Skip to main content

Undang-undang apa yang benarkan SPR sanggah Dewan Undangan Negeri?

UPDATE : POSTING SAYA INI TELAH DIULAS OLEH HARAKAHDAILY DAN BOLEH DIBACA DISINI
SAYA INGIN MENEGASKAN BAHAWA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN PAHANG DENGAN KEDAH ADALAH BERBEZA PERUNTUKAN-PERUNTUKANNYA. MAKA DENGAN ITU, APA YANG SAYA BANGKIT DAN HUJAHKAN DIATAS ADALAH PANDANGAN SAYA SECARA PERIBADI JIKA SEKIRANYA KEKOSONGAN ITU BERLAKU DI PAHANG ! APA YANG BERLAKU DI KEDAH ADALAH SESUATU YANG SAH KERANA TIADA YANG MENCABARNYA DI MAHKAMAH. KALAU PUN DICABAR DI MAHKAMAH, MAHKAMAH MUNGKIN MENERIMA APA YANG DIHUJAHKAN OLEH SPR ATAU PUN SEBALIKNYA...
--------------------------------------------------------------

Pada 1hb Sept 2009, saya telah menulis "Kerusi Kosong atau Tidak Keputusan Dewan Bukan SPR". Saya menyatakan kalau mengikut Perlembagaan Malaysia dan juga Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang, keputusan mengesahkan ada berlaku kekosongan luar jangka adalah pada Dewan dan bukan nya SPR.
Dewan Undangan Negeri (dibaca juga sama erti dengan Parlimen) ADALAH salah satu dari TIGA cabang pemerintahan negara secara demokratik. Yang lain ada Executive dan Judiciary. Dibandingkan Dewan/Parlimen dengan SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR), SPR tidak sepatutnya mempunyai apa-apa kuasa yang melebihi Dewan! SPR TIDAK BOLEH OVERRULE apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh DEWAN!
Dalam hal menentukan samada berlaku kekosongan dalam Dewan, sepatutnya SPR hanya menjalankan pilihanraya atas pengistiharan kekosongan oleh DEWAN dan bukannya mengeluarkan satu perintah atau keputusan mesyuarat mengenepikan keputusan atau peristiharan yang telah dibuat oleh DEWAN.
Dibawah ini dipamirkan kenyataan atau keputusan mesyuarat SPR mengenai Kedudukan Kerusi Dewan Undangan Negeri N.3 Kota Siputeh, Kedah.

Secara ringkasnya SPR memutuskan setelah bermesyuarat bahawa :-
  1. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah ada peruntukan mengistiharkan kekosongan luar jangka jika seseorang ADUN itu tidak hadir mesyuarat Dewan 2 kali berturut-turut.(Ini berbeza dengan Pahang dan juga Parlimen Malaysia yang menyebut "tidak hadir pada tiap-tiap persidangan Dewan dalam masa 6 bulan")
  2. Untuk menentukan samada kerusi itu kosong atau tidak  atas sebab tidak hadir kerana ada surat cuti sakit, Dewan Kedah sepatutnya rujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan untuk membuat keputusan.
  3. Oleh kerana tidak di rujuk kepada Jawatankuasa Hak, kerusi itu tidak dikira kosong dan surat cuti sakit itu adalah sah dan terpakai.
Apa yang diputuskan oleh SPR, KALAU ianya berkaitan dengan DEWAN UNDANGAN PAHANG, ianya adalah bercanggah dengan  Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang Perkara 25 (1) dan adalah tidak sah; yang boleh dibaca dibawah.
"Jika berbangkit apa-apa soalan sama ada seseorang ahli Dewan Negeri itu telah lucut kelayakannya menjadi ahli, maka hendaklah diambil keputusan Dewan Negeri dan keputusan itu adalah muktamad"
Soalan yang timbul.

  1. Kenapa SPR tidak terima apa yang telah diistiharkan oleh Speaker Dewan Negeri Kedah?

  2. Bolehkah SPR membuat keputusan bercanggah dengan keputusan yang tealh dibuat oleh Dewan?

  3. Ahli Dewan adalah answerable kepada Dewan atau kepada SPR?

  4. Dalam kes Kota Siputeh Kedah ini, ahli Dewan berkenaan diminta memberi penjelasan kepada SPR walaupun penjelasannya mengenai ketidakhadiran mesyuarat Dewan itu telah ditolak oleh Speaker Dewan.

  5. Dari peruntukan undang-undang mana datangnya kuasa SPR untuk menyanggah atau mengenepikan keputusan yang telah dibuat oleh Dewan?
Sebagai analogy?
Perlukah Dewan merujuk dulu kepada Jawatankuasa Hak & Kebebasan, setiap kali berlaku kekosongan akibat kematian?
SPR adalah Suruhanjaya dan sepatutnya patuh kepada keputusan Dewan dan bukannya diberi kuasa untuk mengenepikan keputusan Dewan.
Tugas SPR ialah menjalankan pilihanraya dan bukannya menentukan samada Pilihanraya diadakan atau tidak diadakan!
SPR tidak boleh menjadi Mahkamah dalam menentukan kedudukan seseorang Ahli Dewan dan bukan sama sekali "Mahkamah Rayuan" bagi ahli Dewan yang telah dilucutkan kerusinya!

Baca juga :Tindakan Speaker Kedah lantik peguam untuk bawa kes ke Mahkamah

Comments

  1. sangat menghairankan benda sebegini buleh di
    pertikaikan ,sepatut nya perkara begini tak
    lagi perlu pergi kemahkamah utk di putuskan
    inilah kita dimalaysia berkiblatkan undang
    undang BRITISH semua nya di jadikan mainan guaman buat sakit kepala saja.

    ReplyDelete
  2. Saya mungkin ketinggalan...

    Mengapa anda rujuk kes negeri Kedah kepada Undang Undang Tubuh Negeri Pahang???

    Apakah kedua dua Undang2 Tubuh Kerajaan kedua dua negeri mesti sama atau anda sudah menunjukan perbedaan dalam hal 'berturut turut"?

    Saya rasa jelas dengan surat dari SPR yang menggunakan kuasa peruntukan 5 Perkara 53 untuk memastikan ada atau tidaknya kekosongan.

    Dengan kuasa siasatan tersebut ,mereka tidak mendapati apa apa butiran sama ada perkara itu sudah di rujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan dewan, kecuali ada pembuktian keputusan jawatan kuasa, sudah pasti SPR tidak menerima pemakluman tersebut sebagai keputusan oleh jawatankuasa hak dan kuasa.

    Dan perkara 11 surat SPR menunjukkan kesalahan tidak hadir berturut turut itu dijelaskan dengan nyata ...

    ReplyDelete
  3. Sdr Anti AlJuburi,
    Terima kasih kerana singgah & memberi komen.

    Saya telah dgn jelas menyatakan bahawa KALAU perkara berkaitan dgn kekosongan ini berlaku di Pahang, ianya tidak akan sama keadaannya dgn Kedah. Peruntukan U/U Tubuh Pahang & juga Perlembagaan Persekutuan adalah "tidak hadir selama 6 bulan" sedangkan Kedah "tidak hadir mesyuarat 2 kali berturut2"

    Ini bermakna, kalau dimaklumkan oleh Speaker Pahang kpd SPR berlaku kekosongan kerana tidak hadir selama 6 bulan, SPR tiada pilihan lain dan mesti adakan PRK.

    Memang betul ada beza antara U/U Tubuh Pahang dgn U/U Kedah dan ini mungkin kerana Negeri2 Bersekutu dan Tidak Bersekutu dahulu agaknya...

    Kita sama2 lah lihat apa yg akan berlaku kalau perkara di Kedah itu di bawa ke Mahkamah sebagaimana di sebut oleh MB Kedah Dato Azizan...
    Salam

    ReplyDelete
  4. Saya bersetuju dengan pandangan Dato berkaitan pengumuman SPR mengekalkan DUN Kota Siputeh kepada Dato Abu Hasan Sharif(BN). SPR berkuasa untuk menjalankan PRK dan bukan menentukan sesuatu DUN itu kosong atau tidak. Sekiranya perlanggaran kuasa yang dijalankan oleh SPR ini terus berlaku ia membawa kesan kepada ketidakselesaan konsep pengasingan kuasa.

    Kita sayang Malaysia untuk generasi masa depan dan jangan hancurkan negara demi survival politik dan kuasa kepartian dan membelakangi undang2 negara.

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Satu persoalan, apakah Dato' melihat tindakan SPR ini mempunyai motif tertentu (sama ada bertujuan meninggikan peranan dan kuasa mereka ataupun campurtangan pihak tertentu)?
    Ataupun SPR masih kurang khatam mengenai Undang-undang dan bidang kuasa mereka ?

    Mohon pertukaran idea dan pendapat.

    ReplyDelete
  6. Salam Dato,

    Dato adalah seorang pejuang politik yang tulin yang pernah UMNO miliki...yang benar kita sokong yang salah kita sanggah,kalau lah ramai YB umno seperti Dato...bertuah bumi Malaysia ni..

    Rakyat

    ReplyDelete
  7. Paksu Ki,
    Terima kasih kerana sudi berkunjung.Pandangan yg saya berikan adalah berasaskan pemahaman saya tentang undang2 yg saya buat "without fear or favour"

    Sevenize,
    Saya tidak nampak motif, tapi mungkin pemahaman tentang definasi & hujjahan undang2 yg berbeza antara saya dgn peguam/penasihat udang2 SPR.

    Yusufyamin,
    Saya sayangkan AGAMA BANGSA TANAHAIR....

    ReplyDelete
  8. Datuk... mengenai klausa tentang muktamadnya keputusan dewan mengenai lucut kelayakan menjadi ahli dewan... UUTN kedah seperti yang boleh dilihat di website SPR, klausa 52 berbunyi :

    "Jika berbangkit apa apa soalan fasal adakah mana mana Ahli Dewan Negeri itu tidak layak menjadi ahli maka hendaklah diambil keputusan Dewan dan itulah yang muktamad"..

    nampaknya klausa ini agak sama dengan negeri Pahang serta Perelih...

    ReplyDelete
  9. Tuan Anak Perelih,
    Terima kasih kerana singgah...
    Itu lah yang saya naik hairan...katanya Dewan Muktamad tapi SPR yg ada last say...

    Wallahualam

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir