ALLAH, ULAMA, HADITH, IBADAT, KAABAH, KADI, ILLAHI, WAHYU, MUBALIGH, SYARIAH, QIBLAT, HAJ, MUFTI, RASUL, IMAN, DAKWAH, INJIL, SOLAT, KHALIFAH, WALI, FATWA, KUTBAH, NABI, TABLIGH.
Bahagian II pula adalah "PERBAHASAN-PERBAHASAN YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN OLEH ORANG BUKAN ISLAM" iaitu :-
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILLALLAH, WALILLAHILHAMD, ALLAHU AKBAR, INSYAALLAH, ASTAGFIRULLAHAL AZIM, TABARAKA ALLAH, MASYAALLAH, LAHAULA WALAQUATA ILLABILLAHILALIYIL AZIM.

AKHIR KATA "AIR YANG TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA!"

Comments

  1. When Khalid Samad wrote

    "... seperti “Wa Kaalatil Yahudu Uzair ibnu Llah” yang bermaksud “Dan berkata orang-orang Yahudi Uzair adalah anak Allah”? " in his blog and infered that, quote "bahawa orang bukan Islam, ...... menggunakan perkataan ‘Allah’, unquote, in the Qur-an, he has blasphemed.

    NO ONE beside Allah s.w.t. say or utter the "allah" in the Qur-an.

    All words in the Qur-an are Allah's word. It's Allah who say "Allah" in the Qur-an.

    None of Khalid Samad's Christian or Jewish frinds has left any word in the Qur-an.

    Khalid Samad has said something of Allah that he has no knowledge of.

    About this, Allah has turned against Khalid Samad and his kind, 1400 years ago saying (9:30) ".... That is a saying from their mouth; (in this) they but imitate what the unbelievers of old used to say. Allah's curse be on them: how they are deluded away from the Truth!"
    ----------------------------
    Apabila Khalid Samad menulis

    "... seperti “Wa Kaalatil Yahudu Uzair ibnu Llah” yang bermaksud “Dan berkata orang-orang Yahudi Uzair adalah anak Allah”? " di dalam blognya serta condong kepada maksud , "bahawa orang bukan Islam, ...... menggunakan perkataan ‘Allah’, di dalam Al Qur-an, dia sudah melakukan syirik kerana meletakkan hamba setaraf di sisi Allah iaitu menduakan Allah pada perkataan dan perbuatan.

    TIADA SIAPA SELAIN ALLAH yang berkata-kata di dalam Al Qur-an.

    Semua perkataan di dalam AlQur-an adalah Qalam un Qadiim. Hanya Allah menyebut "Allah" di dalam Al-Quran.

    Tiada seorang pun kawan Nasrani atau Yahudi Khalid Samad berkata sesuatu di dalam Al Qur-an.

    Khalid Samad telah memperkatakan sesuatu tentang Allah yang dia tiada ilmu mengenainya.

    Berkenaan dengan pekerti dan dakwaan Khali Samad sedemikian rupa, Allah telah menghujjahnya 1400 tahun dahulu dengan berkata, "..... Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?" (9:30)

    ReplyDelete
  2. Apabila membaca tulisan Dato' di atas, saya mempunyai pandangan yang kedua Hakim Mahkamah Tinggi tidak wajar dipersalahkan kerana beliau membuat keputusan berdasarkan apa yang dibentangkan kepadanya. Luncai betul puak-puak KDN ini.

    ReplyDelete
  3. Salam Dato' Sam,

    Sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) iaitu pada Januari 2008, Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) sudah pun ‘menggadai’ kalimah ALLAH untuk ditukar dengan undi-undi kepada calon Pakatan Rakyat (PR). DUPP telah mengeluarkan “fatwa politik” awal Januari 2008 seperti berikut:

    ******
    Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah Allah – Dewan Ulamak Pas Pusat

    Ditulis oleh Harakah, Khamis, 03 Januari 2008
    Oleh: Azamin Amin

    KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato’ Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah ‘Allah’ malah ia sering digunakan oleh umat Kristian dan Yahudi sejak dari dahulu.
    ****

    “Fatwa politik” untuk raih undi PRU-12 pada Mac 2008 ini sememangnya mendapat pujian dari bukan Islam, secara spesifiknya dari pihak gereja Kristian. Malah, pihak gereja Kristian secara terang-tarangan telah menyatakan sokongan politiknya kepada PR dalam PRU-12 yang lalu.

    Surat-surat sokongan politik oleh pihak gereja Kristian dikeluarkan dan boleh didapati secara meluas menjelang hari pengundian PRU-12 menyeru diberikan sokongan kepada PR. Dan kita semua tahu hasilnya — PR berjaya menafikan penguasaan 2/3 Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen dan berjaya menguasai 5 buah negeri +1 — Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah, Kelantan, dan Wilayah Persekutuan.

    Pengundi sebenarnya tidak sedar bahawa undi dan sokongan padu yang diberikan oleh pihak gereja Kristian bukanlah secara percuma. Sokongan pihak gereja Kristian demi memastikan kemenangan PR sebenarnya melibatkan kos yang sangat tinggi. “Lampu hijau” penggunaan perkataan “ALLAH” oleh Pas dijadikan hujah oleh pihak Gereja Kristian dengan memetik bahawa perjuangan Gereja Kristian turut disokong kuat oleh PAS.

