Skip to main content

This fella is really Celaka!

Update at 2.24pm.
I think this fella is really celaka Don't he know the law or not? Christians cannot propagate their religion to Muslim in Pahang and in Malaysia by LAW. May I ask this celaka to read the Federal Constitution Article 11. So, if you want to use Allah in your Bible, just state there its for Christian Only! If you feel that your god is also Allah, why don't you write Allah too in your English Bible? I don't think the god to Christians in Philippines, Thailand or even Singapore is Allah! BUT for Muslim all over the world, be it in China, Japan, Lithuania, Arab Countries, Malaysia, Singapore, Philippines and IN FACT all over the WORLD, when Muslims pray, their god is ALLAH!
Aiya...this fella is really celaka!
_____________________________
Sebagaimana dilaporkan oleh akhbar media dan juga blog, perkataan Allah sudah boleh digunakan oleh Kristian dalam penerbitan mereka. Ini adalah berikutan kelulusan yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Saya hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku. Adakah KDN membuat penelitian undang-undang yang telah digubal selama ini mengenai perkara yang berkaitan.
Di Pahang, ada satu undang-undang yang telah lama berkuatkuasa iaitu mulai dari 1hb Mac 1990 yg diberi nama ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1989. Enakmen ini telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang pada 13hb Mac 1989 dan telah mendapat perkenan KDYMM Sultan Pahang pada 15hb April 1989. Dalam naskhah bahasa Inggerisnya, ia disebut sebagai CONTROL AND RESTRICTION OF THE PROPAGATION OF NON-ISLAMIC RELIGIONS ENACTMENT 1989. Enakmen ini adalah berkuatkuasa bagi Negeri Pahang dan adalah digubal bertujuan "Suatu Enakmen untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad-iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan Islam dikalangan orang-orang yang menganut agama Islam".
Ini adalah selaras dengan "Bahawasanya Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa undang-undang Negeri boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agman antara orang-orang yang menganut agama Islam;"
Antara lainnya Enakmen ini menjadikan satu kesalahan bagi mana-mana pihak yang bukan berugama Islam untuk menyebar, menerbit, menghantar risalah terbitan dan lain-lain kepada orang Islam. Perbuatan itu akan menjadi kesalahan jenayah dan boleh dihukum dengan denda dan/atau penjara.
Enakmen ini juga menyebut dalam Jadual (Seksyen 9) Bahagian 1 "PERKATAAN-PERKATAAN YANG TIDAK BOLEH DIKAITKAN DENGAN AGAMA BUKAN ISLAM" seperti berikut:-
ALLAH, FIRMAN ALLAH, ULAMA, HADITH, IBADAT, KAABAH, KADI, ILLAHI, WAHYU, MUBALIGH, SYARIAH, QIBLAT, HAJ, MUFTI, RASUL, IMAN, DAKWAH, INJIL, SOLAT, KHALIFAH, WALI, FATWA, KUTBAH, NABI, TABLIGH.
Bahagian II pula adalah "PERBAHASAN-PERBAHASAN YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN OLEH ORANG BUKAN ISLAM" iaitu :-
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILLALLAH, WALILLAHILHAMD, ALLAHU AKBAR, INSYAALLAH, ASTAGFIRULLAHAL AZIM, TABARAKA ALLAH, MASYAALLAH, LAHAULA WALAQUATA ILLABILLAHILALIYIL AZIM.
Adakah peguam dan penasihat undang-undang dan juga Menteri sendiri yang juga berkelulusan Undang-undang di KDN itu ada membuat rujukan kepada Enakmen ini dan juga Enakmen di negeri-negeri lain?
Kalau ada yang menyebarkan risalah yang merujukkan GOD itu sebagai ALLAH di Pahang, saya akan usahakan mereka ditangkap serta didakwa dibawah Enakman ini. Saya mahu tengok adakah kelulusan KDN boleh mengatasi Undang-undang Negeri yang dipanggil Enakmen ini.
KDN, what say you guys over there?

Comments

  1. Terima kasih tuan di atas maklumat yang berguna. Diharap KDN tidak akan tunduk dengan golongan minoriti kristian yang semakin besar kepala sekarang. Allahuakbar.

    ReplyDelete
  2. the blame should be on Hamid Alba because as a minister he has to take the sole responsiblity after signing/endorsed the 'warta' without reading it thoroughly... he is the 'celaka' behind this issue...

    ReplyDelete
  3. ah...isu ni dah di politikkan..yg tak boleh pon di boleh kan..mmg CELAKA besar...ape kristian???Tuhan ko saper? Jesus??anak Tuhan..padahal Allah dah cakap, Lam yalid wa lam yulad..."tidak beranak dan tidak diberanakkan" ape nk jadi ngn org yg menyokong penggunaan Allah oleh Kristian??Bastard!!!

    ReplyDelete
  4. ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR! TIADA TUHAN YANG DI SEMBAH, MELAINKAN ALLAH... mubaligh murahan kristian dah ketandusan modal.. cuba bermain api.. mereka semakin berani bila ada melayu BANGANG!!! yang bertopengkan Islam , bersekongkol dengan mereka.... NA'UZUBILLAH HIMINALZALIGH... ALLAH HUAKBAR...

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i