    Sokongan Pas itu dicanang oleh pihak Geraja Kristian dalam laman sesawang Herald Malaysia Online. Berikut sedikit sedutan petikan:

    ******
    The Malaysia Islamic Party (PAS) says it supports the Catholic Church’s fight to overturn a government ban on the use of the term ‘Allah’ to describe God in Christian texts. “I personally believe and Pas as well believe the way forward for a mutually respecting religious relationship, especially in a plural, multi-racial and multicultural society like Malaysia, is not to deny the right of others to use the name of Allah,” Zulfikar Ahmad, a PAS official said.
    ****

    Penghujahan hakim menentang perintah KDN yang yakin bahawa penggunaan kalimah Allah akan menyebabkan ketidak tenteraman awam ditolak kerana ‘lampu hijau’ yang diberikan oleh Pas dan segelintir Islam ini.

    Hakim nampaknya melihat ’sokongan’ yang diberikan Pas dan PR ini tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan bahawa agama lain selain Islam boleh diamalkan dengan syarat diamalkan secara aman di Malaysia. Hakim mungkin sengaja melihat bahawa orang Islam dilihat tidak mempunyai masalah dengan penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam semata-mata adanya ‘fatwa politik’ pancing undi oleh Dewan Ulamak Pas Pusat ini.

    Inilah yang berlaku apabila PAS sudah hilang kewarasan berfikir secara lebih mendalam dan jauh apabila sudah dikuasai nafsu terlalu obses ingin berkuasa.

    PAS gagal membaca (kerana dibutakan oleh sikap terlalu bencikan UMNO) agenda tersembunyi pihak yang sememangnya tidak pernah redha akan agama Islam.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana berkongsi. Nyata nama Allah yg maha suci telah tergadai lantaran kerakusan politik sempit!

    ReplyDelete
  5. masalah org2 ni mereka selalu ambil ayat alquran out of context;
    1. konteks di atas adalah konteks allah menyindir yahudi yg bukannya nak beriman betul2
    2. apa yg ditulis adalah dlm al-quran, maka kalimah yg digunakan oleh allah adalah `allah; - tp dlm Bible, Torah - ianya tidak pernah disebut sebagai `allah', lebih2 lagi jika ia telah diubah2; dan sampai skrg perangai nasrani boleh mengubah2 kitab mereka

    ReplyDelete
  6. Dato' Sam dan sahabat semua,

    Implikasi kes ini sangat besar terhadap umat Islam. Kalimah 'Allah' tidak lagi ekslusif buat umat Islam. Apakah maksudnya? Apa akan jadi di masa hadapan? Kalimah Allah akan dipersendakan dengan pelbagai cara. Contohnya, mencacah tatoo kalimah Allah dalam tulisan Arab di badan bukan Islam. Apakah dibolehkan nanti? Jika menurut hakim itu, adalah hak semua individu untuk menggunakan sebarang perkataan termasuk Allah. Nauzubillah himinzalikh. Minta dijauhkanlah perkara sebegini. Apakah orang Islam dalam PAS dan PKR masih lagi dibutakan? Bangkitlah kembali bersatu dalam hal ini. Biarlah berbezaan politik ditolak ke tepi seketika. Berfikirlah dengan rasional demi kesucian Islam di bumi Malaysia. Sama-sama kita tentang, nyatakan pendirian secara tegas.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Terima kasih Dato'kerana memberi penerangan apa yang berlaku di Mahkamah memandangkan tidak ramai yang punyai access terhadap keputusan Hakim Dato'Lau Bee Lan dalam kes ini dan benar seperti kata Dato' tindakan awal KDN hanya melemahkan kes mereka sendiri namun saya juga rasa respond rakyat terhadap tindakan awal itu seharusnya juga menjadi satu bukti kuat yang tindakan sebegitu bakal membawa padah dan menjejaskan keselamatan negara.

    Namun kita juga berharap keputusan ini merupakan satu rahmat buat umat Islam yang mana ia akan mendekatkan umat Islam, walaupun ramai yang masih kurang yakin kita semua mampu bersatu.

    Dari segi praktikalnya, saya berpendapat penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian tidak memberi kesan dalam mempengaruhi umat Islam di negara ini. Ini kerana terdapat BEZA yang besar antara dua agama ini. Cuma yg jahil agama sahaja yg akan terpesong akidah mareka, manakala mereka menerima didikan agama yg cukup pasti sedar mana ajaran Islam sebenar dan mana yang bukan. Cuma ia amat merisaukan kerana ia memberi suntikan semangat buat pendakwah Kristian untuk bertindak lebih jauh lagi dalam memurtadkan lebih ramai umat Islam di negara ini.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Kembara Politik,
    Atas dasar kita mempercayai sistem perundangan yg sedia ada di Malaysia, kita masih ada lagi ruang rayuan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya di Mahkamah Persekutuan.
    New evidence of "bantahan dan suasana mengancam keselamatan negera masih boleh dikemukakan walaupun diperingkat Rayuan".
    Bangkitlah sahabat semua. Sebagai mana disebut oleh Kembara Politik, ketepikan perbezaan politik.
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Ismail N,
    Mungkin juga Allah sedang melimpahkan hikmahNya. Kita lihat sudah nampak perpaduan ummah utk bersatu mengatasi isu ini. Hanya Nik Aziz, Khalid Samad dan Dzulkifli yg masih menyokong keputusan membenarkan penggunaan oleh Kristian ini.
    Salam

    ReplyDelete
  10. salam DSN

    One must now wonder why the Christian Judge did not allow for the respective states to intervene when each of the individual states already has specific provisions on the words you mentioned in your post.

    I will be in contempt of the court if i go any further...but suffice to say....the truth will come out sooner or later on this matter

    wass
    satD

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir